Tuesday 13 January 2015

Cerpen : Cinta Aku Dan Dia


Nama penuh aku Iman  Dania. Kawan-kawan aku cuma panggil aku Nia je. Pendek dan ringkas. Tak payah susah-susah.
Ketukkan pintu bertalu-talu menyebabkan aku tersedar dari lamunan panjang yang baru nak mula. Dengan malas sekali pintu dikuak.
“Nak apa?” soalku malas kepada abang.
            “Nak pinjam komik.” Tanpa dipelawa Irham masuk ke dalam bilik.
            “Cepat la keluar. Orang nak tidur.”
            “Tidur apanya. Matahari dah tegak atas kepala pun nak tidur lagi.”
            “Tadi orang tak tidur lepas subuh tu yang orang nak tidur sekarang. Lagipun tak baik tidur lepas subuh rezeki tak masuk.” Pendek nasihat yang tak serupa nasihat aku hadiahkan kepada Abang Am. Hobi dia kacau orang aje. Tak ada benda lain dah.
            “Sebelum abang terlupa. Petang nanti mama ajak Nia temankan dia shopping.”
Shopping? Bukan ke mama dah tau yang anak perempuan dia yang sorang ni tak suka teman orang shopping apatah lagi teman mama shopping. Nak pilih baju sehelai pun ambil masa berjam-jam. Itu baru sehelai baju tak campur dengan kasut, handbag, seluar dan berbagai-bagai jenis aksesori lagi. Kalau bagi masa dua puluh empat jam untuk shopping pun belum tentu cukup.
“Mama cakap walau apa pun alasan Nia kena ikut jugak.” Aku mengangguk perlahan. Macam tau-tau je aku nak bagi alasan. Shopping pun shopping la. Nanti aku tapau la apa-apa untuk diri sendiri sebagai upah untuk temankan mama. Mama mesti dan harus bersetuju untuk belikan aku something kalau tidak aku tak nak teman mama shopping.
Setelah Abang Am dihalau keluar dari tanah jajahan merangkap bilik aku duduk bersila di atas katil sambil fikiran dibiarkan melayang. Kebosanan sudah menyelinap ke dalam diri. Otak berfikir-fikir untuk melakukakan aktiviti yang tidak membosankan.
Idea sudah masyuk. Aku membuka laci yang berhampiran dengan katil lalu dikeluarkan sebuah buku yang berwarna biru muda yang juga merupakan aku punya diary. Dalam diary aku terkandung semua rahsia yang aku miliki dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Tak pernah sebutir huruf pun tertinggal dalam diary tu. Semuanya aku masukkan termasuklah benda-benda yang tidak berapa penting.
Gel pen berjenama Stabilo mula menari-nari di atas helaian putih di dalam diary.

Dear diary,
Aku bosan sangat hari ni. Lagipun kejap lagi aku kena temankan my mum shopping. Satu hobi yang paling diminati perempuan tetapi bukan aku. Aku jenis yang tak suka membazir sebab tu la aku disayangi banyak orang. Hehehe. Perasan sebentar.

