Assalamualaikum and hiyaa..
Do you know him??
He is Song Joong Ki. The cute actor. Right?
I know him when I start watching Innocent Man. I love the way he act in A Warewolf Boy. So cute and the movie is really sad b'cause it makes me burst into tears. But its end with a happy ending. Not really happy but happy.
This is Myung Soo. I like him since I'd fall in love with Infinite's song. For me L is a very cute person. From the way he talk, and the way he looks and the way he smile. Ohh.. melting.
It's not that I like them I love them. I just like the way they act and the way they sing. They are very talented. I didn't mean to make them my idol. Of course not but I like to watch Korean movies and sometimes Korean song. Of course I like Can You Smile from Infinite. Not because Infinite have L but their songs are great to hear. But L is also the reason why I like Infinite.
I did use their name in my english essay. So what? My teacher doesn't ask me why? she only ask why was it the plot of the essay was always like that. It's like a different story but same. I'll try my best to make another good essay with another story.
Sunday, 10 November 2013
It's A Story
Assalamualaikum and hiyaa...
I just wanna tell all of you that yesterday I went for a reunion with my friend and I hate it. It's soo skema laa.. Haha. Okay. In the morning I went with my buddies to City Plaza and it's the best b'cause it's the first time I played bowling. Before this I did went but I only watched my friends played so today I'm so exited. Although I didn't won but I've the memories.
After that, I went to Tutti Frutti to catch up with my other friend but that was really annoying. It's called a reunion but not at all. To me laa. I don't know other's opinion. Okay. Forget about it. Then I went back to my buddies and we have stories and we went to popular and then we do nothing..
I just wanna tell all of you that yesterday I went for a reunion with my friend and I hate it. It's soo skema laa.. Haha. Okay. In the morning I went with my buddies to City Plaza and it's the best b'cause it's the first time I played bowling. Before this I did went but I only watched my friends played so today I'm so exited. Although I didn't won but I've the memories.
After that, I went to Tutti Frutti to catch up with my other friend but that was really annoying. It's called a reunion but not at all. To me laa. I don't know other's opinion. Okay. Forget about it. Then I went back to my buddies and we have stories and we went to popular and then we do nothing..
Saturday, 14 September 2013
AyeeShah
Terhincut-hincut
aku berjalan. Sakitnya hanya Allah yang tahu. Terpijak paku payung ditambah
dengan darah yang meleleh memang boleh buatkan aku pengsan. Tapi digagahkan
jugak diri berjalan mencari first-aid-kit di dalam laci di dapur.
Peliklah hari ni. Segenap rumah sunyi sepi. Ke mana semua orang. Keluar tak
bagitahu aku pulak tu. Kut ya pun tinggalkanlah nota atau apa-apa mesej ke.
Selepas
siap menampal plaster di kaki, laju saja aku ke dalam bilik. Nombor ibu didail.
Aku perlu mencari tahu kemana semua orang pergi. Tinggalkan aku sorang-sorang
pulak tu. Memang tak patut langsunglah.
“Assalamualaikum.” Salam
didahulukan.
“Waalaikumsalam. Ya?”
“Ibu pergi mana?”
“Ibu ada di rumah Shah ni. Kenapa?”
“Kenapa ibu tak bagitau Ayeen. Kut
ya pun tinggallah nota tak pun kejut je Ayeen tadi. Ibu buat apa kat sana?”
“Hari ni kan hari ulang tahun Shah
yang ke dua puluh lima. Ibu bukan tak nak ajak kamu tapi ibu tau kamu memang
tak nak datang punya.”
“Yang ibu sibuk-sibuk pergi rumah
Abang Shah tu buat apa. Time birthday ibu pun dia tak datang.”
“Memanglah dia tak datang tapi dia ada call ibu. Dia cakap dia ada
hal sikit.”
Masa birthday aku lagilah dia tak datang. Apa
yang dia benci sangat kat aku pun tak tau. Ingat dia hensem sangat. Ayat-ayat
kutukan hanya diteruskan di dalam hati. Kalau ibu dengar memang cari pasal
kutuk anak angkat ibu tu.
Sungguh
aku tak faham dengan ibu. Si Shah tu masih ada mak bapak bukannya anak yatim
piatu. Tak perlulah nak mengangkat segala hanya kerana ibu baik dengan ibu
Abang Shah. Tengok ibu layan Abang Shah pun dah cukup membuatkan aku terfikir,
dia anak angkat ke atau aku yang anak angkat.
“Kenapa kamu diam?” Ibu menyoal
setelah lama aku mendiamkan diri.
“Tak ada apa-apalah ibu. Okaylah,
ibu sambunglah kerja ibu tu. Ayeen nak keluar kejap.”
“Kamu nak ke mana?”
“Nak pergi kedai buku.”
“Lepas kamu habis shopping
datang ambil ibu.”
“Tadi ibu pergi dengan siapa? Pak
Samad mana?”
“Tadi Shah datang ambil ibu. Pak
Samad cuti, kebetulan pulak ayah kamu outstation. Tu yang dia tawarkan
diri nak ambil ibu tadi.”
“Okaylah bu, assalamualaikum.” Terus
aku mematikan panggilan.
____________________
Selepas
selesai membeli tiga buah novel, aku terus ke rumah yang berada di kawasan
bukit. Rumah siapa lagi kalau buka rumah keluarga Shah tu. Almaklumlah diakan
anak orang kaya, mana main rumah dekat kawasan perumahan biasa.
Kereta
aku pakirkan betul-betul di hadapan pagar rumahnya. Sudah banyak kali juga aku
bertandang ke rumahnya. Itupun atas ajakan Aunty Liza aka mak kepada Shah.
Kalau tidak jangan harap aku nak pergi dengan suka dan rela.
“Ayeen, masuklah dulu.” Pelawa Aunty
Liza.
“Tak apalah aunty. Ayeen datang nak
ambil ibu je.”
“Masuk lah dulu. Ibu kamu tengah
berborak dengan kawan-kawan dia kat dalam.”
Nak
tak nak aku kena ikutkan jugak. Ibu kalau dah bersembang memang penat menuggu.
Tapi elok jugak aku masuk, boleh aku isi perut yang berkeroncong ni.
Aku
hanya mengambil tempat di taman. Cantik. Ada kolam ikan dan juga bunga orkid. Malas
hendak masuk ke dalam.
“Ayeen.” Namaku dipanggil seseorang.
Macam kenal suara tu. Aku buat tak tau je.
“Ayeen.” Panggilan kali kedua namun
aku masih memekakkan telinga.
“Nur Ayeen Qaisara binti Dato’ Ahmad
Qayyum.” Aku memusingkan badanku seratus lapan puluh darjah.
“Kau nak apa panggil aku siap dengan
nama penuh sekali?”
“Tak tau nak hormat orang yang lebih
dewasa ke. Sesedap hati je beraku-kau.”
“Hello, kita cuma beza
setahun. Okaylah Abang Shah.” Sengaja aku menekankan perkataan abang.
“Buat apa kat sini?” soalnya kasar.
“Suka hati akulah nak buat apa pun.”
“But this is my home.”
“Am I care?” Darahku mendidih
sudah ke tahap maksima tapi aku sabarkan jugak diri. Nanti diri sendiri yang
malu. Dia ingat dia anak tan sri dia boleh buat sesuka hati. Aku pun bolehlah.
“Ayeen?” Aunty Liza memanggil lembut
namaku. Tak macam anak dia, macam bapak singa.
“Yes aunty .”
“ Buat apa kat luar tu. Shah, kenapa tak ajak Ayeen masuk.”
“Tak payah ajak masuk pun tak apa
dia ni.”
Tajam menikam aku melihat Abang
Shah. Memang cari pasal betullah dia ni. Sabar Ayeen sabar.
“Jom masuk Ayeen.”
Aku hanya mengekori langkah Aunty
Liza.
____________________
“Ayeen, sini kejap. Ibu ada hal nak
cakap.” Lain macam je ibu ni. Macam hal serius je.
“Ada apa ibu?”
“Kalau nak diikutkan dengan umur
Ayeen ni memang dah patut kawin.”
“Tapi I’m only twenty four.”
Segera aku memotong percakapan ibu.
“Dua puluh empat tahun. Bukan angka
yang muda lagi. Memang dah patut kahwin.”
“Belum ada calon lagi la ibu.”
“Ibu dan ada calon untuk kamu.” Aku
tergamam.
Tak nak. Aku tak nak kena kahwin
paksa.
“Siapa ibu?”
“Shahrul Hykal.” Melopong aku
dengar. Katakan ini semua mimpi. Tak mungkin aku kahwin dengan orang yang
membenci aku.
“Tak nak la ibu.”
“Tak kira. Kamu kena ikut apa yang
ibu suruh. Muktamad.”
Aku
terus naik ke bilik. Dunia kini aku rasakan sungguh gelap. Mana mungkin aku
kahwin dengan orang yang membenci aku. Tak guna jika hanya aku yang punya
perasaan suka dan bukan dia. Tubuh aku baringkan di atas katil bersaiz queen
dan aku pejamkan mata. Baik aku tidur.
____________________
“Kalau mama minta Shah buat sesuatu,
kamu buat tak?”
“Kalau perbuatan tu tak menyalahi
syariat agama, InsyaAllah.” Lembut sahaja tutur bicara Shahrul.
“Benda ni memang elok di sisi agama.”
“Apa ma?”
“Mama nak minta kamu kahwin dengan
Ayeen.” Perlahan-lahan Puan Liza memberitahu. Bukan senang nak meminta sesuatu
yang mungkin berat bagi Shahrul.
Shahrul
terdiam seketika. Mungkin memikirkan permintaan mamanya itu.
“Okay.” Giliran mamanya pula yang
terdiam. Senang pulak dia setuju.
___________________
Ketukan
pintu dari luar membuat aku terjaga dari tidur yang tidak berapa nyenyak. Siapa
pulak dah yang main ketuk-ketuk pintu malam-malam macam ni. Fikiranku mula
memikirkan perkara yang bukan-bukan. Teringat pula aku pada cerita hantu yang
baru ditonton dua hari lepas. Nauzubillah. Janganlah.
Dengan
lafaz bismillah dan diikuti dengan ayat kursi, perlahan-lahan aku membuka
pintu. Kelibat lembaga yang bermuka putih itu memeranjatkan aku. Pandai pulak
hantu pakai bedak sejuk ye.
“Nyah kau setan.” Alamak, silap. Nak
baca ayat kursi tapi keluar ayat lain.
“Banyak punya setan.”
“Pandai kau menjawab ye setan. Mana
kau sekolah ha?”
Tanpa aku sedari tangan hantu itu
sudah menarik telingaku. Merah sudah.
“Apa setan-setan. Ibu sendiri pun
tak kenal. Apa nak jadi ni.” Aku menarik sengihan lebar. Padan muka. Tulah
jangan terpengaruh sangat dengan cerita hantu.
“Sorry ibu. Mana Ayeen tau tu ibu. Kalau
orang lain tengok pun orang ingat hantu. Iyalah, tak pernah-pernah ibu ketuk
bilik Ayeen malam-malam. Ada apa ya ummi?”
“Baru sekejap tadi Aunty Liza call.”
Ala...balik-balik pasal ni. Bosan la. Entah-entah Abang Shah tak setuju. Haha.
Aku sudah tersenyum sendiri.
“Ni kenapa senyum-senyum ni. Tak
sabar nak kahwin.”
“Mana ada ibu. Teruskan..teruskan.”
“Shah dah..........” belum sempat
ibu menghabiskan ayatnya aku memotong.
“Tak apa bu. Ayeen tau. Abang Shah
tak setuju kan. See, kan Ayeen dah cakap. Dia takkan setuju punya.”
“Siapa kata dia tak setuju.”
“Apa ibu?” aku menggaru kepalaku
yang tidak gatal. Apa tak betul ke aku cakap tadi?
“Shah dah setuju. Diulang sekali
lagi, Shah dah setuju.” Perkataan setuju bermain-main di fikiranku. Aku belum
pekak lagi kan.
“What?” bergema seluruh rumah
dengan jeritanku.
____________________
“Aku terima nikahnya Nur Ayeen
Qaisara binti Ahmad Qayyum dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai.”
Dengan
sekali lafaz aku sudah halal menjadi milik Shahrul Hykal. Mutiara jernih
mengalir dari tubir mataku. Bukan air mata gembira tapi air mata terseksa. Mana
taknya, kena kahwin paksa. Buatnya lepas kahwin dia seksa aku tak ke cari pasal
namanya tu.
Selesai
akad kini upaca pembatalan air sembahyang berlangsung. Cincin bertatahkan
permata berwarna ungu disarungkan ke jari manisku. Cantik. Aku menyalami tangan
suamiku dan dibalas dengan kucupan di dahi.
“Terima kasih kerana terima abang.”
Aku terkedu. Benar-benar aku tersentuh dengan bisikannya.
____________________
Aku
merenung wajahku di hadapan cermin. Selesai akad nikah aku hanya mendiamkan
diri. Majlis resepsi akan diadakan pada minggu hadapan secara gilang
gemilangnya di hotel lima bintang. Itu ibu dengan mama punya idea. Kata mereka
apa pula kata orang nanti kalau anak dua orang usahawan tersohor hanya buat
majlis kecil-kecilan.Tak perlu la nak tunjuk kat orang semua benda tu. Kalau
ikut aku akad nikah je cukup. Lepas tu buatlah kenduri sikit.
Tapi
aku kena setuju jugak sebab dah dipaksa pun. Lagipun suami ‘tercinta’ dah pun
bersetuju. Baru aku perasan, sejak dia sah menjadi suami aku, langsung aku tak
bertergur sapa dengan dia. Biarlah, nanti aku pandai-pandai la.
Pintu
bilik dibuka perlahan dari luar. Siapa lagi kalau bukan Shahrul Hykal. Sesuka
hati dia je masuk bilik aku tapi bukan ke ni dah jadi bilik dia jugak. Alamak,
apa aku nak buat ni. Aku buat derk dengan kedatangan dia di dalam bilik.
Sepatah pun aku tak keluarkan suara apatah lagi dia. Dalam hati tertanya-tanya,
macam mana dia boleh setuju nak kahwin dengan aku. Pelik.
Tanpa
sepatah kata, dia terus membaringkan badannya di datas katilku. Kalau dia tidur
aku aku nak tidur mana? Boleh saja kalau aku menyempit atas katil tu jugak.
Bukannya tak muat tapi silap-silap dibuatnya dia tendang aku jatuh katil macam
mana. Aku hanya merenungnya tanpa reaksi. Tak boleh, aku mesti mempertahankan
hak aku.
“Kalau kau tidur situ, aku nak tidur
mana?” aku memberanikan diri menyoal.
“Tidur jelah mana-mana kau nak.”
Wow, pandai menjawab sungguh laki aku ni ya.
“Mana boleh, tu katil aku. Kau
tidurlah atas sofa tu.”
Dia
merenungku tajam. Tidak senang dengan renungannya, aku buat-buat menyikat
rambutku. Perlahan-lahan dia mendekatiku. Kini, dia betul-betul berada di
belakangku. Kalau nak diikutkan tak sampai dua puluh sentimeter. Perlahan-lahan
tangannya menyentuh bahuku. Aku terus bangun dari kerusi dan keluar daripada
bilik tanpa sepatah kata pun. Apa yang dia cuba lakukan tadi. Bingung aku
dengan segala tindakan dia. Adakah dia menaruh perasaan kepadaku atau dia hanya
memainkan perasaanku saja. Apapun yang terjadi perasaan aku padanya yang dari
dulu terpendam masih belum kuhapuskan.
Setelah
lama bagai patung cendana di luar bilik, aku membuat keputusan untuk masuk ke
dalam. Apa pula nanti orang akan fikir kalau ternampak aku. Perlahan-lahan aku
memulas tombol pintu bilikku. Dah tidur rupanya suami aku.
Aku
mengambil bantal yang terdapat di atas katil dengan perlahan-lahan dan
merebahkan badanku di atas sofa. Tak apalah kalau aku tidur beralaskan sofa
sekalipun jika ini yang harusku lakukan sebagai seorang isteri. Aku mengeluarkan diari bewarna biru dari laci
yang berdekatan dan mula mencoretkan segala isi hati.
Bila
difikirkan balik tiada sekelumit benci pun aku terhadap dirinya. Mungkin aku
yang sengaja mencipta perasaan itu untuk menghilangkan cintaku terhadap Abang
Shah. Sudah sepuluh tahun aku hidup dengan perasaan ini. Mana mungkin dengan
senangnya perasaan ini akan terkubur. Entah bila aku terlelap dengan pen di
tangan.
____________________
Perlahan-lahan
aku membuka mata. Nyenyak betul tidur aku semalam. Sesuatu membuat mata ku
segar. Aku sekarang berada di atas katil. Bukan ke aku tidur atas sofa. Mindaku
masih belum boleh mencernakan apa-apa jawapan. Biarlah. Mungkin aku mengigau.
Yang penting diariku masih di tangan.
Selesai
membersihkan diri dan solat subuh, aku menuju ke dapur. Boleh juga aku mengisi
perutku yang lapar. Mana taknya, sepanjang malam aku tak menjamah apa-apa.
“Awalnya bangun. Tidur awal ke
semalam?” Ayzam menegur. Dia merupakan satu-satunya adikku. Memandu
tengah-tengah malam dari Johor sebab nak tengok aku akad nikah pada esoknya.
Terharu sekejap. Itulah orang suruh dia uruskan syarikat yang kat sini tak nak.
Nak jugak uruskan syarikat Qayyum Holding yang kat Johor tu. Kononnya nak bawak
hati yang lara lepas kena reject dengan buah hati.
“Tak lah awal sangat. Kenapa?”
soalku kembali. Aku masih tak faham. Perlukah soalan itu diajukan kepadaku.
Tolonglah.
“Shah mana?” giliran ibu pula
menyoal.
“Abang Shah ada.” Tergagap-gagap aku
menjawab. Takkan nak jawab tak tahu pulak. Nanti apa ibu kata.
“Tu Abang Shah dah datang.” Aku
menunjuk ke arah suamiku. Pergi mana dia tadi.
“Shah pergi mana?”
“Shah pergi jogging tadi. Dah ajak
Ayeen sekali tapi dia tak nak ikut. Letih katanya.” Tak guna betul. Kejut aku
bangun tidur pun tak inikan pulak ajak aku jogging. Dahlah hampir terlepas
subuh aku tadi. Tak apa, tunggu kau.
“Haah ibu. Malaslah nak ikut Abang
Shah jogging. Penat. Nasi goreng ni Mak Pah letak ayam tak?” soalku kepada Mak
Pah. Idea bernas dah mengisi kepala.
“Mak Pah letak. Kan Ayeen suka nasi
goreng ayam. Kenapa?”
“Abang Shah cakap dia alergik ayam. Segala
makanan yang ada ayam dia tak boleh makan. Dia boleh makan roti je.”
Berkerut
seribu wajahnya. Mungkin tak puas hati dengan autaku. Ambik kau. Jangan
sesekali bermain dengan aku kalau tak pandai.
“Ibu tak tau pun Shah alergik ayam.
Selama ni ibu tengok kamu makan okay je.”
Bukan
setakat okay je. Memang dah kegemaran dia nasi goreng ayam pun.
“Dulu memang okay ibu. Sekarang je
dia lain sikit.” Aku menyampuk. Sedekitpun aku tidak membenarkan Abang Shah
berkata-kata.
“Betul ke Shah?” Abang Shah hanya
tersenyum. Senyum nak cover namanya tu.
“Kak Pah, buatkan nasi goreng biasa
untuk Shah ya.” Caring sungguh ibu dengan dengan menantu kesayangan dia
ni sampai suruh Mak Pah tolong buatkan satu lagi nasi goreng.
“Tak apalah bu, Shah boleh makan
roti je.” Abang Shah menolak. Mungkin tak nak menyusahkan dan mungkin juga tak
ada selera nak makan gara-gara pembohongan ku tadi.
“Takkan Shah nak makan roti je.
Kalau tak nak biar ibu sendiri yang masakkan. Cakap je Shah nak makan apa.”
“It’s okay ibu. Roti pun dah
okay.”
“Sure?”
Abang Shah mengangguk. Terbit rasa
bersalah di hatiku. Macam kejam sangat la pulak. Aku hanya mendiamkan diri
melayan perasaan bersalahku.
____________________
Hatiku
tertarik untuk melihat koleksi-koleksi tudung yang terdapat di dalam butik itu.
Aku membelek satu persatu. Mana tau ada yang berkenan di hati boleh jugak aku
membeli. Mata ku terpaku pada dua susuk tubuh yang berada tidak jauh dari
tempatku berdiri. Memang tak syak lagi. Abang Shah dan seorang perempuan yang
aku tak kenali. Aku tidak dapat melihat dengan jelas wajah wanita itu kerana ia
sedikit terlindung dengan baju yang bergantung di situ.
Baru
dua hari berkahwin Abang Shah dan pandai curang. Apa akan jadi pada hari-hari
yang seterusnya. Aku terus keluar dari butik itu bersama juraian air mata.
____________________
Pada
malam itu aku hanya mendiamkan diri. Ingin juga hati ini bertanya tapi ianya
akan melulakan hatiku. Aku tekad, aku akan bertanya juga.
Pintu
dikuak dari luar. Aku hanya merenung ke luar tingkap. Tidak diberitahu juga aku
sudah tahu siapa yang memasuki bilikku. Siapa lagi kalau bukan Abang Shah. Takkan
ibu pulak kut. Hish.
“Awal balik?” dua patah perkataan
keluar dari bibirku.
“Does it matter to you?”
“Yes.” Sedikitpun aku tidak
memandang ke arahnya.
“Siapa perempuan tadi?” aku menyoal
lagi.
“Perempuan?” soalnya kembali.
Kura-kura dalam perahu, buat-buat tak tahu.
“Perempuan tadi tu. Yang kat butik
tadi. Girlfriend baru?” sebolehnya aku mengawal nada suaraku. Sungguh
aku semakin sebak.
“Oh. Rina. Kenapa?”
“Kenapa kau setuju kahwin dengan aku
kalau kau tak suka aku dari dulu?” aku memandang tepat dalam anak matanya. Aku
perlukan penjelasan.
Diam. Tiada jawapan.
“Kalau kau tak suka kau boleh je
membantah. Tak perlu kau nak seksa perasaan aku macam ni. Aku ni manusia. Aku
tak tau kenapa kau benci aku tapi tolonglah jangan buat aku macam ni. Kalau kau
nak gantung aku tak bertali aku rela kau lepaskan aku.” Empangan air mataku
pecah tak dapat aku tahan lagi. Biarlah malam ini menjadi pengakhir kepada
permualaan.
Terus
dia memelukku. Apakah semua ini?
“Tolonglah jangan buat aku macam
ni.” Aku meronta ingin dilepaskan dari pelukkan.
“Please sayang. Abang minta
maaf kalau selama ni abang dah sakitkan hati Ayeen. Abang tak bermaksud nak
buat semua tu. Abang cuba untuk membenci Ayeen sebab abang sayangkan Ayeen.
Abang dah cuba macam-macam cara untuk lupakan Ayeen tapi tak berhasil.
Sampailah bila mama nak jodohkan kita abang setuju tanpa paksaan. Abang tau
selama ni ego yang kawal abang. I’m sorry sayang. I can’t give your
heart back.”
“How do you know I want my heart
back?”
“You wrote that in your diary
didn’t you.”
“Abang baca diari Ayeen?”
“Terbaca. Waktu tu abang nampak
Ayeen tidur atas sofa. Kesian sangat, abang angkatlah Ayeen tidur atas katil.
Waktu tu lah abang terbaca diari Ayeen.” Aku menutup muka. Malu. Kiranya dia
dah tahu lah aku sukakan dia. OMG.
“By the way, siapa perempuan
tadi?”
“Adik ipar sendiri pun tak kenal ke.
Tu Syahrina lah.”
Malu
lagi sekali. Tak patut sungguh la aku. Lama aku tak jumpa dengan Rina. Bila
agaknya dia pulang dari Ireland. Tak bagitau aku pun.
Aku
sangat bersyukur aku diberi peluang untuk dicintai dan kini segalanya telah
terungkap. Kini ianya adalah permulaan kepada pengakhiran. Permulaan kepada
cinta aku dan dia. Pengakhiran untuk kebencian yang tak diperlukan.
-TAMAT-
Wednesday, 17 July 2013
Selamat Berpuasa
ASSALAMUALAIKUM...
Selamat berpuasa kepada umat Islam di seluruh dunia. Sekarang dah 8 Ramadhan baru nak ucap. Not too late am I? So..hows your Ramadhan? Tarawikh dah tinggal belum? Mesti belum kan. Kalau yang tinggal tu bukan sebab saja tu. Letih or something else.
Ramadhan ni bulan special tau. Tak ada bulan-bulan lain macam bulan Ramadhan ni. Time ni la kita nak kumpul pahala buat ibadah banyak-banyak. Perbanyakkan zikir, tadarus Al-Quran dan solat sunat. Kalau dalam bulan biasa kita dapat satu pahala dalam bulan Ramadhan kita dapat sepuluh pahala. So jangan mensia-siakan setiap detik dalam bulan Ramadhan ni tau. Banyak berkatnya.
Selamat berpuasa kepada umat Islam di seluruh dunia. Sekarang dah 8 Ramadhan baru nak ucap. Not too late am I? So..hows your Ramadhan? Tarawikh dah tinggal belum? Mesti belum kan. Kalau yang tinggal tu bukan sebab saja tu. Letih or something else.
Ramadhan ni bulan special tau. Tak ada bulan-bulan lain macam bulan Ramadhan ni. Time ni la kita nak kumpul pahala buat ibadah banyak-banyak. Perbanyakkan zikir, tadarus Al-Quran dan solat sunat. Kalau dalam bulan biasa kita dapat satu pahala dalam bulan Ramadhan kita dapat sepuluh pahala. So jangan mensia-siakan setiap detik dalam bulan Ramadhan ni tau. Banyak berkatnya.
Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, maka dibukalah pintu-pintu surga, ditutuplah pintu neraka dan setan-setan dibelenggu. (Shahih Muslim No.1793)
Daripada Abu Hurairah (r.a) katanya Rasulullah s.a.w bersabda:" Puasa yang lebih utama selepas Ramadhan ialah puasa dalam bulan Allah yang dimuliakan iaitu bulan Ramadhan. Manakala solat yang afdhal (lebih baik) selepas solat fardhu ialah solat sunat pada waktu malam (terutama pada malam bulan Ramadhan) " Hadis riwayat: Muslim
Wednesday, 5 June 2013
Cinta Itu Indah
Mengenali seseorang itu
mudah. Mencintai seseorang juga mudah tetapi hendak melupakan itu susah.
Sungguh aku masih tidak mengerti konsep cinta yang sebenar. Ianya akan
bertambah sakit apabila cinta itu hanya bertepuk sebelah tangan. Kalau dah tau
sakit kenapa biarkan perasaan itu menular dalam diri. Apakan daya aku tak mempunyai
tongkat sakti seperti Harry Potter untuk menghalang perkara sebegitu.
Aku mengambil keputusan
untuk pulang ke rumah. Hari semakin petang. Risau juga jika ibu dengan ayah
mencari. Alunan lagu Can You Smile menghentikan langkahku. Tertera nama Abang
Syafeeq di skrin handfon.
“Assalamualaikum.”
Aku memberi salam dulu.
Ini
memang tak sah kalau tak tanya aku ada di mana. Kadang-kadang terasa seperti
budak kecil dekat tadika aje padahal aku ni dah 23 tahun.
“Waalaikummussalam.
Nia ada kat mana?”
“Nia
ada dekat taman ni. Abang jangan risaulah. Nia nak balik dah pun.”
“Cepat
sikit. Shah dah balik sini.”
“Abang
Shah? Megat Farish Shah?” aku menyoal.
“Ya
adikku sayang.” Alamak. Macam mana ni. Rasa macam tak nak balik pun ada tapi
kalau tak balik nanti lain pulak jadinya
“Okay.
Nia on the way.” Lambat-lambat aku menuturkannya.
Setelah sekian lama tak
berjumpa, macam manalah dia sekarang ni. Tangan kana aku letakkan di dada.
Semakin dekat aku dengan rumah, semakin berdebar aku jadinya. Aduhai jantung,
janganlah laju macam kuda berlari.
Aku sudah berdiri
terpacak di muka pintu. Masih teragak-agak hendak masuk. Entah bila aku mula
bersikap begini. Sejak aku dah jatuh hati sama Abang Shah lah. Itulah, dulu
menyampah kan sekarang dah sayang. Nur Nia jatuh hati dengan Megat Farish Shah.
Sungguh luar dari jangkaan.
“Apa
yang Nia tercegat kat depan pintu tu?” suara dari belakang membuatkan aku
tersentak. Suara macam kenal. Aku toleh belakang. Memang kenal pun, Abang
Syafeeq rupanya.
“Abang
pergi mana?”
“Abang
ke kedai tadi. Masuklah apa lagi.” terasa seperti bukan rumah sendiri pulak
apabila dipelawa masuk. Itulah siapa suruh tercegat depan pintu macam orang
salah rumah.
“Hai
Nia.” Mimpi apa Abang Shah menegurku.
“Hai
Abang Shah.” Aku membalas hainya. Susahnya nak sebut perkataan abang tu.
Perbezaan umurku dengan Abang Shah hanyalah setahun tapi kalau ikutkan tarikh
lahir betul-betul hanyalah sepuluh bulan sepuluh hari. Kalau ikutkan aku nak
saja aku beraku-kau tapi macam tak hormat pula.
Aku terus ke dapur
menolong apa yang patut. Seperti tiada apa yang perlu ditolong aku hanya duduk
di atas kerusi yang sedia ada di dapur. Ibu bukan main sibuk lagi siapkan
makanan kegemaran anak angkatnya itu. Orang baru balik dari luar negara
mestilah kena rai. Aku hanya diam. Melihat kepada tingkah laku ibu memang
sedang gembira.
“Ayah
mana ibu?” aku memecahkan kesunyian.
“Ayah
keluar jumpa kawan. Kejap lagi baliklah.”
Aku keluar dari dapur.
Tiada arah tuju sebenarnya. Hendak join Abang Syafeeq dan Abang Shah berbual,
segan. Nak masuk bilik, bosan. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk berada di
luar rumah ditemani ikan-ikan di dalam kolam.
Fikiran ku mula
merewang. Mungkin betul apa yang diperkatakan orang. Jangan benci nanti jadi
sayang. Aku mengeluh sendiri. Entah bila aku terlelap di situ.
###
“Aku
rasa adik aku sukakan kau lah.” Syafeeq mengutarakan pendapatnya.
“Muhammad
Syafeeq, kau jangan nak mengarut boleh tak.” Shah cepat-cepat menafikan
walaupun hakikatnya dia akan menjadi orang yang paling gembira jika kenyataan
Syafeeq benar.
“Nia
tu adik aku. Aku taulah. Korang ni sama-sama suka Cuma ego kau tu tinggi sangat
mengalahkan tuan. Cuba kau luahkan aje perasaan kau tu tak pun kau cakap kat
ibu. Confirm green light.
“Memang
aku sukakan dia tapi....” belum sempat Shah menghabiskan ayatnya pantas Syafeeq
memotong.
“Kau
tak sanggup lepaskan Anita?”
Aku
tak ada apa-apa hubungan dengan Anita tu.”
“Ye
ke?” Syafeeq mahukan kepastian.
“Iyalah.”
Syafeeq anggukkan je.
“Hati
aku untuk adik kau sorang je.” Perlahan Syah menuturkan tapi masih lagi boleh
didengar Syafeeq.
###
“Abang
dah kenapa?” aku menegur Abang Syafeeq yang dari tadi merenungku.
“Nia
sukakan Shah?” soalan dibalas soalan maut. Pergerakkan aku terhenti. Aku tau
yang aku tidak boleh berbohong tentang perasaan ni lagi.
“Pandai
la abang buat cerita.” Aku masih berdalih.
“Kalau
dah suka tu cakap je. Korang ni suka sama suka tapi masing-masing ego.”
Kata-kata Abang Syafeeq membuat aku kelu seribu bahasa. Benarkah seperti apa
yang diperkatakan oleh abang. Suka sama suka. Dalam diam aku mengukir senyum
segaris.
“Kahwin
je lah.” Abang menyambung.
“Ish
abang ni. Orang nak kerja dululah.” Aku manyangkal kata-kata Abang Syafeeq.
Sungguh aku tak pernah fikirkan soal itu.
“Nia
dapat kerja kat mana?” soal abang lagi.
“Kuala
Lumpur je.” Laju dan bersemangat aku menjawab.
“Ibu
kasi pergi ke?”
“Mula-mula
tak tapi bila dah Nia pujuk ibu cakap okay cuma kena pandai jaga diri.” Aku
membuat muka manja dengan suara mengada-ngada.
“Abang
ada satu plan.” Senyuman Abang Syafeeq penuh makna. Macam senyum jahat pun ada.
###
“Ibu,
Syafeeq nak tanya sikit boleh?” Syafeeq memulakan biacaranya. Harap-harap
menjadi.
“Apa
dia?”
“Ibu
kasi Nia ke duduk jauh dari ibu?”
Ibu
mengeluh sebelum menjawab.
“Dah
itu impian dia. Ibu okay je asalkan dia jadi seorang anak yang berjaya.”
“Kat
luar tu bahaya ibu. Takkan ibu nak biarkan anak ibu sorang-sorang kat KL tu.
Macam-macam boleh jadi. Ibu tak takut ke jadi macam tu?” Syafeeq mula cucuk
jarum.
“Habis
tu apa yang ibu nak buat. Takkan nak halang cita-cita Nia tu.”
“Syafeeq
ada idea macam mana nak mengelak benda seperti tu terjadi.”
“Macam
mana?”
“Apa
kata ibu kahwinkan saja Nia tu. Dengan cara tu insyaAllah perkara-perkara yang
tak diingini boleh dielakkan.”
“Biar
betul kamu ni.”
“Betullah
ibu.”
“Nak
kahwinkan dengan siapa Syafeeq oi. Bukannya ada calon.”
Syafeeq mengukir senyum.
“Anak
angkat ibukan ada. Lagipun kalau Nia pergi KL ada jugak orang jaga. Shahkan kerja
kat sana.”
“Nak
ke diaorang tu?”
“Mesti
nak punyalah. Ibu try cakap dengan diaorang.”
“Okaylah.”
Lapang dada Syafeeq
mendengar persetujuan ibunya. Ego sangatkan, kan dah nak kena kahwin. Hati
Syafeeq berbisik.
###
Hatiku mekar.
Permintaan ibu tempoh hari membuatkan diriku sangat-sangat ceria. Walaupun
kelihatan seperti dipaksa tapi hatiku rela. Peristiwa lalu masih segar di
ingatanku.
“Ibu
nak minta Nia buat satu benda untuk ibu. Mungkin permintaan ni berat untuk Nia
tapi ibu yakin dapat membahagiakan Nia.
Hatiku tak senang
mendengarnya. Kalau nak ikutkan keadaan aku sekarang ni macam keadaan dalam
novel melayu la pulak. Keadaan dimana family suruh kahwin. Takkan kut.
“Benda
apa ibu?”
“Kalau
Nia nak ke KL ibu benarkan. Tapi Nia kena kahwin sebelum ke sana.” Aku
hampir-hampir pengsan mendengarnya. Biar benar. Tak sangka apa yang
difikirkannya terjadi. Tapi dengan siapa?
“Ibu
bergurau kan?”
“Tidak.
Nia mesti kahwin dengan Shah.” Terlopong aku mendengar. Dalam banyak-banyak
manusia kenapa dengan Abang Shah. Aku mengaku memang aku sukakan Abang Shah
tapi tidaklah sampai kahwin bagai.
“Ibu,
Nia nak pergi kerja kat KL je bukannya oversea. Tak perlulah nak kahwin bagai.”
Aku menyuarakan ketidakpuasan hatiku.
Ayah yang berada di sebelah hanya diam. Mungkin
bersetuju dengan cadangan ibu. Shah juga begitu, tidak membantah Cuma abang
saja yang tersengih-sengih macam kerang busuk. Mesti semua ni kerja Abang
Syafeeq.
“Nia
masih muda lagi ibu. Lagipun Abang Shah tak nak kahwin lagi kan Abang Shah
kan?” aku cuba mencari alasan.
“Abang
Shah okay je.” Jawapan Abang Shah membuat aku tergamam. Apakah semua ini. Aku
mimpi ke apa.
