Saturday 14 September 2013

AyeeShah

Terhincut-hincut aku berjalan. Sakitnya hanya Allah yang tahu. Terpijak paku payung ditambah dengan darah yang meleleh memang boleh buatkan aku pengsan. Tapi digagahkan jugak diri berjalan mencari first-aid-kit di dalam laci di dapur. Peliklah hari ni. Segenap rumah sunyi sepi. Ke mana semua orang. Keluar tak bagitahu aku pulak tu. Kut ya pun tinggalkanlah nota atau apa-apa mesej ke.
Selepas siap menampal plaster di kaki, laju saja aku ke dalam bilik. Nombor ibu didail. Aku perlu mencari tahu kemana semua orang pergi. Tinggalkan aku sorang-sorang pulak tu. Memang tak patut langsunglah.
            “Assalamualaikum.” Salam didahulukan.
            “Waalaikumsalam. Ya?”
            “Ibu pergi mana?”
            “Ibu ada di rumah Shah ni. Kenapa?”
            “Kenapa ibu tak bagitau Ayeen. Kut ya pun tinggallah nota tak pun kejut je Ayeen tadi. Ibu buat apa kat sana?”
            “Hari ni kan hari ulang tahun Shah yang ke dua puluh lima. Ibu bukan tak nak ajak kamu tapi ibu tau kamu memang tak nak datang punya.”
            “Yang ibu sibuk-sibuk pergi rumah Abang Shah tu buat apa. Time birthday ibu pun dia tak datang.”
“Memanglah dia tak datang tapi dia ada call ibu. Dia cakap dia ada hal sikit.”
 Masa birthday aku lagilah dia tak datang. Apa yang dia benci sangat kat aku pun tak tau. Ingat dia hensem sangat. Ayat-ayat kutukan hanya diteruskan di dalam hati. Kalau ibu dengar memang cari pasal kutuk anak angkat ibu tu.
Sungguh aku tak faham dengan ibu. Si Shah tu masih ada mak bapak bukannya anak yatim piatu. Tak perlulah nak mengangkat segala hanya kerana ibu baik dengan ibu Abang Shah. Tengok ibu layan Abang Shah pun dah cukup membuatkan aku terfikir, dia anak angkat ke atau aku yang anak angkat.
            “Kenapa kamu diam?” Ibu menyoal setelah lama aku mendiamkan diri.
            “Tak ada apa-apalah ibu. Okaylah, ibu sambunglah kerja ibu tu. Ayeen nak keluar kejap.”
            “Kamu nak ke mana?”
            “Nak pergi kedai buku.”
            “Lepas kamu habis shopping datang ambil ibu.”
            “Tadi ibu pergi dengan siapa? Pak Samad mana?”
            “Tadi Shah datang ambil ibu. Pak Samad cuti, kebetulan pulak ayah kamu outstation. Tu yang dia tawarkan diri nak ambil ibu tadi.”
            “Okaylah bu, assalamualaikum.” Terus aku mematikan panggilan.
____________________
Selepas selesai membeli tiga buah novel, aku terus ke rumah yang berada di kawasan bukit. Rumah siapa lagi kalau buka rumah keluarga Shah tu. Almaklumlah diakan anak orang kaya, mana main rumah dekat kawasan perumahan biasa.
Kereta aku pakirkan betul-betul di hadapan pagar rumahnya. Sudah banyak kali juga aku bertandang ke rumahnya. Itupun atas ajakan Aunty Liza aka mak kepada Shah. Kalau tidak jangan harap aku nak pergi dengan suka dan rela.
            “Ayeen, masuklah dulu.” Pelawa Aunty Liza.
            “Tak apalah aunty. Ayeen datang nak ambil ibu je.”
            “Masuk lah dulu. Ibu kamu tengah berborak dengan kawan-kawan dia kat dalam.”
Nak tak nak aku kena ikutkan jugak. Ibu kalau dah bersembang memang penat menuggu. Tapi elok jugak aku masuk, boleh aku isi perut yang berkeroncong ni.