            Tangan berhenti menulis. Otak masih lagi mencari-cari idea yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam diary biru yang amat berharga bagiku. Mungkin bagi manusia lain ianya sebuah buku biru biasa tetapi bagi aku ia adalah hati aku. Hati yang banyak menyimpan segala macam benda.
            Jam berwarna merah yang tergantung di dinding ku lihat. Alamak dah pukul satu tapi aku masih lagi belum mandi. Apa nak jadi dengan aku ni. Nama je umur dua puluh satu tahun tiga bulan tapi perangai macam dengan budak-budak umur dua tahun tiga bulan. Sempat lagi aku membelek-belek stiky note yang terlekat di cermin ajaib aku. Semua tu bukan ayat-ayat cinta mahupun vocab bahasa Korea tapi peringatan penting yang harusku tulis. Kalau tak buat macam tu alamatnya akan lupa. Sebab itulah aku mengambil langkah berjaga-jaga supaya tidak terlupa.
            Kain tuala yang tersidai di penyangkut ku sambar. Kena cepat. Kalau lambat membebel pulak mak datin yang kat bawah tu. Ish tak baik kutuk mak sendiri. Setelah siap aku memilih untuk memakai skinny jeans dan t-shirt berlengan panjang bewarna biru muda. Dipandankan dengan shawl stripes bewarna biru terang. Amat menawan walaupun tidak calitkan secalit mekap pun. Perasan jugak aku ni.
            Aku turun setelah namaku dilaung Abang Am. Setapak saja kakiku  mencecah lantai, Melina sudah bercekak pinggang di hadapan pintu rumah. Melina, sebut saja namanya dan macam nak termuntah. Dasar plastik. Dari dulu dia memikat Abang Am tapi tak pernahnya dapat. Mama pun satu perempuan macam ni nak dibuat anak angkat. Angkat la anak yatim ke, anak fakir miskin ke ni tak angkat anak Dato’ yang mempunyai syarikat perkapalan yang mashur buat apa.
            “Mama, kenapa tak cakap awal-awal yang Melina nak ikut sekali?” laungku kepada mama yang sudah berada di dalam kereta.
            “Kenapa tak suka I ikut ke?” soal Melina dengna suara yang tergedik-gedik. Aku yang melihat gelagatnya seperti hendak tergelak pun ada.
            “Eh, mana ada. Aku suka sangat. Tapi aku lebih suka menghabiskan masa kat dalam bilik.”
            “Biarlah dia ikut sekali apa salahnya. Meriah sikit suasana.” Mama yang keluar dari kereta menyampuk.
            “Hmm.. Meriah.” Meriah dengan perangai dia yang tergedik-gedik tu. Meriah dengan publisti murahan yang bakal dia totonkan nanti. Ayat yang selebihnya hanya disambung dalam hati.
            “Kalau mama nak lagi meriah apa kata mama angkut Mak Tom sekali. Dan jangan lupa angkut sekali semua jiran. Bukan ke lebih ceria dan meriah.” Sambungku lagi dengan nada memerli.
            “Can you please shut up your mouth and get into the car.” Amaran pertama dari mama buatku.  
            Dengan muka yang monyok dan perasaan yang sebal aku melangkah masuk ke dalam perut Toyota Estima. Aku mengambil tempat duduk di belakang sekali. Biar yang tengah kosong. Tak ada gunanya pun aku duduk di situ kalau anak kesayanggannya berada di depan mata. Mama selalu saja melayan Melina melebihi anak kandung sendiri. Geram aku dibuatnya.
            Kereta dipark di ruang basement. Aku hanya mengekori mereka berdua dari belakang. Menyampah betul aku dengan si Melina ni. Slamber dia aje merampas title anak manja. Berbakul-bakul sumpah seranah aku hadiahkan tapi dalam hati saja.
            “Mama.”
            “Ye sayang.” Sahut mamaku lembut.
            “Nia nak pergi popular kejap. Nak tengok novel.”
            “Okay. Nanti kalau ada apa-apa just give me a call.” Aku hanya mengangguk. Kalau dah ralit shopping a thousand call pun entah tak sedar.
            Sedang aku asyik membelek handfon di tangan aku terlanggar seseorang.
            “Sorry.” Hanya itu yang mampu keluar dari bibir. Habis berselerak barang lelaki itu. Dengan rasa bersalah aku menolongnya mengutip buku dan fail yang bertaburan atas lantai.
            “Sorry sangat. Saya tak nampak tadi.” Senyuman yang terhias di bibirnya melegakan hatiku. Itu menandakan yang dia tidak marah.
            “It’s okay. Lagipun bukannya teruk. Terlanggar sikit je. Anyway I’m Irsyad Zikry but just call me Irsyad and you?
            “Saya Iman Dania tapi panggil Nia cukup.”
            “Iman Dania. Nice name. Tapi kalau saya panggil Iman boleh?”
            “Boleh tu boleh la. Tapi tak biasa sebab semua orang panggil Nia je.”
            “Then, biasakan.”
            “Biasakan what?”
            “Baru saya perasan yang awak ni pelajar semester akhir kat kolej.”
            Setelah ku amati wajahnya dengan betul-betul dan teliti baru aku perasan yang......
Peristiwa seminggu yang lalu kini terimbau kembali.
            “Hai cik adik. Boleh duduk.” Seorang mamat yang terkenal satu kolej datang mengganguku.
            “Duduk ar. Tempat awam.”
            “Thanks.” Dia mengambil tempat berhadapan denganku.
            “Cantik awak hari ni” Playboy terhandal sudah masuk jarum. Aku hanya mengendahkan. Dia ingat aku macam perempuan lain. Aku sendiri mengaku yang seorang yang sempurna. Muka kacak poket tebal. Tapi itu tak menjamin kebahagian.
