Saturday 25 May 2013

Can You Smile?


Assalamualaikum..

Can you smile?
Of course la i can. Seriously, at the school rasa macam di'ignore'kan je. I don't know why i feel like that. Rasa macam aku sorang-sorang. Tapi I just ignorekan ja feeling tu. Ntah apa-apa. By the way, sangat best lagu Can You Smile nyanyian Infinite.

Sejak bila Nia minat Korea?
Nia memang minat Korea what. Hang pa ja tak tau. But it doesn't matter. Tak penting pun. School holiday dah start. Bestnya. Seriously rasa macam nak demam selesema ja cause Nia sakit kepala and then kerja hachuuu jaa darii tadi. Ya Allah...janganla demam pulak. Lusa Nia ada lawatan sekolah ke 'Kameruun'.

Kalau demam macam mana nak pi? Memang la boleh pergi tapi susah sikit la. Tambah-tambah lagi bila flu. Oh my.. Okay laah.. Makan ubat dulu pun okay. Prevent is better than cure. Doakan Nia sembuh sebelum lawatan. Okay.. InsyaAllah...

Sunday 19 May 2013

Oh My!! (1)


Benci tapi dalam masa yang sama memendam perasaan suka. Boleh ke macam tu? Aimanina mendongak memandang langit biru yang terbentang luas. Indahnya ciptaan Tuhan. Burung bebas berterbangan tanpa ada sebarang masalah yang melanda. Terbang di langit biru. Alangkah indah kalau manusia juga begitu. Eh, tapi zaman sekarangkan manusia juga boleh terbang. Tak guna la orang mencipta kapal terbang kalau bukan untuk manusia terbang. Alunan lagu Can You Smile membawanya ke alam nyata. Samsung Galaxy S3 menjerit-jerit minta diangkat.
            “Assalamualaikum.” Salam dihulurkan.     
            “Walaikummussalam. Nina ada dekat mana?”
            “Nina ada dekat taman yang Nina selalu datang tu. Abang cari Nina ke?”
            “Puas abang cari. Nina buat apa pergi sana?”
            “Release tention.”
            “Dah la. Tak payah nak tention sangat. Abangkan ada. Balik cepat. Mama ajak keluar.”
            “Abang pergilah dengan mama. Bosan la.”
            “Nanti kat sana siapa yang nak teman abang. Mama kalau dah shopping dengan anak tiri kesayangan dia tu mana nak ingat dah kat abang ni.” Sengaja dia menekankan perkataan anak tiri biar jelas.
            “Okaylah. Nina balik sekarang.” Aimanina buat muka bosan. Kunci keretanya dicapai.
Pada pandangan dirinya mama selalu melebihkan Bell a.k.a Isabell merangkap saudara tirinya. Bila perkara ini diajukan kepada mama mesti akan ada jawapan yang sama. Isabellkan anak yatim piatu.
Setahun selepas papa meninggal dunia, mama berkahwin dengan ayah, seorang usahawan yang mempunyai seorang anak. Selepas tu pulak, ayah meninggal. Tinggalah Isabell tu seorang. Serabut otak bila difikirkan kembali.
Aimanina tersentap apabila mendengar hon. Boleh pulak dia mengelamun tengah-tengah jalan. Apa nak jadi ni. Nasib baik tak jadi apa.
            “Awal balik.” Pedas dan padat perlian daripada mama sesudah Nina menutup pintu keretanya.
            “Nina ada hal tadi.”
            “Dah la tu. Jom nanti lambat pulak.”
            “Betul cakap abang tu mama. Jomlah. Bell dah tak sabar ni.” Isabell pulak datang menyampuk. Tak habis-habis dengan perangai menyibuk dia tu.
            “Okaylah Bell sayang.” Serta-merta wajah Aimanina berubah. Semenjak Isabell menjejakkan kaki dirumah mereka mama tak pernah memanggil sebegitu kepadanya. Mungkin mama masih marah dengan kejadian tu, detik hati Aimanina.
Aiman yang perasan akan perubahan wajah Aimanina segera menghampirinya. Sebuah senyuman manis dihadiahkan kepada adiknya. Dia tahu betapa perit kehidupan adiknya selepas kejadian yang tidak diingini itu berlaku. Baginya kematian ayah tirinya bukan disebabkan Aimanina. Adiknya hanya berada di tempat yang salam di masa yang salah. Kalau Isabell tidak memulakan pergaduhan itu sudah tentu ayahnya tidak mendapat serangan jantung. Lagipun, gambar-gambar Aimanina yang ditunjuk oleh Isabell bukannya betul. Semuanya edit belaka. Sejak kejadian tu mama mula melebihkan Isabell dari Aimanina. Walaupun mama menafikannya tapi terserlah ketidakadilan mama.
            “Aiman, tunggu apa lagi.” Aiman tersentak. Segera bayangan kejadian itu berlalu dari mindanya. Alphard putih segera meluncur dijalan raya.