Aku hanya mengambil tempat di taman. Cantik. Ada kolam ikan dan juga bunga orkid. Malas hendak masuk ke dalam.
            “Ayeen.” Namaku dipanggil seseorang. Macam kenal suara tu. Aku buat tak tau je.
            “Ayeen.” Panggilan kali kedua namun aku masih memekakkan telinga.
            “Nur Ayeen Qaisara binti Dato’ Ahmad Qayyum.” Aku memusingkan badanku seratus lapan puluh darjah.
            “Kau nak apa panggil aku siap dengan nama penuh sekali?”
            “Tak tau nak hormat orang yang lebih dewasa ke. Sesedap hati je beraku-kau.”
            “Hello, kita cuma beza setahun. Okaylah Abang Shah.” Sengaja aku menekankan perkataan abang.
            “Buat apa kat sini?” soalnya kasar.
            “Suka hati akulah nak buat apa pun.”
            “But this is my home.”
            “Am I care?” Darahku mendidih sudah ke tahap maksima tapi aku sabarkan jugak diri. Nanti diri sendiri yang malu. Dia ingat dia anak tan sri dia boleh buat sesuka hati. Aku pun bolehlah.
            “Ayeen?” Aunty Liza memanggil lembut namaku. Tak macam anak dia, macam bapak singa.
            “Yes aunty .”
“ Buat apa kat luar tu. Shah, kenapa tak ajak Ayeen masuk.”
            “Tak payah ajak masuk pun tak apa dia ni.”
            Tajam menikam aku melihat Abang Shah. Memang cari pasal betullah dia ni. Sabar Ayeen sabar.
            “Jom masuk Ayeen.”
            Aku hanya mengekori langkah Aunty Liza.
____________________
            “Ayeen, sini kejap. Ibu ada hal nak cakap.” Lain macam je ibu ni. Macam hal serius je.
            “Ada apa ibu?”
            “Kalau nak diikutkan dengan umur Ayeen ni memang dah patut kawin.”
            “Tapi I’m only twenty four.” Segera aku memotong percakapan ibu.
            “Dua puluh empat tahun. Bukan angka yang muda lagi. Memang dah patut kahwin.”
            “Belum ada calon lagi la ibu.”
            “Ibu dan ada calon untuk kamu.” Aku tergamam.
            Tak nak. Aku tak nak kena kahwin paksa.
            “Siapa ibu?”
            “Shahrul Hykal.” Melopong aku dengar. Katakan ini semua mimpi. Tak mungkin aku kahwin dengan orang yang membenci aku.
            “Tak nak la ibu.”
            “Tak kira. Kamu kena ikut apa yang ibu suruh. Muktamad.”
Aku terus naik ke bilik. Dunia kini aku rasakan sungguh gelap. Mana mungkin aku kahwin dengan orang yang membenci aku. Tak guna jika hanya aku yang punya perasaan suka dan bukan dia. Tubuh aku baringkan di atas katil bersaiz queen dan aku pejamkan mata. Baik aku tidur.
____________________
            “Kalau mama minta Shah buat sesuatu, kamu buat tak?”
            “Kalau perbuatan tu tak menyalahi syariat agama, InsyaAllah.” Lembut sahaja tutur bicara Shahrul.
            “Benda ni memang elok di sisi agama.”
            “Apa ma?”
            “Mama nak minta kamu kahwin dengan Ayeen.” Perlahan-lahan Puan Liza memberitahu. Bukan senang nak meminta sesuatu yang mungkin berat bagi Shahrul.
Shahrul terdiam seketika. Mungkin memikirkan permintaan mamanya itu.
            “Okay.” Giliran mamanya pula yang terdiam. Senang pulak dia setuju.
___________________
Ketukan pintu dari luar membuat aku terjaga dari tidur yang tidak berapa nyenyak. Siapa pulak dah yang main ketuk-ketuk pintu malam-malam macam ni. Fikiranku mula memikirkan perkara yang bukan-bukan. Teringat pula aku pada cerita hantu yang baru ditonton dua hari lepas. Nauzubillah. Janganlah.