            “Nak nombor telefon boleh?”
            “Boleh, boleh blah.” Dengan pantas aku bangun dari kerusi. Malas hendak melayan manusia yang sebegini.
            Lamunanku terhenti apabila Irsyad terbatuk perlahan. Batuk yang dibuat-buat. Dalam hati mengutuk diri sendiri. Macam mana aku tak boleh kenal dengan mangkuk ni. Tanpa pamitan aku terus beredar dari situ dan masuk ke dalam Popular. Sempat lagi aku menghadiahkan jelingan tajam ke arahnya.
            Alunan lagu Toucholic nyanyian Jang Geun Suk dari speaker Sony Ericsson Xperia Mini Pro mengganggu konsentrasiku memilih novel. Nombor mama tertera di skrin.
            “Ye mama ada apa? Dah nak balik ke?” soalku
            “Tak kan nak balik dah. Bukan ke kita baru datang.” Baru mama cakap. Dah sejam aku keluar masuk keluar masuk Popular itu mama cakap baru.
            “Mama cuma nak cakap Nia pergi lah mana Nia suka tapi dalam shopping complex ni sahaja. Mama dengan Melina lama lagi sebab kami nak pergi tengok wayang. Okaylah bye.” Talian dimatikan sebelum aku sempat berkata apa-apa. Sampai hati mama tak ajak aku.
Mama selalu lebihkan Melina. Mama dah tak dapat nak bezakan antara anak kandung dengan anak angkat. Antara perempuan plastik dan perempuan sejati. Mama selalu saja abaikan aku apabila ada Melina. Sikit-sikit Melina. Itu Melina ini Melina. Anak mana yang tak sedih kalau diperlakukan sebegini.
Aku keluar dari Popular dengan perasaan sedih bercampur geram. Mana aku nak pergi. Setelah dicampur ditolak didarab dan dibahagi mungkin lagi empat jam aku boleh balik. Letih kalau macam ni. Aku hanya mengikut kemana saja kakiku ingin pergi akhirnya sampai di hadapan Secret Recipe.
Aku duduk di salah satu kerusi di bahagian hujung restoran. Senang hendak melayan perasaan. Aku hanya memesan blueberry cheese cake dan ice lemon tea untuk menyegarkan tekak dah sudah kering. Tangan menyeluk poket untuk mengambil handfon. Laju aku mendail nombor abang Am. Tapi hampa yang menjawab hanyalah operator Maxis. Aku cuba untuk kali yang kedua tetap sama. Handfon aku letak tepi. Aku tidak segera menjamah pesananku yang baru dihantar oleh pelayan restoran. Fikiranku melayang jauh. Agaknya dah sampai Australia kut.
Kerusi yang berhadapan dengan ku seperti ditarik orang. Seorang lelaki berkulit putih, mata agak sepet persis jejaka korea dan rambut cacak bewarna hitam. Aku hanya mengendahkan kedangan lelaki itu.
“Boleh duduk?” soalnya kepadaku. Macam kenal je suara dia. Aku mengangkat muka untuk melihat siapa sebenarnya lelaki itu. Dia lagi.
“Awak nak apa sebenarnya?” soalannya tidak dijawab malah aku pulah memberirinya soalan.
“Saja.”
Jelingan maut aku hadiahkan khas buatnya.
“Awak ikut saya ya?”
“Mana ada. Saya nampak awak duduk sini saya pun duduk la sini jugak?”
“Macam la tak ada tempa lain.”
“Saya bukannya nak cari gaduh dengan awak. Saya cuma nak berkawan dengan awak je. Tak susah pun.”
Betul jugak cakap dia. Memang tak susah. Cuba aku bagi peluang kat dia. Kawan je tak lebih pun. Lagipun aku ada banyak lagi masalah nak difikirkan.
“Okaylah. Awak boleh kawan dengan saya.” Akhirnya aku mengalah.
Thank you.” Baru aku perasan yang dia mempunyai lesung pipit. Patut la ramai perempuan minat kat dia. Tapi bukan aku. Tak ada masa aku nak fikirkan pasal benda ni semua.
“Saya nak tanya tapi jangan marah tau.” Sambungnya lagi. “Kenapa muka awak masam je?”
“Sebab saya makan asam kut?” aku cuba untuk loyar buruk. Dia hanya tersenyum.
“Loyar buruk pulak dia. Betul betullah.”
“Tak ada apa-apalah.”
“Mana boleh tak ada apa-apa.”
“Awak tak payah taulah. Lagipun tak ada kaitan dengan awak pun.”
“Cuba awak cerita. Manalah tau boleh mengurangkan beban awak tu.” Akhirnya aku menceritakan kesemuanya dari A sampai Z. Dari mula sampai habis.
“Kesian kat awak kan.”
“Memang pun.” Tanpa ku sedar baik pulak aku dengan dia. Dari benci yang meluap-luap boleh pulak aku ceritakan masalah aku kat dia. Ajaib betul.
Alunan lagu Toucholic membuat aku memandang kosong skrin telefon. Siapa lagi kalau bukan mama yang call.
“Ye mama ada apa?” perlahan aku menjawab.
“Nia ada kat mana sayang?” soal mamaku lembut.
“Ada kat Secret Recipe dengan kawan.”
“Tunggu ye. Mama pergi kat situ.” Talian terus dimatikan. Mama selalu macam tu. Selalu je matikan talian sebelum aku cakap apa-apa. Ohh.. tidak mama mesti datang dengan Melina gedik tu.
“Kenapa awak?” Irsyad menyoal. Busy body la pulak mamat ni.
“Tak ada apa lah.” Jawabku lemah.
Di pintu masuk dah nampak mama dan seorang perempuan tergedik-gedik masuk ke dalam restoran. Siapa lagi kalau bukan Melina. Aku melambai ke arah mereka. Irsya pelik dengan kelakuan ku.
“Mama ni Irsyad. Irsyad, ni mama saya.”
“Hi aunty.” Melina yang berada di sebelah mama memonyokkan muka. Marah agaknya kerana aku tidak mengenalkannya kepada Irsyad.
“Iman, aunty saya balik dulu ye.” Aku hanya tesenyum ke arahnya. Baru aku perasan mata Melina tidak lepas memandang Irsyad. Entah kenapa aku berasa pelih dengan pandangan Melina kepada Irsyad. Tak kan cemburu kut. Aku segera menghambat perasaan itu. Tak mungkin dan tak akan.

******

            “Kau ni kenapa macam ada masalah je.” Rita rakan sekolej denganku menegur.
            “Tak ada apa.” Jawabku lemah.
            Sejak Melina berjumpa dengan Irsyad hari tu dia asyik bertanya tentang Irsyad dengan ku. Dia tak tau ke yang aku benci untuk berbual dengan dia. Atau aku cemburu. Arhh..tak ada maknanya. Melina kerap kali menanyakan tentang Irsyad. Nak nombor telefon la apa lah. Ingat aku hadap sangat nak bagitau dia. Dulu nak abang aku sekarang ni Irsyad pulak. Dasar playgirl.
            “Assalamualaikum.” Lamunanku terhenti apabila terdengar salam seseorang.
            “Walaikumsalam.” Aku menjawab perlahan. Punyalah dasyat aku mengelamun sampai Rita hilang ke mana Irsyad pulak yang mengambil tempat.
            “Termenung jauh nampak.”
            “Tak adalah. Tak apa ke awak duduk kat sini?”
            “Maksud awak?” soal Irsyad pelik.
            “Maksud saya girlfriends awak tak marah ke awak duduk sini dengan saya?” sengaja aku kuatkan sedikit perkatan girlfriends.
            “Saya mana ada girlfriend.” Nampak sangat la tipu.
            “Habis hantu mana yang awak duk bawak hari-hari tu?”
            “Yang tu bukan girlfriend saya. Diaorang tu cuma kawan je. Lagipun diaorang je yang mengaku saya ni boyfriend diaorang saya tak pernah pun menganggap diaorang tu kekasih saya.” Aku buat muka slamba.
            “Saya ni tengah menunggu seseorang.” Katanya lagi.
            “Siapa?” busy body jugak aku ni.
            “Adalah sorang perempuan ni yang berjaya mencuri hati saya. Pada pandangan saya dia tu perempuan yang sempurna. Tak macam perempuan lain. Dia baik, comel dan macam-macam lagi.”
            “Kenapa awak tak terus terang je dengan dia. Awakkan muka tembok.” Ada ke muka orang diperbuat dari tembok? Huh.. apa-apa je la.
            “Awak nak saya terus terang dengan dia ke?”
            “Ikut awak la. Kenapa awak takut nak berterus-terang ke?”
            “Lebih kurang la. Saya takut kalau dia tak terima saya.”
            “La...buat apa awak nak takut. Kalau dia tolak awak, awak pujuk dia. Buat dia sukakan awak. Awak cakap la kat dia yang awak akan tunggu dia sampai bila-bila.” Pandai pulak aku nasihatkan orang.
            “Awak betul-betul sukakan dia ke?” tanpa sedar soalan itu keluar dari bibirku.
            “Kali ni saya betul-betul sukakan dia. Saya tak main-main. Dialah cinta pertama saya. Saya tak nak kehilangan dia.” Memang bersungguh-sungguh Irsyad ni. Pada pandangan aku memang dia tak main-main. Kenapa perasaan aku rasa macam sakit aje. Tak kan aku suka kat dia kut. Kalau pun aku sukakan dia tak ada gunanya sebab dia sukakan orang lain.
            “So siapa perempuan yang bertuah tu?” aku cuba memaniskan muka.
            “Awak.”
            “Apa?”
            “Awak.”
            “Ya ada apa dengan saya.”
            “Awak la perempuan tu.” Aku tergamam. Bibirku kelu. Aku tak silap dengar ke atau dia hanya main-main.
            “Awak main-main kan?”
            “Tak. Saya memang sukakan awak sejak saya nampak awak. Awak cute. Awak tak sama macam perempuan lain yang saya kenal.”
            Aku tidak tahu hendak berbuat apa lagi. Dalam hati hanya tuhan yang tahu betapa gembiranya aku.
            “Kalau awak tolak saya pun saya tetap akan menunggu awak dan saya akan tetap buat awak sukakan saya.”
            Awak tak payah buat macam tu sebab saya memang sukakan awak, hatiku berkata-kata. Alangkah indah kalau aku boleh bagitau dia segala-galanya. Tapi seperti sesuatu tersekat di kerongkong membuatkan aku tidak berdaya untuk berkata-kata.
            “Awak bagi saya masa boleh?” hanya itu yang dapat aku katakan.
            “Boleh. Tapi jangan lama sangat.” Aku hanya tersenyum ke arahnya.

******

            Sejurus pulang dari kolej aku terus menceritakan tentang peristiwa yang berlaku. Peristiwa yang tak akan aku lupakan untuk seumur hidup aku. Hampir semua benda aku kongsikan dengan Abang Am. Hanya dengan dia aku boleh berkongsi kasih sayang. Nak bermanja dengan papa, sibuk. Dengan mama, busy dengan kawan-kawan and tak lupa juga busy dengan Melina kesayangannya tu. Hanya dengan Abang Am tempat aku bermanja.
            Dalam kepala masih ligat mencari jawapan untuk terima Irsyad atau tidak. Kalau aku terima awal sangat nampak yang aku ni gelojoh. Tak tau nak buat macam mana. Dah buntu. Handfon yang berada di atas meja ku capai lalu didail nombor Irsyad.
            Suara operator Maxis menerjah gegendang telinga menghampakan aku. Kemana pulak Irsyad ni. Kenapa dia tak jawab panggilan aku. Bermacam-macam benda yang difikirkan oleh ku sekarang. Aku mengambil keputusan untuk keluar.
            Aku berada di tepi jalan raya. Tidak tahu kemana hendak dituju. Hendak mencari Irsyad tak tau pulak di mana dia berada. Sebuah kereta bewarna hitam dipandu laju berhampiran denganku. Semakin dekat. Kereta itu seperti hendak melanggarku. Aku statik berdiri. Kaku. Kereta itu semakin hampir dengan ku. Mungkin ini adalah hari terakhirku.
            Seperti seseorang menolakku ketepi. Seorang lelaki yang amat aku kenal. Dia menolakku menjauhi kereta hitam itu tetapi dia yang dilanggar. Darah merah berlumuran pernuh di atas jalan. Setitik demi setikit mutiara jernih membasahi pipi. Aku mendekati lelaki itu. Kereta tadi hilang entah ke mana. Aku terduduk di sebelahnya.
            “Awak, saya minta maaf.”
            “Bukan salah awak pun.” Tersekat-sekat Irsyad bersuara.
            Siren ambulan jelas kedengaran. Entah siapa yang menelefon. Aku hanya kaku di situ. Tidak dapat berbuat apa-apa. Yang aku tau hanya melihat orang yang aku sayang teseksa.Tiba-tiba pandangan ku gelap.

******

Mata ku buka perlahan-lahan. Sedar-sedar saja aku dah terbaring atas katil hospital. Abang Am yang temankan aku. Mama pergi entah ke mana. Entah tau entah dia aku ada kat sini. Irsyad. Mana Irsyad.
            “Abang, mana Irsyad.”
            Abang Am hanya mendiamkan diri.
            “Irsyad mana?” soalku sekali lagi dengan nada yang agak tinggi.
            “Irsyad ada. Dia okay sekarang.” Kata-kata abang membuat aku berasa lega.
            “Nia nak jumpa dia.” Aku turun dari katil. Sejurus itu Abang Am menarik tangan ku.
            “Doktor tak bagi jumpa dia lagi. Kejap lagi boleh la.” Aku aku. Aku kembali baring di atas katil.
            “Mama tau?” soalku perlahan tapi masih boleh didengari Abang Am.
            “Tau. Tadi mama datang tapi dah balik.” Sayu hati seorang anak mendengar.

******
            “Irsyad, awak cepat sembuh ye.” Air mata yang bergenag mula mengalir.
            “Awak jangan tinggalkan saya tau. Saya pun sukakan awak. Saya sayangkan awak.” Makin deras air mata mengalir. Irsyad senyum. Hmm.. bukan ke dia tak sedarkan diri macam mana boleh senyum?
            “Awak sedar ke tidak?” soalku. Tiada respon yang diberikan.
            “Kalau dia tak sedar kenapa dia senyum. Atau aku yang gila tiba-tiba nampak dia senyum.” Kataku kepada diri sendiri.
            “Saya dah lama sedar.” Matanya dibuka. Mulutnya bersuara. Kureng betul. “Sebelum awak datang lagi saya dah sedar.” Sambungnya.
            “Kiranya awak dengar la apa yang saya cakap tadi?” muka ku sudah mula kemerahan.
            “Of course la sayang.” Tak tau kat mana aku nak sorok muka yang dah merah ni.
            “Muka awak merah la.” Ligat dia mengusikku.
            “Mana ada. Mem...memang mac..macam ni la.” Tergagap-gagap aku menafikan.
            Tangannya mengambil sesuatu dari bawah bantal. Kotak berbentuk hati berwarna merah. Aku dapat mengagak apa yang berada di dalam.
            “Will you marry me?” semakin merah muka ku.
            “Yes I do.” Tanpa sedar aku menjawabnya.” Perlahan-lahan bibir mengukir senyuman. Walaupun kena propose kat hospital aku tetap rasa bahagia.

Setahun berlalu.
            “Abang, Abang Am cakap awak tau siapa yang cuba nak langgar saya dulu. Boleh saya tau siapa?”
            “Betul sayang nak tau?”
            Aku mengangguk laju.
            “Melina.” Terkejut beruk aku apabila mendengar nama tu.
            “Kenapa pulak dia nak buat macam tu?” soalku kehairanan.
            “Sebab dia cemburu dengan sayang. Sayang ada abang. Kalau sayang nak tau dulu dia minat kat abang tapi abang tak layan dia. Abang cuma cinta sayang sorang je.” Tak sangka betul Melina sanggup buat macam tu.
            “Mama dah tau?”
            “Dah.” Sebab tu mama boleh berubah. Mama sekarang sudah menjadi seorang mama yang amat penyayang.
            “Abang.” Panggilku.
            “Ye sayang.”
            “I love you.” Selama setahun kami mendirikan rumah tangga aku belum lagi pernah mengucapkan kata keramat itu.
            “I love you too.” Balas suamiku aka Irsyad Zikri.

            Semoga masjid yang kami bina akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

p/s : ni satu lagi cerpen yg entah kurun ke berapa. Slongkar folder lama tengok-tengok jumpa... :D

Monday 12 January 2015

Cerpen : Luthfan ke Luhan?

