Monday 12 January 2015

Cerpen : Luthfan ke Luhan?

Aisya mengatur langkah keluar dari kelas 4 Al-Farabi. Hari ni dia lambat sedikit untuk rehat kerana terpaksa menyiapkan kerjanya yang tertangguh jadi terpaksalah dia mengorbankan waktu rehatnya. Tinggal lagi beberapa minit bersisa. Kalau nak makan memang dah tak sempat. Matanya jatuh pada susuk tubuh seseorang yang sedang duduk di bangku kolam ikan tidak jauh dari kelasnya. Niatnya hendak ke kantin terbatal. Dia menuju ke kolam ikan, Aisya mengambil tempat di sebelah Myra.           
“Bila rehat je datang sini. Bila balik pun lepak sini. Apa yang istimewanya dengan kolam ikan ni?”
“Aku suka tengok ikan berenang. Tenang je mata memandang.”
Aisya senyum mengusik. Myra juga menarik senyum segaris, Alasan tak munasabah langsung. Memang jasad ada kat kolam ikan tapi mata kat tempat lain.
            “Eleh, macam la aku tak tau. Mata kau macam dah kena paku dengan paku payung kat koperasi tu kan.”
            “Mana ada. Bukannya ada apa yang menarik pun kat koperasi tu.”
            “Memang la tak ada yang menarik tapi ada yang istimewa. Aku bukannya baru kenal kau sesaat yang lepas. Aku kenal kau dah lama. Benda macam ni pun kau nak berahsia dengan aku. Aku punya la bagai nak rak cerita itu ini kat kau pasal aku. Alih-alih kau nak berahsia dengan aku. Terasa jugak aku tau tak.”
            “Ala jangan la terasa dengan aku. Kau macam tak tau aku kalau masuk bab perasaan ni susah sikit.”
            “Mister Dimple kau tu AJK koperasi kan?”
            “Mana ada.”
            “Aku tau la. Kau dah tangkap cinta dengan Mr.Dimple kau tu.”
            “Kau baca nota aku eh? Mana kau tau aku panggil Danish Mr.Dimple?” Myra menutup mulutnya. Sedar yang dirinya dah terkantoi.
            “Aku bukannya sengaja nak baca. Aku ter. Lagipun siapa suruh kau tinggal buku tu atas meja.”
            “Bukannya ada nama pun. Kau memang dah tau ke Mr.Dimple tu sebenarnya Danish?”
            “Aku dah tau. Danish sorang je pun AJK yang ada lesung pipit.”
            “Mana kau tau dia sorang je?”
            “Aku kan bekas AJK koperasi. Kau lupa?”
            “Aah kan. Lupa pulak aku. Dulukan aku rajin teman kau pergi koperasi.” Myra menggaru kepalanya yang tak gatal. Macam mana dia boleh lupa.
            “Kenapalah kau berhenti dari jadi AJK koperasi. Kalau tak boleh mintak tolong kau.” Bicaranya disambung lagi.
            “Banyak cantik muka engkau. Kau ingat aku ni telekom. Tak sempat la nak study. Aku dah la tak pandai nak urus masa. Kena balik lewat la bagai. Dulu waktu aku masih lagi AJK tak nak mintak tolong.”
            “Masa tu hati aku tak terbukak lagi.”
            “Kenapa tak kau je yang jadi AJK koperasi. Buatlah permohonan. Mesti dapat.”
            “Agak-agak la kau. Aku ni dah ada jawatan la dalam kelab Fotografi. Aku bukannya sotong ada banyak tangan. Tak terkejar dibuatnya aku nanti.”
            “Manalah taukan. Demi Abang Danish terchenta lautan api sanggup diredah.”
Myra mencebik. Ini sudah lebih.
xxxxx
Myra menutup buku yang berada di hadapannya. Lambat pulak Cikgu Mimi masuk kelas hari ni. Dia ingatkan dia yang terlewat. Sudah panjang berjela alasan yang dikarangnya sebelum masuk ke kelas. Takut jugak dia jika dimarahi oleh Cikgu Mimi akibat masuk lambat. Setibanya di kelas bayang cikgu pun tak nampak lagi. Lega rasa hatinya.