Dengan lafaz bismillah dan diikuti dengan ayat kursi, perlahan-lahan aku membuka pintu. Kelibat lembaga yang bermuka putih itu memeranjatkan aku. Pandai pulak hantu pakai bedak sejuk ye.
            “Nyah kau setan.” Alamak, silap. Nak baca ayat kursi tapi keluar ayat lain.
            “Banyak punya setan.”
            “Pandai kau menjawab ye setan. Mana kau sekolah ha?”
            Tanpa aku sedari tangan hantu itu sudah menarik telingaku. Merah sudah.
            “Apa setan-setan. Ibu sendiri pun tak kenal. Apa nak jadi ni.” Aku menarik sengihan lebar. Padan muka. Tulah jangan terpengaruh sangat dengan cerita hantu.
            “Sorry ibu. Mana Ayeen tau tu ibu. Kalau orang lain tengok pun orang ingat hantu. Iyalah, tak pernah-pernah ibu ketuk bilik Ayeen malam-malam. Ada apa ya ummi?”
            “Baru sekejap tadi Aunty Liza call.” Ala...balik-balik pasal ni. Bosan la. Entah-entah Abang Shah tak setuju. Haha. Aku sudah tersenyum sendiri.
            “Ni kenapa senyum-senyum ni. Tak sabar nak kahwin.”
            “Mana ada ibu. Teruskan..teruskan.”
            “Shah dah..........” belum sempat ibu menghabiskan ayatnya aku memotong.
            “Tak apa bu. Ayeen tau. Abang Shah tak setuju kan. See, kan Ayeen dah cakap. Dia takkan setuju punya.”
            “Siapa kata dia tak setuju.”
            “Apa ibu?” aku menggaru kepalaku yang tidak gatal. Apa tak betul ke aku cakap tadi?
            “Shah dah setuju. Diulang sekali lagi, Shah dah setuju.” Perkataan setuju bermain-main di fikiranku. Aku belum pekak lagi kan.
            “What?” bergema seluruh rumah dengan jeritanku.
____________________
            “Aku terima nikahnya Nur Ayeen Qaisara binti Ahmad Qayyum dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai.”
Dengan sekali lafaz aku sudah halal menjadi milik Shahrul Hykal. Mutiara jernih mengalir dari tubir mataku. Bukan air mata gembira tapi air mata terseksa. Mana taknya, kena kahwin paksa. Buatnya lepas kahwin dia seksa aku tak ke cari pasal namanya tu.
Selesai akad kini upaca pembatalan air sembahyang berlangsung. Cincin bertatahkan permata berwarna ungu disarungkan ke jari manisku. Cantik. Aku menyalami tangan suamiku dan dibalas dengan kucupan di dahi.
            “Terima kasih kerana terima abang.” Aku terkedu. Benar-benar aku tersentuh dengan bisikannya.
____________________
Aku merenung wajahku di hadapan cermin. Selesai akad nikah aku hanya mendiamkan diri. Majlis resepsi akan diadakan pada minggu hadapan secara gilang gemilangnya di hotel lima bintang. Itu ibu dengan mama punya idea. Kata mereka apa pula kata orang nanti kalau anak dua orang usahawan tersohor hanya buat majlis kecil-kecilan.Tak perlu la nak tunjuk kat orang semua benda tu. Kalau ikut aku akad nikah je cukup. Lepas tu buatlah kenduri sikit.
Tapi aku kena setuju jugak sebab dah dipaksa pun. Lagipun suami ‘tercinta’ dah pun bersetuju. Baru aku perasan, sejak dia sah menjadi suami aku, langsung aku tak bertergur sapa dengan dia. Biarlah, nanti aku pandai-pandai la.