Aisya mengatur langkah keluar dari kelas 4 Al-Farabi. Hari ni dia lambat sedikit untuk rehat kerana terpaksa menyiapkan kerjanya yang tertangguh jadi terpaksalah dia mengorbankan waktu rehatnya. Tinggal lagi beberapa minit bersisa. Kalau nak makan memang dah tak sempat. Matanya jatuh pada susuk tubuh seseorang yang sedang duduk di bangku kolam ikan tidak jauh dari kelasnya. Niatnya hendak ke kantin terbatal. Dia menuju ke kolam ikan, Aisya mengambil tempat di sebelah Myra.           
“Bila rehat je datang sini. Bila balik pun lepak sini. Apa yang istimewanya dengan kolam ikan ni?”
“Aku suka tengok ikan berenang. Tenang je mata memandang.”
Aisya senyum mengusik. Myra juga menarik senyum segaris, Alasan tak munasabah langsung. Memang jasad ada kat kolam ikan tapi mata kat tempat lain.
            “Eleh, macam la aku tak tau. Mata kau macam dah kena paku dengan paku payung kat koperasi tu kan.”
            “Mana ada. Bukannya ada apa yang menarik pun kat koperasi tu.”
            “Memang la tak ada yang menarik tapi ada yang istimewa. Aku bukannya baru kenal kau sesaat yang lepas. Aku kenal kau dah lama. Benda macam ni pun kau nak berahsia dengan aku. Aku punya la bagai nak rak cerita itu ini kat kau pasal aku. Alih-alih kau nak berahsia dengan aku. Terasa jugak aku tau tak.”
            “Ala jangan la terasa dengan aku. Kau macam tak tau aku kalau masuk bab perasaan ni susah sikit.”
            “Mister Dimple kau tu AJK koperasi kan?”
            “Mana ada.”
            “Aku tau la. Kau dah tangkap cinta dengan Mr.Dimple kau tu.”
            “Kau baca nota aku eh? Mana kau tau aku panggil Danish Mr.Dimple?” Myra menutup mulutnya. Sedar yang dirinya dah terkantoi.
            “Aku bukannya sengaja nak baca. Aku ter. Lagipun siapa suruh kau tinggal buku tu atas meja.”
            “Bukannya ada nama pun. Kau memang dah tau ke Mr.Dimple tu sebenarnya Danish?”
            “Aku dah tau. Danish sorang je pun AJK yang ada lesung pipit.”
            “Mana kau tau dia sorang je?”
            “Aku kan bekas AJK koperasi. Kau lupa?”
            “Aah kan. Lupa pulak aku. Dulukan aku rajin teman kau pergi koperasi.” Myra menggaru kepalanya yang tak gatal. Macam mana dia boleh lupa.
            “Kenapalah kau berhenti dari jadi AJK koperasi. Kalau tak boleh mintak tolong kau.” Bicaranya disambung lagi.
            “Banyak cantik muka engkau. Kau ingat aku ni telekom. Tak sempat la nak study. Aku dah la tak pandai nak urus masa. Kena balik lewat la bagai. Dulu waktu aku masih lagi AJK tak nak mintak tolong.”
            “Masa tu hati aku tak terbukak lagi.”
            “Kenapa tak kau je yang jadi AJK koperasi. Buatlah permohonan. Mesti dapat.”
            “Agak-agak la kau. Aku ni dah ada jawatan la dalam kelab Fotografi. Aku bukannya sotong ada banyak tangan. Tak terkejar dibuatnya aku nanti.”
            “Manalah taukan. Demi Abang Danish terchenta lautan api sanggup diredah.”
Myra mencebik. Ini sudah lebih.
xxxxx
Myra menutup buku yang berada di hadapannya. Lambat pulak Cikgu Mimi masuk kelas hari ni. Dia ingatkan dia yang terlewat. Sudah panjang berjela alasan yang dikarangnya sebelum masuk ke kelas. Takut jugak dia jika dimarahi oleh Cikgu Mimi akibat masuk lambat. Setibanya di kelas bayang cikgu pun tak nampak lagi. Lega rasa hatinya.
            “Cikgu dah datang weyh.” Ketua kelas 4 Al-Farabi bersuara.
Semua pelajar bangun untuk memberikan salam hormat seperti biasa kepada Cikgu Mimi. Nampaknya cikgu tak keseorangan hari ni.
            “Aisya.” Myra berbisik perlahan.
            “Apa?”
            “Luhan.”
            “Hah?”
            “Luhan.”
            “Siapa Luhan?”
            “Muka budak baru tu macam Luhan.”
            “Luhan tu siapa?”
Myra tepuk dahi. Lupa pulak dia Aisya ni bukan jenis kaki Korea. “Tak apa lah.”
            “Okay class. Hari ni kita ada pelajar baru.” Cikgu Mimi mengarhkannya untuk memperkenalkan diri.
            “Hello. Nama saya Muhammad Luthfan. You can call me Luthfan for short. Sorry sebab saya masuk kelas lambat.”
            “Laa...mati-mati aku ingat dia Chinese tadi.” Giliran Aisya pula berbisik perlahan di telinga Myra.
            “Sebab tu la aku cakap muka dia macam Luhan.”
            “Luhan tu bukan dulu kumpulan Exo ke?”
            “Tau pulak kau. Tadi bukan main tak tau.”
            “Saja je. Dah kau tiap-tiap hari sebut nama diorang. Mananya aku tak ingat. D.O laa..Baekhyun laa..Chanyeol laa. Cuma rupa jaa aku tak pernah tengok.” Myra menutup mulutnya dengan tangan menahan tawa. Lucu melihat gelagat Aisya yang hampir boleh menghafal kesemua nama ahli Exo.
            “Myra, Aisya. Ada apa-apa yang nak dikongsikan ke.” Suara garang Cikgu Mimi menghentikan gelak tawa Myra. Tanpa riak Myra menggeleng. Matanya jatuh pada Luthfan. Dia perasan yang Luthfan juga sedang mentertawakannya seperti sesetengah pelajar lain.
xxxxx
            “Myra.”
            “Macam kenal suara tu.” Myra bermonolog sendiri.
            “Myra.”
            “Takkanlah.” Masih lagi hatinya berbicara.
Dia berpusing seratus lapan puluh darjah untuk memastikan apa yang didengarinya. Senyuman yang melebar segera disembunyikan. Kantoilah nanti.
            “Senior panggil saya?”
            “Iya. Awaklah. Ada orang lain ke kat sini. Saya nak mintak tolong awak ni.”
            “Tolong apa?”
            “Saya nak awak jadi fotografer untuk dinner Kelab Koperasi nanti. Mula-mula saya mintak tolong Amier tapi dia cakap dia sibuk. Dia suruh saya mintak tolong awak. Itupun kalau awak tak sibuk la.”
Sempat lagi Myra mengamati wajah Danish. Mata bulat macam D.O, hidung mancung macam L, tinggi lampai macam Sungyeol dan kulit flawless macam Sehun.
            “Myra.”
Dia kembali ke alam nyata. Boleh pulak duk buat pemerhatian. Dah macam nak buat eksperimen biologi. Nasib tak angkut sekali dengan inferens.
            “Ya saya?”
            “Boleh tak?”
            “Boleh apa?”
            “Jadi fotografer tu.”
            “Bila?” 
            “Sabtu pertama bulan depan.”
Myra mengangguk tanda setuju. Danish menghadiahkan senyuman manis kepadanya sebelum berlalu prgi. Terserlah lesung pipitnya yang dalam itu di kedua-dua belah pipinya. Tu yang buat Myra jatuh hati.
Myra berpaling ke belakang dan meneruskan hajatnya untuk ke garaj. Dia ingin pulang ke rumah. Senyuman bahagia masih tidak lekang dari bibirnya. Tanpa disedari dia telah melanggar seseorang. Habis buku bertabuaran di atas lantai.
            “Maaf. Saya tak sengaja.” Hanya itu yang dapat diucap Myra.
            “Tak sengaja awak cakap. Saya yang besar macam ni pun awak tak nampak ke. Lain kali jalan pakai mata.”
            “Mana boleh jalan pakai mata. Jalan pakai kaki tengok guna mata.”
Luthfan membuan muka bosan. Sikit pun tidak terkesan dengan lawak Myra.
            “Whatever.”
            “Saya minta maaf. Lain kali saya buka mata saya luas-luas. Maaf.” Berkali-kali Myra meminta maaf.
xxxxx
Myra melihat jam di pergelangan tangannya. Lambat pulak si Aisya ni. Janji pukul sepuluh tapi sekarang dah sepuluh setengah. Batang hidung pun tak nampak lagi. Bukannya apa, Myra takut jugak tunggu sorang-sorang. Dibuatnya dia kena serang dengan sepuluh orang, taekwondo tali pinggang hitam dah tak berguna lagi dah. Matanya tertangkap pada susuk tubuh seseorang yang dikenalinya.
“Apa yang Luthfan buat kat belakang tu.” Hatinya tertanya-tanya. Seperti ada sesuatu yang terjadi di belakang situ. Kakinya perlahan menuju ke arah Luthfan.
Apa yang dilihatnya amat memeranjatkan. Nampaknya Luthfan sedang dipukul oleh dua orang lelaki yang lebih kurang sebaya dengan mereka. Myra tidak mahu mensia-siakan ilmu taekwondo yang dipelajarinya lantas dia meluru ke arah mereka.
            “Korang jangan ganggu dia.” Dengan berani Myra menghalang.
            “Kau siapa?”
            “Aku supergirl yang jatuh dari langit. Get lost.”
Kedua-dua lelaki itu ketawa.
            “Kau selamat kali ni. Tapi lagi sekali aku nampak kau kacau awek aku memang lembik aku kerjakan kau.” Salah seorang mereka memberi amaran sebelum berlalu.
            “Awak okey?” Myra menyoal Luthfan. Risau jugak dia kalau jadi apa-apa.
Luthfan mengangguk lemah. Hujung bibirnya kebiruan.
            “Awak pun satu. Yang pergi kacau awek orang tu kenapa.”
            “Mana ada kacau. Dia yang datang sembang dengan saya. Saya pun layan la memandangkan saya belum ada kawan lagi area sini.”
            “Awak tinggal area sini?”
Luthfan angguk lagi. “Taman Bayu nombor 52.”
            “Laa....selang dua buah rumah je pun dengan rumah saya. Kita jiran rupanya.”
Myra mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia menghantar sistem pesanan ringkas kepada Aisya membatalkan rancangan pertemuan mereka.
            “Jom saya hantar awak balik tapi muka awak macam mana. Lebam sana sini. Nanti parents awak syak macam-macam pulak.”
            “Parents saya outstation. Saya sorang je kat rumah.” Luthfan menarik senyum segaris. Saat itu Myra merasakan jantungnya berdetak laju. Segera dinyahkan perasaan itu.
Semenjak hari itu hubungan Myra dan Luthfan semakin rapat dan rapat. Segala masalah dikongksi bersama memandangkan mereka berdua merupakan anak tunggal.
xxxxx
Panggilan daripada mamanya memang amat memranjatkan. Khabarnya dia akan berjumpa seseorang yang sangat istimewa iaitu abangnya yangtelah lama hilang. Bila Myra menyoal Puan Marissa jawabnya nak jadikan kejutan. Myra sangat gembira. Siapa sangka setelah hidup menjadi anak tunggal selama enam belas tahun dia akan mempunyai seorang abang yang tua setahun darinya. Abangnya dahulu hilang ketika masih bayi. Banyak usaha telah dilakukan untuk mencari tetapi tidak berjaya. Untuk kali ini nampaknya doa telah dimakbulkan. Disebalik kegembiraan itu terselit juga rasa tidak sedap hati. Entah kenapa rasa lain macam.
Deruan enjin kereta membuatkan Myra kembali ke alam realiti. Dia membetulkan letak tudungnya di atas kepala kemudian mencabutnya semula. Kenapa pulak nak pakai. Abang kandung kut. Ketukan pintu membuatkan hatinya berdebar-debar.
Myra meluru ke pintu untuk membukanya. Berdiri kedua ibu bapanya dan seseorang yang dia amat kenali.
            “Apa senior buat kat sini?” Myra menyoal pelik. Takkan la.
            “Myra. This is your brother.” Bicara Encik Ilham seperi pisau menghiris hati.
            “Abang kandung Myra?” soalnya lagi tidak percaya.
Encik Ilham mengangguk tanda ya. Puan Marissa di sebelah tidak lekang dengan senyuman.
Namun kesedihan itu tak lama. Lepas beberapa minit ia hilang entah ke mana. Myra dengan sepenuh hati dapat menerima kenyataan yang Danish itu adalah abang kandungnya. Dia sendiri tidak faham dengan dirinya. Sepertinya perasaan cinta buat Danish sudah lama hilang Cuma dia  yang tidak perasan.