            “Cikgu dah datang weyh.” Ketua kelas 4 Al-Farabi bersuara.
Semua pelajar bangun untuk memberikan salam hormat seperti biasa kepada Cikgu Mimi. Nampaknya cikgu tak keseorangan hari ni.
            “Aisya.” Myra berbisik perlahan.
            “Apa?”
            “Luhan.”
            “Hah?”
            “Luhan.”
            “Siapa Luhan?”
            “Muka budak baru tu macam Luhan.”
            “Luhan tu siapa?”
Myra tepuk dahi. Lupa pulak dia Aisya ni bukan jenis kaki Korea. “Tak apa lah.”
            “Okay class. Hari ni kita ada pelajar baru.” Cikgu Mimi mengarhkannya untuk memperkenalkan diri.
            “Hello. Nama saya Muhammad Luthfan. You can call me Luthfan for short. Sorry sebab saya masuk kelas lambat.”
            “Laa...mati-mati aku ingat dia Chinese tadi.” Giliran Aisya pula berbisik perlahan di telinga Myra.
            “Sebab tu la aku cakap muka dia macam Luhan.”
            “Luhan tu bukan dulu kumpulan Exo ke?”
            “Tau pulak kau. Tadi bukan main tak tau.”
            “Saja je. Dah kau tiap-tiap hari sebut nama diorang. Mananya aku tak ingat. D.O laa..Baekhyun laa..Chanyeol laa. Cuma rupa jaa aku tak pernah tengok.” Myra menutup mulutnya dengan tangan menahan tawa. Lucu melihat gelagat Aisya yang hampir boleh menghafal kesemua nama ahli Exo.
            “Myra, Aisya. Ada apa-apa yang nak dikongsikan ke.” Suara garang Cikgu Mimi menghentikan gelak tawa Myra. Tanpa riak Myra menggeleng. Matanya jatuh pada Luthfan. Dia perasan yang Luthfan juga sedang mentertawakannya seperti sesetengah pelajar lain.
xxxxx
            “Myra.”
            “Macam kenal suara tu.” Myra bermonolog sendiri.
            “Myra.”
            “Takkanlah.” Masih lagi hatinya berbicara.
Dia berpusing seratus lapan puluh darjah untuk memastikan apa yang didengarinya. Senyuman yang melebar segera disembunyikan. Kantoilah nanti.
            “Senior panggil saya?”
            “Iya. Awaklah. Ada orang lain ke kat sini. Saya nak mintak tolong awak ni.”
            “Tolong apa?”
            “Saya nak awak jadi fotografer untuk dinner Kelab Koperasi nanti. Mula-mula saya mintak tolong Amier tapi dia cakap dia sibuk. Dia suruh saya mintak tolong awak. Itupun kalau awak tak sibuk la.”
Sempat lagi Myra mengamati wajah Danish. Mata bulat macam D.O, hidung mancung macam L, tinggi lampai macam Sungyeol dan kulit flawless macam Sehun.
            “Myra.”
Dia kembali ke alam nyata. Boleh pulak duk buat pemerhatian. Dah macam nak buat eksperimen biologi. Nasib tak angkut sekali dengan inferens.
            “Ya saya?”
            “Boleh tak?”
            “Boleh apa?”
            “Jadi fotografer tu.”
            “Bila?” 
            “Sabtu pertama bulan depan.”
Myra mengangguk tanda setuju. Danish menghadiahkan senyuman manis kepadanya sebelum berlalu prgi. Terserlah lesung pipitnya yang dalam itu di kedua-dua belah pipinya. Tu yang buat Myra jatuh hati.