Pintu bilik dibuka perlahan dari luar. Siapa lagi kalau bukan Shahrul Hykal. Sesuka hati dia je masuk bilik aku tapi bukan ke ni dah jadi bilik dia jugak. Alamak, apa aku nak buat ni. Aku buat derk dengan kedatangan dia di dalam bilik. Sepatah pun aku tak keluarkan suara apatah lagi dia. Dalam hati tertanya-tanya, macam mana dia boleh setuju nak kahwin dengan aku. Pelik.
Tanpa sepatah kata, dia terus membaringkan badannya di datas katilku. Kalau dia tidur aku aku nak tidur mana? Boleh saja kalau aku menyempit atas katil tu jugak. Bukannya tak muat tapi silap-silap dibuatnya dia tendang aku jatuh katil macam mana. Aku hanya merenungnya tanpa reaksi. Tak boleh, aku mesti mempertahankan hak aku.
            “Kalau kau tidur situ, aku nak tidur mana?” aku memberanikan diri menyoal.
            “Tidur jelah mana-mana kau nak.” Wow, pandai menjawab sungguh laki aku ni ya.
            “Mana boleh, tu katil aku. Kau tidurlah atas sofa tu.”
Dia merenungku tajam. Tidak senang dengan renungannya, aku buat-buat menyikat rambutku. Perlahan-lahan dia mendekatiku. Kini, dia betul-betul berada di belakangku. Kalau nak diikutkan tak sampai dua puluh sentimeter. Perlahan-lahan tangannya menyentuh bahuku. Aku terus bangun dari kerusi dan keluar daripada bilik tanpa sepatah kata pun. Apa yang dia cuba lakukan tadi. Bingung aku dengan segala tindakan dia. Adakah dia menaruh perasaan kepadaku atau dia hanya memainkan perasaanku saja. Apapun yang terjadi perasaan aku padanya yang dari dulu terpendam masih belum kuhapuskan.
Setelah lama bagai patung cendana di luar bilik, aku membuat keputusan untuk masuk ke dalam. Apa pula nanti orang akan fikir kalau ternampak aku. Perlahan-lahan aku memulas tombol pintu bilikku. Dah tidur rupanya suami aku.
Aku mengambil bantal yang terdapat di atas katil dengan perlahan-lahan dan merebahkan badanku di atas sofa. Tak apalah kalau aku tidur beralaskan sofa sekalipun jika ini yang harusku lakukan sebagai seorang isteri.  Aku mengeluarkan diari bewarna biru dari laci yang berdekatan dan mula mencoretkan segala isi hati.
Bila difikirkan balik tiada sekelumit benci pun aku terhadap dirinya. Mungkin aku yang sengaja mencipta perasaan itu untuk menghilangkan cintaku terhadap Abang Shah. Sudah sepuluh tahun aku hidup dengan perasaan ini. Mana mungkin dengan senangnya perasaan ini akan terkubur. Entah bila aku terlelap dengan pen di tangan.
____________________
Perlahan-lahan aku membuka mata. Nyenyak betul tidur aku semalam. Sesuatu membuat mata ku segar. Aku sekarang berada di atas katil. Bukan ke aku tidur atas sofa. Mindaku masih belum boleh mencernakan apa-apa jawapan. Biarlah. Mungkin aku mengigau. Yang penting diariku masih di tangan.
Selesai membersihkan diri dan solat subuh, aku menuju ke dapur. Boleh juga aku mengisi perutku yang lapar. Mana taknya, sepanjang malam aku tak menjamah apa-apa.
            “Awalnya bangun. Tidur awal ke semalam?” Ayzam menegur. Dia merupakan satu-satunya adikku. Memandu tengah-tengah malam dari Johor sebab nak tengok aku akad nikah pada esoknya. Terharu sekejap. Itulah orang suruh dia uruskan syarikat yang kat sini tak nak. Nak jugak uruskan syarikat Qayyum Holding yang kat Johor tu. Kononnya nak bawak hati yang lara lepas kena reject dengan buah hati.
            “Tak lah awal sangat. