Tuesday 31 March 2020

Jodoh Tak ke Mana - Bab 1


Aku merenung ke arah jalan raya yang lengang. Jam casio bewarna pink di tangan ku kerling. Sudah setengah jam menunggu tetapi Puan Anna masih tidak kunjung tiba. Mungkin dia ada hal barang kali. Aku tidak boleh mengeluh kerana menunggu. Sudah cukup baik Puan Anna menawarkan diri untuk membantu ketika sedang susah begini. Ditawarkan pula untuk duduk percuma di rumahnya. Patutnya aku bersyukur.
            Sejak mengenali Puan Anna sejak beberapa bulan lepas, aku sering berhubung dengannya. Aku tidak mengenali sesiapa di bumi Australia ini jadi apabila ada rakyat Malaysia yang baik seperti itu, aku sangat bersyukur. Setelah mendengar isi hatiku beberapa hari lepas tentang  masalah dengan teman-teman serumah ku, Puan Anna tidak berfikir panjang, terus saja dia mengajakku tumpang di rumahnya sehingga aku tamat belajar. Katanya dia rindu pada arwah anak perempuannya. Sekarang dia hanya ada seorang anak lelaki. Itupun tidak selalu pulang kerumah kerana sibuk menguruskan hal-hal berkaitan syarikat mereka di bumi Australia ini. Dia lebih selesa tinggal sendiri katanya. Bagai pucuk dicita ulam mendatang, aku memang tengah mencari rumah untuk disewa kerana aku sudah tidak tahan lagi dengan teman serumahku. Tambahan lagi, peristiwa hitam yang hampir meragut maruahku sebagai seorang perempuan selalu saja terbayang-bayang selagi jasad aku di rumah itu. Aku bertekad untuk pindah.
            Excuse me, are you waiting for someone?” seorang lelaki berkulit cerah, matanya agak sepet dan berambut hitam menegurku.
            Comel lah mamat ni. Asian ni.
            Yes I am.”
            Dia tersenyum manis ke arah ku. Alahai. Kacaknya. “Oh I see. Malaysian?” soalnya bersama senyuman yang masih lagi tidak lekang dari bibir.
            How do you know?” soalku pelik.
            You wear baju kurung.”
            Aku menunduk memandang pakaian ku. Haahlah. Hari ni aku pakai baju kurung kapas kegemaranku yang dijahitkan khas untuk aku oleh ibu di kampung.
            You seem to know a lot about my country.”
            Not much. I have to go now. Nice meeting you.” Dia menghadiahkan sebuah senyuman yang sangat manis. Boleh kena diabetis kalau lama-lama macam ni. Terlupa aku untuk bertanyakan nama.
            Kereta yang aku amat kenali berhenti betul-betul di hadapanku. Puan Anna keluar bersama senyuman. “Dah lama tunggu?”
            Aku menggeleng. Bukan nak menipu tapi untuk menjaga hati. Aku memboloskan diri ke dalam perut kereta setelah memasukkan bagasi dan barang-barang ke dalam boot kereta. Sebuah kotak sederhana besar yang mempunyai buku aku letakkan di tempat duduk belakang. Nasib baik barang yang aku bawa tidak banyak jadi aku tidak mengambil masa yang lama untuk mengemas barang.
            Perjalanan yang mengambil masa selama setengah jam tidak sunyi begitu sahaja. Ada sahaja cerita yang dikongsikan oleh Puan Anna. Ada juga aku mencelah dengan jenaka yang tidak berapa nak lawak tapi boleh lah untuk dibuat bahan ketawa. Tidak kering gusi jadinya kami di dalam kereta. Bersama dengan Puan Anna dapatlah jugak aku kurangkan kerinduan terhadap ibu di kampung. Aku bukannya anak orang berada untuk selalu pulang. Tiket penerbangan sangat mahal dan aku tak mampu.
            “Okay Aika. Kita dah sampai rumah aunty.”
            Aku melihat sekeliling. Cantik.
            “Rumah ni ada aunty dan juga pembantu rumah je. Anak aunty tu jarang balik sini. Selalu sibuk memanjang. Ada Aika kat sini dapatlah jugak ceriakan suasana. Terubat rindu aunty kat arwah anak perempuan aunty.” Aunty Anna menyambung dengan mata yang berkaca.
            Ibu mana yang tak sedih apabila kehilangan anaknya. Satu-satunya anak perempuan pulak tu. “Sabarlah aunty. InshaAllah dia sedang tunggu aunty kat syurga.”
            Setakat apa yang aku tahu, anak perempuan dan suaminya kemalangan setahun yang lepas di Malaysia. Kemalangan yang bergitu tragis sehingga meragut nyawa kedua-duanya. Oleh sebab tidak mampu menahan pilu, Puan Anna mengambil keputusan untuk berhijrah ke bumi kangaroo ini sambil-sambil mengembangkan lagi perniagaan mereka.
            “Jomlah kita masuk.” Pelawa Puan Anna bersama senyuman manis. Aku tahu disebalik senyuman manis itu, terselit seribu kesedihan. Aku akan pastikan hari-hari Puan Anna akan ceria selepas ini.
            Aku mengeluarkan bagasi dan kotak yang berisi buku dari perut kereta lalu membontoti langkah Puan Anna dari belakang. Walaupun sudah dipesan untuk buat macam rumah sendiri, aku tetap juga merasa kekok. Lama-lama nanti okay lah ni. Baru lagi kan.
            Who are you?” soal seorang lelaki yang berada di dalam rumah. Berkulit cerah, mata agak sepet, rambut kedepan dan muka ada iras-iras Puan Anna. Ini mesti anak lelakinya.
            “Eh, mama tak tahu pun Gabriel balik hari ni.” Aunty Anna muncul dari luar.
            “Gabriel balik nak ambik barang tadi. Alang-alang lepak dulu. Ingat nak dinner sini malam ni.”
Puan Anna mengangguk. “Ini Zulaikha. Budak perempuan yang mama cerita hari tu. Gabriel ingat lagi tak?”
Gabriel memegang dagunya. Gaya macam berfikir. “Ingat. Yang selamatkan mama tu kan. Hi, I’m Gabriel. Nice to meet you Zulaikha.”
“Panggil Aika je. Nice to meet you too.”
Aku tak tahu pulak yang Gabriel ni tahu pasal insiden aku selamatkan mamanya dari diragut dulu. Tak sia-sia aku belajar taekwondo. Tapi mestilah Puan Anna akan cerita. Ini anak dia lah. Kalau aku kat tempat Puan Anna pun aku akan cerita kat anak aku. Apalah aku ni.
“Ini namanya Mak Som. Peneman aunty dalam rumah ni.” Puan Anna memperkenalkan lagi seorang ahli rumah ini. Seorang perempuan yang berumur dalam lingkunga lima puluhan. Mungkin ini pembantu rumah yang aunty ceritakan tu.
“Ini ke Aika. Cantik orangnya. Ayu dan sopan.”
Aku hanya membalas dengan senyuman. Tersipu-sipu aku dibuatnya apabila dipuji sebegitu rupa. Jaranglah aku dipuji macam tu. Sebelum ni aku lebih selesa untuk memakai jeans dan teshirt sahaja. Disebabkan hari ni aku rindu bumi Malaysia, aku pakailah baju kurung.
Come. Let me show your room.”
Aku mengekori langkah Puan Anna satu persatu. Besar jugak rumah ni. Hiasan dalaman yang bertemakan modern contemporary menghiasi segenap ruang rumah. Sangat cantik. Aku melangkah masuk ke dalam bilik yang ditunjukkan. Jatuh rahang aku.
Is this my room?” hanya itu yang aku mampu menyoalkan.
Why? You don’t like it?” riak risau menghiasi wajah Puan Anna.
“Bukan macam tu. Bilik ni cantik sangat. Saya dah la menumpang je dalam rumah ni.”
“Bilik ni dulu arwah anak aunty yang punya. Aunty dah kehilangan anak aunty, tapi bila aunty jumpa kamu macam ada satu sinar baru buat aunty.” Aku menggosok perlahan belakang Puan Anna.
Aunty janganlah sedih. Kan Aika ada. Walaupun Aika tak dapat dan takkan boleh ganti tempat anak aunty, at least Aika boleh buat aunty senyum setiap hari. Jangan sedih-sedih tau.”
Puan Anna menyeka air mata yang hampir jatuh. Dia terus memelukku dengan penuh kasih sayang. Rindunya aku dengan ibu yang jauh di mata.

“Aika belajar lagi?” soal Gabriel.
            Aku yang hanya menunduk ketika makan terus mendongak. Memandang tepat ke arah lelaki yang bertanya. Mana tidaknya, Puan Anna tiba-tiba dapat panggilan penting dari kawan baiknya yang memaksa dia untuk keluar sebentar. Tinggalkan aku, Gabriel dan Mak Som. Mak Som pula masih kenyang katanya. Jadinya, hanya aku dan Gabriel di meja makan. Malu beb.
            “Haah.” Jawabku sepatah. Dia hanya tersenyum. Macam aku pernah lihat senyuman ni. Manis.
            “Kat Malaysia duduk mana?” soalnya lagi. Aku boleh mengagak yang dia ingi memulakan perbualan.
            “Kedah.” Masih lagi aku menjawab sepatah. Nak buat macam mana. Aku segan. Kalau boleh rasa macam nak sorok bawah meja je.
            Never been there before. Teringin nak pergi.” Katanya bersama sebuah senyuman. Alahai. Boleh overdose glucose kalau macam ni.
            Baru aku teringat yang senyuman Gabriel serupa macam senyuman lelaki petang tadi. Hanya senyuman yang sama. Orang yang berlainan.
            “Awak dah tinggal sini berapa lama?” giliranku untk menyoal. Rasa kekok masih bersisa.
            “Dah lama. Dalam enam tahun macam tu. Awalnya arwah papa saya nak besarkan perniagaanya ke sini jadi dihantarnya saya untuk sambung belajar kat sini. Selepas habis belajar saya buat keputusan untuk ambik alih hal-hal syarikat yang ada di sini. Setahun lepas tu papa dan adik saya meninggal jadi mama buat keputusan untuk berhijrah ke sini.”
            “Kiranya awak dah lama tak balik malaysia lah?”
            “Tak ada lah lama mana. Setahun sekali mesti saya balik. Lagipun syarikat di malaysia masih ada. Cuma diuruskan oleh sepupu saya. Keluarga saya masih ramai di sana. Kadang-kadang puasa ataupun raya kami pasti pulang.”
            “Oh macam tu.” Aku mengangguk faham. “Awak seronok ke duduk sini?” banyak pulak mulut aku kali ni. Tadi bukan main segan.
            “Biasa je. Mana-mana pun okay bagi saya.” Aku angguk lagi.
            Macam-macam topic yang menjadi perbualan. Dari latar belakang sehinggalah berita dunia. Semua ada. Tak cukup semasa makan, perbualan dilangsungkan selepas makan di ruang tamu. Hanya dalam tempoh yang singkat aku semakin rapat dengannya. Gaya dan cara dia membuatkan aku selesa dan tidak kekok. Kacak pulak jika diperhatikan lama-lama. Senyum yang bertandang di hati aku biarkan saja.



P/s : after a long brake. barulah aika post balik blog ni. Sekarang banyak guna wattpad lagi actually.