Myra berpaling ke belakang dan meneruskan hajatnya untuk ke garaj. Dia ingin pulang ke rumah. Senyuman bahagia masih tidak lekang dari bibirnya. Tanpa disedari dia telah melanggar seseorang. Habis buku bertabuaran di atas lantai.
            “Maaf. Saya tak sengaja.” Hanya itu yang dapat diucap Myra.
            “Tak sengaja awak cakap. Saya yang besar macam ni pun awak tak nampak ke. Lain kali jalan pakai mata.”
            “Mana boleh jalan pakai mata. Jalan pakai kaki tengok guna mata.”
Luthfan membuan muka bosan. Sikit pun tidak terkesan dengan lawak Myra.
            “Whatever.”
            “Saya minta maaf. Lain kali saya buka mata saya luas-luas. Maaf.” Berkali-kali Myra meminta maaf.
xxxxx
Myra melihat jam di pergelangan tangannya. Lambat pulak si Aisya ni. Janji pukul sepuluh tapi sekarang dah sepuluh setengah. Batang hidung pun tak nampak lagi. Bukannya apa, Myra takut jugak tunggu sorang-sorang. Dibuatnya dia kena serang dengan sepuluh orang, taekwondo tali pinggang hitam dah tak berguna lagi dah. Matanya tertangkap pada susuk tubuh seseorang yang dikenalinya.
“Apa yang Luthfan buat kat belakang tu.” Hatinya tertanya-tanya. Seperti ada sesuatu yang terjadi di belakang situ. Kakinya perlahan menuju ke arah Luthfan.
Apa yang dilihatnya amat memeranjatkan. Nampaknya Luthfan sedang dipukul oleh dua orang lelaki yang lebih kurang sebaya dengan mereka. Myra tidak mahu mensia-siakan ilmu taekwondo yang dipelajarinya lantas dia meluru ke arah mereka.
            “Korang jangan ganggu dia.” Dengan berani Myra menghalang.
            “Kau siapa?”
            “Aku supergirl yang jatuh dari langit. Get lost.”
Kedua-dua lelaki itu ketawa.
            “Kau selamat kali ni. Tapi lagi sekali aku nampak kau kacau awek aku memang lembik aku kerjakan kau.” Salah seorang mereka memberi amaran sebelum berlalu.
            “Awak okey?” Myra menyoal Luthfan. Risau jugak dia kalau jadi apa-apa.
Luthfan mengangguk lemah. Hujung bibirnya kebiruan.
            “Awak pun satu. Yang pergi kacau awek orang tu kenapa.”
            “Mana ada kacau. Dia yang datang sembang dengan saya. Saya pun layan la memandangkan saya belum ada kawan lagi area sini.”
            “Awak tinggal area sini?”
Luthfan angguk lagi. “Taman Bayu nombor 52.”
            “Laa....selang dua buah rumah je pun dengan rumah saya. Kita jiran rupanya.”
Myra mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia menghantar sistem pesanan ringkas kepada Aisya membatalkan rancangan pertemuan mereka.
            “Jom saya hantar awak balik tapi muka awak macam mana. Lebam sana sini. Nanti parents awak syak macam-macam pulak.”
            “Parents saya outstation. Saya sorang je kat rumah.” Luthfan menarik senyum segaris. Saat itu Myra merasakan jantungnya berdetak laju. Segera dinyahkan perasaan itu.
Semenjak hari itu hubungan Myra dan Luthfan semakin rapat dan rapat. Segala masalah dikongksi bersama memandangkan mereka berdua merupakan anak tunggal.
xxxxx
Panggilan daripada mamanya memang amat memranjatkan. Khabarnya dia akan berjumpa seseorang yang sangat istimewa iaitu abangnya yangtelah lama hilang. Bila Myra menyoal Puan Marissa jawabnya nak jadikan kejutan. Myra sangat gembira. Siapa sangka setelah hidup menjadi anak tunggal selama enam belas tahun dia akan mempunyai seorang abang yang tua setahun darinya. Abangnya dahulu hilang ketika masih bayi. Banyak usaha telah dilakukan untuk mencari tetapi tidak berjaya. Untuk kali ini nampaknya doa telah dimakbulkan. Disebalik kegembiraan itu terselit juga rasa tidak sedap hati. Entah kenapa rasa lain macam.