###
            “You, jangan merajuk please. Tak larat I nak pujuk.” Arul masih ligat memujuk kekasihnya.
            “Biarlah. Macam I tak tahu you selalu keluar dengan perempuan lain belakang I.”
            Arul membuat muka kesian. Kata-kata kekasihnya itu semuanya betul. Siapa yang tak kenal Arul, playboy terhebat Malaya. Kekasihnya yang sorang ni pun entah yang ke berapa.
            “Mana ada. I setia kat you sorang je.”
            “Penipu. Starting from today kita putus.”
            “Okay then.” Arul berlalu pergi meniggalkan bekas kekasihnya itu. Puas hatinya dapat mempermainkan hati wanita seperti itu.
Dia sendiri tahu semua perempuan yang ingin mendampinginya kerana poketnya yang tebal bukannya kerana cinta. Kalau tidak mana mungkin bekas tunangnya sanggup lari dimalam pernikahan mereka semata-mata untuk duit.
Arul berjalan sambil membelek handfonnya. Mesej punya pasal sehingga dia terlanggar seseorang. Seorang perempuan bertudung.
“Awak tak apa-apa?” soal Arul cemas. Dia menghulurkan tangan untuk membantu tapi ditolak oleh Aimanina.
“I’m okay. Awak jalan pakai apa eh?”
“Jalan pakai kaki la.”
“Oh. Jangan lupa kalau jalan pakai kaki mesti kena ada bantuan mata. Faham?” Ringkas saja perlian Aimanina. Comel jugak mamat ni. Hati Aimanina berdetik. Wajah ada ala-ala Korean. Muka macam Myung Soo. Eh, kejap. This is Arul. Oh my!!
“Sorry, saya tak sengaja. Awak pun jalan guna bantuan mata eh. Kalau tak cukup saya boleh teman awak belikan cermin mata.” Arul memulangkan paku buah keras.
Aimanina tak puas hati. Tak habis-habis dengan perangai poyonya. Menyampah pulak dia.
“It’s okay. Thanks but no thanks.” Aimanina terus meninggalkan tempat kejadian. Kalau lama-lama dia berada di situ entah apa pula yang akan terjadi.
“Nina.” Badannya dipusing seratus lapan puluh darjah.
“Abang pergi mana? Suka tinggal Nina sorang-sorang.”
“Tengok apa abang beli.” Aiman menunjukkan DVD Korea yang baru dibelinya tadi.
Oh my!! A Wareworlf Boy. Di situ jugak Aimanina melompat.
“Sayang abang.”
“Oh...bila beli DVD Korea baru tau nak sayang eh.”
“Mana ada. Nina memang sayang abang dulu, kini dan selamanya. Cuma bila abang dah beli DVD ni lagi Nina sayang.” Senyuman gembira masih tak lengkang dari bibirnya. Terlupa sebentar segala masalah yang melanda diri.
A Warewolf Boy. Here I come...