Aku kembali ke alam
nyata apabila terdengar suara yang amat aku kenali. Tubuh aku pusing 90 darjah
ke kanan.
Aku berundur dua tapak
ke belakang. Adakah ini semua mimpi. Aku menampar-nampar pipiku. Manalah tau
memang betul aku bermimpi tapi usahaku hanya sia-sia. Buat merah pipi je. Tak
pasal-pasal orang ingat terlebih pakai blusher. Sungguh tidak aku menyangka
Abang Shah sedang berpegangan tangan dengan seorang gadis. Sekali tengok macam
minah saleh celup. Dengan rambut karat tambah pulak dengan skirt paras peha.
Aku memberanikan diri
ke arah Abang Shah. Wajah cuaknya kupandang menyampah. Kenapa disaat aku akur
dengan rancangan perkahwinan ini, Abang Shah sanggup mempermainkan aku.
“Nia,
abang boleh terangkan.”
“Nak
terangkan apa lagi. Dah kantoi depan mata pun. Kalau abang dah ada pilihan hati
abang cakap. Jangan buat Nia macam ni. Nia tak kisah sikit pun.” Aku terus
berlalu meninggalkan Abang Shah dan kekasihnya. Sakit hatiku tuhan saja yang
tau.
Aku segera mengeluarkan telefon bimbit dari beg
tangan. Nombor ibu didail.
“Ibu,
Nia tak nak kahwin.” Tanpa salam aku terus menyatakan hasratku bersalama
lelehan air mata.
“Kenapa
pulak ni Nia. Tinggal seminggu je lagi Nia nak kahwin”
“Abang
Shah dah ada perempuan lain.”
“Kut
ye Nia tak nak kahwin pun jangan la buat alasan macam-macam. Ibu tak kira, Nia
kena teruskan perkahwinan ni.” Terus talian dimatikan. Aku mengeluh perlahan.
Aku akur dengan segala yang berlaku.
###
“Aku
terima nikahnya Nur Nia binti Idham dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit
tunai.”
Air mataku berjuraian
mengalir. Sepatutnya aku gembira tapi entahlah. Susah nak terangkan. Aku hanya
menuggu nasibku selepas ini. Bakal tergantung tak bertalikah aku? Tak mungkin
sebab Abang Shah tak sekejam itu. Kalau dua tidak sukakan aku masakan dia terima
permintaan ibu tanpa bantahan walaupun sikit.
Mesti ada penjelasan di
sebalik apa yang belaku tempoh hari. Kadang-kadang tak semua yang kita nampak
itu betul. Kenapalah aku beru terfikir. Lembab sungguh la otak ni.
“Apa
yang Nia menungkan tu. Cepat salam suami kamu tu.” Aku tersedar dari lamunanku.
Aku terus menyalaminya lastas dibalas dengan kucupan di dahiku. Benar-benar aku
tersentuh.
Setelah
majlis akad nikah diteruskan pulak dengan resepsi. Kalau ikutkan hati aku
memang tak nak resepsi semua ni tapi kesian pulak dengan ibu. Beria-ia suruh
aku kahwin. Usai majlis resepsi aku hanya memerapkan diri di dalam bilik. Haus
la pula tekak ni. Dengan malas aku melangkah ke dapur. Hanya ada Abang Syafeeq
dan Abang Shah. Nak tak nak kena jugaklah aku gagahkan ke dapur.
“Nia,
abang ada hal nak cakap dengan Nia?”
“Apa
dia Abang Syafeeq.”
“Yang
pasal Shah tenpoh hari tu. Ala, yang Nia nampak dia dengan minah saleh celup
tu. Nia dah salah faham sebenarnya. Apa yang Nia lihat tak seperti apa yang
berlaku.” Kan betul seperti yang aku jangka tapi belum masanya untuk aku
tersenyum.
“Orang
tu dah tak ada mulut nak explain sendiri ke?” hari first kahwin dah buat dosa.
Nia oh Nia.
“Perempuan
tu sebenarnya kawan abang time study kat universiti dulu. Dia yang terhegeh-hegeh
nak kat abang, abang tak nakkan dia pun. Yang pasal hari tu abang terserempak
dengan dia then tiba-tiba dia paut lengan abang. Bukan niat abang nak curang
dengan Nia. Abang sayang Nia.” Ayat Abang Shah yang terakhir seakan-akan
berbisik. Mungkin tidak mahu didengari Abang Syafeeq.
“Ehem.
Pergi masuk bilik, jangan nak manja-manja kat sini.”
Aku berjalan menuju ke bilik sambil memegang gelas
kosong. Lupa pulak nak isi air tambahan pula diekori Abang Shah. Habis lesap
dahaga aku. Pintu bilik ku tutup rapat.
“Nia,
abang mintak maaf kat Nia.”
“Abang
tak salah pun. Yang salah Nia sebab buat tuduhan melulu.”
“Betul
ni?” Abang Shah mencari kepastian.
“Betul.
Yang pasal tadi, Nia pun sayang abang.”
Senyuman kegembiran
jelas terpancar pada raut Abang Shah. Bukan saja pada Abang Shah tapi juga pada
aku. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Tak sia-sia kena paksa kahwin.
Manusia hanya merancang tetapi Allah yang menentukan. Kini aku benar-benar
faham tentang konsep cinta yang sebenarnya. Cinta Allah itu kekal abadi dan
cinta itu sebenarnya indah.
Subscribe to:
Posts (Atom)