“Papa ada lagi satu berita baik.” Ketiga-tiga mata memandang Encik Ilham dengan tanda tanya,
“Papa dapat naik pangkat.” Semua tersenyum. Gembira dengan apa yang baru didengari. “Tapi kita sekeluarga kena pindah ke Kedah.”
Senyum Myra mati serta merta. Berat sungguh hatinya untuk meninggalkan kawan-kawan, sekolah, Luthfan. Hatinya tiba-tiba sebak apabila mendapat tahu yang dia akan berpisah dengan Luthfan tapi apakan daya dia tidak sanggup membantah. 
xxxxx
            “Ini surat yang Myra nak aku pass kat kau sebelum dia pindah.”Aisya menyerahkan sepucuk surat bewarna biru laut kepada Luthfan sebelum berlalu pergi. Luthfan membuka surat itu dengan hati yang berat. Sungguh hatinya terasa dengan tindakan Aisya yang memungkiri janji mereka untuk berjumpa sebelum dia berpindah.
Assalamualaikum.
Luthfan. Awak tahu kan saya dah pindah. Saya minta maaf saya tak dapat jumpa awak sebab nanti saya hanya akan menangis tak henti. Awak pun dah tahu Danish tu abang saya kan. Saya tak sempat nak cerita dengan lebih lanjut kat awak hari tu. Lepas saya dapat tahu dia abang saya sikit pun tak rasa pedih. Cuma mula-mula tu memang sakittapi tak lama. Saya pun tak faham kenapa. Seolah-olah macam perasaan saya pada Danish dah lama hilang. Lagi pedih bila saya dapat tau yang saya akan berpindah dan tinggalkan awak. Sampai sekarang masih pedih. Baru saya sedar yang sebenarnya saya cintakan awak tapi nak buat macam mana kan. Awak jangan ketawakan saya. Saya tau saya hanya bertepuk sebelah tangan. Hati awak kan pada Miss Kyeopta awak tu. Saya harap awak bahagia dengan dia ye.
Salam sayang,
Myra
xxxxxx  
Sebulan yang lalu Puan Marissa ada bertanya, adakah anaknya itu masih belum berpunya. Kalau masih ada ruang nak je jodohkan dengan anak kawannya. Myra hanya menjawab baik untuk mama papanya baik jugak untuk dia. Seminggu kemudia majlis pertunangan dilangsungkan dan apa yang dia tahu tentang tunangnya hanyalah nama. Rizky kata mamanya.
Kini tibalah hari yang dinantikan oleh semua tapi bukan Myra. Tinggal beberapa minit saja lagi Myra akan diijab kabulkan. Hatinya masih tertanya-tanya apakah keputusan yang dia lakukan ini betul. Bila dia buat solat istikharah kenapa wajah Luthfan yang sering muncul. Namun demi meneruskan niat mamanya yang dah berkenan dengan hamba Allah bernama Rizky diteruskan juga walaupun hati sakit.
“Aku terima nikahnya Myra Marlisa binti Ilham dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai.”
Mura tersentak. Suara tu. Suara yang tak mungkin dia lupa. Suara yang amat dirinduinya. Langsung dia tidak berkelip apabila melihat wajah suaminya.
            “Luhan.” Hanya itu yang terpacul dari bibir merahnya.
            “Bukan Luhan tapi Luthfan.” Entah bila Luthfan duduk di hadapannya. Sempat lagi bebisik membetulkan nama. Upacara pembatalan air sembahyang berjalan dengan lancar cuma Myra terus mendiamkan diri sehinggalah ke malam hari. Niat di hati ingin bertanya lebih lanjut tapi bila dah tengok Luthfan macam sibuk je layan kawan-kawan dia digagahkan jugak bersabar.
            “Awak, boleh saya tanya sikit.”
Luthfan senyum sendiri setelah Myra meruntuhkan temboh kesunyian antara mereka.
            “Apa dia?”
            “Macam mana.....”belum sempat Myra menghabiskan ayatnya Luthfan menyambung.
            “Macam mana saya boleh setuju kahwin dengan awak?”
Myra angguk.
            “Awak tau ke tak awak akan kahwin dengan saya?”
            “Tau.”
            “Habis tu Rizky?”
            “Rizky tu saya. Luthfan Rizky.”
            “Ahh kan. Macam mana saya boleh lupa nama awak Rizky.”
            “Mana taknya kan. Sebelum ni kan awak panggil saya Luhan.”
            “Macam mana dengan Miss Kyeopta awak tu?” suara Myra semakin mengendur.
            “Macam tu la.”
            “Awak masih dengan dia?” benteng air matanya sudah mau pecah tapi ditahan juga.
            “Tentulah.”
Pecah juga empangan air matanya.
            “Dah tu. Kenapa awak kahwin dengan saya. Awak boleh je tolak. Saya tau lah kita kahwin pun atas kehendak keluarga.”
            “Awak yang kahwin atas kehendak keluarga. Saya tak.”
Myra menjadi semakin bingung. Sungguh dia tidak faham dengan kata-kata Luthfan yang berpusing-pusing macam roller coaster.
            “Miss Kyeopta awak tak marah?” soal Myra ingin tahu. Kalau boleh dia nak selesaikan semuanya saat itu juga.
            “Buat apa dia nak marah. Dia dah jadi isteri saya dah pun.”
            “Habis tu saya ni isteri yang ke berapa?”
Luthfan tepuk dahi. Slow betullah isteri dia ni.
            “Awak la Miss Kyeopta tu.”
Myra mengangkat muka bertentangan mata dengan Luthfan. Mencari kebenaran dalam kata-katanya.
            “Maksudnya?”
            “Maksudnya I’ve fall in love with you since pertama kali saya nampak awak dalam kelas kena marah. Got it.”
            “Kalau macam tu kenapa awak tak cuba cari saya lepas saya pindah. Call pun tak.”
            “Awak tu yang kenapa tak cari saya kalau dah suka saya.”
            “Saya malu lah. Bila saya dah hantar surat mengaku kat awak macam tu saya ingat saya bertepuk sebelah tangan. Sepatutnya bila awak tahu awak cari la saya.”
            “Saja. Tak suprise la nanti.”

Myra tersenyum lebar. Apa pun dia tetap bersyukur kerana doanya untuk ditemukan dengan Luthfan termakbul Cuma mereka bukan lagi sahabat tapi pasangan suami isteri.