Deruan enjin kereta membuatkan Myra kembali ke alam realiti. Dia membetulkan letak tudungnya di atas kepala kemudian mencabutnya semula. Kenapa pulak nak pakai. Abang kandung kut. Ketukan pintu membuatkan hatinya berdebar-debar.
Myra meluru ke pintu untuk membukanya. Berdiri kedua ibu bapanya dan seseorang yang dia amat kenali.
            “Apa senior buat kat sini?” Myra menyoal pelik. Takkan la.
            “Myra. This is your brother.” Bicara Encik Ilham seperi pisau menghiris hati.
            “Abang kandung Myra?” soalnya lagi tidak percaya.
Encik Ilham mengangguk tanda ya. Puan Marissa di sebelah tidak lekang dengan senyuman.
Namun kesedihan itu tak lama. Lepas beberapa minit ia hilang entah ke mana. Myra dengan sepenuh hati dapat menerima kenyataan yang Danish itu adalah abang kandungnya. Dia sendiri tidak faham dengan dirinya. Sepertinya perasaan cinta buat Danish sudah lama hilang Cuma dia  yang tidak perasan.
“Papa ada lagi satu berita baik.” Ketiga-tiga mata memandang Encik Ilham dengan tanda tanya,
“Papa dapat naik pangkat.” Semua tersenyum. Gembira dengan apa yang baru didengari. “Tapi kita sekeluarga kena pindah ke Kedah.”
Senyum Myra mati serta merta. Berat sungguh hatinya untuk meninggalkan kawan-kawan, sekolah, Luthfan. Hatinya tiba-tiba sebak apabila mendapat tahu yang dia akan berpisah dengan Luthfan tapi apakan daya dia tidak sanggup membantah. 
xxxxx
            “Ini surat yang Myra nak aku pass kat kau sebelum dia pindah.”Aisya menyerahkan sepucuk surat bewarna biru laut kepada Luthfan sebelum berlalu pergi. Luthfan membuka surat itu dengan hati yang berat. Sungguh hatinya terasa dengan tindakan Aisya yang memungkiri janji mereka untuk berjumpa sebelum dia berpindah.
Assalamualaikum.
Luthfan. Awak tahu kan saya dah pindah. Saya minta maaf saya tak dapat jumpa awak sebab nanti saya hanya akan menangis tak henti. Awak pun dah tahu Danish tu abang saya kan. Saya tak sempat nak cerita dengan lebih lanjut kat awak hari tu. Lepas saya dapat tahu dia abang saya sikit pun tak rasa pedih. Cuma mula-mula tu memang sakittapi tak lama. Saya pun tak faham kenapa. Seolah-olah macam perasaan saya pada Danish dah lama hilang. Lagi pedih bila saya dapat tau yang saya akan berpindah dan tinggalkan awak. Sampai sekarang masih pedih. Baru saya sedar yang sebenarnya saya cintakan awak tapi nak buat macam mana kan. Awak jangan ketawakan saya. Saya tau saya hanya bertepuk sebelah tangan. Hati awak kan pada Miss Kyeopta awak tu. Saya harap awak bahagia dengan dia ye.
Salam sayang,
Myra
xxxxxx  
Sebulan yang lalu Puan Marissa ada bertanya, adakah anaknya itu masih belum berpunya. Kalau masih ada ruang nak je jodohkan dengan anak kawannya. Myra hanya menjawab baik untuk mama papanya baik jugak untuk dia. Seminggu kemudia majlis pertunangan dilangsungkan dan apa yang dia tahu tentang tunangnya hanyalah nama. Rizky kata mamanya.
Kini tibalah hari yang dinantikan oleh semua tapi bukan Myra. Tinggal beberapa minit saja lagi Myra akan diijab kabulkan. Hatinya masih tertanya-tanya apakah keputusan yang dia lakukan ini betul. Bila dia buat solat istikharah kenapa wajah Luthfan yang sering muncul. Namun demi meneruskan niat mamanya yang dah berkenan dengan hamba Allah bernama Rizky diteruskan juga walaupun hati sakit.
“Aku terima nikahnya Myra Marlisa binti Ilham dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai.”
Mura tersentak. Suara tu. Suara yang tak mungkin dia lupa. Suara yang amat dirinduinya. Langsung dia tidak berkelip apabila melihat wajah suaminya.
            “Luhan.” Hanya itu yang terpacul dari bibir merahnya.
            “Bukan Luhan tapi Luthfan.” Entah bila Luthfan duduk di hadapannya. Sempat lagi bebisik membetulkan nama. Upacara pembatalan air sembahyang berjalan dengan lancar cuma Myra terus mendiamkan diri sehinggalah ke malam hari. Niat di hati ingin bertanya lebih lanjut tapi bila dah tengok Luthfan macam sibuk je layan kawan-kawan dia digagahkan jugak bersabar.
            “Awak, boleh saya tanya sikit.”
Luthfan senyum sendiri setelah Myra meruntuhkan temboh kesunyian antara mereka.
            “Apa dia?”
            “Macam mana.....”belum sempat Myra menghabiskan ayatnya Luthfan menyambung.
            “Macam mana saya boleh setuju kahwin dengan awak?”
Myra angguk.
            “Awak tau ke tak awak akan kahwin dengan saya?”
            “Tau.”
            “Habis tu Rizky?”
            “Rizky tu saya. Luthfan Rizky.”
            “Ahh kan. Macam mana saya boleh lupa nama awak Rizky.”
            “Mana taknya kan. Sebelum ni kan awak panggil saya Luhan.”
            “Macam mana dengan Miss Kyeopta awak tu?” suara Myra semakin mengendur.
            “Macam tu la.”
            “Awak masih dengan dia?” benteng air matanya sudah mau pecah tapi ditahan juga.
            “Tentulah.”
Pecah juga empangan air matanya.
            “Dah tu. Kenapa awak kahwin dengan saya. Awak boleh je tolak. Saya tau lah kita kahwin pun atas kehendak keluarga.”
            “Awak yang kahwin atas kehendak keluarga. Saya tak.”
Myra menjadi semakin bingung. Sungguh dia tidak faham dengan kata-kata Luthfan yang berpusing-pusing macam roller coaster.
            “Miss Kyeopta awak tak marah?” soal Myra ingin tahu. Kalau boleh dia nak selesaikan semuanya saat itu juga.
            “Buat apa dia nak marah. Dia dah jadi isteri saya dah pun.”
            “Habis tu saya ni isteri yang ke berapa?”
Luthfan tepuk dahi. Slow betullah isteri dia ni.
            “Awak la Miss Kyeopta tu.”
Myra mengangkat muka bertentangan mata dengan Luthfan. Mencari kebenaran dalam kata-katanya.
            “Maksudnya?”
            “Maksudnya I’ve fall in love with you since pertama kali saya nampak awak dalam kelas kena marah. Got it.”
            “Kalau macam tu kenapa awak tak cuba cari saya lepas saya pindah. Call pun tak.”
            “Awak tu yang kenapa tak cari saya kalau dah suka saya.”
            “Saya malu lah. Bila saya dah hantar surat mengaku kat awak macam tu saya ingat saya bertepuk sebelah tangan. Sepatutnya bila awak tahu awak cari la saya.”
            “Saja. Tak suprise la nanti.”

Myra tersenyum lebar. Apa pun dia tetap bersyukur kerana doanya untuk ditemukan dengan Luthfan termakbul Cuma mereka bukan lagi sahabat tapi pasangan suami isteri.

No comments:

Post a Comment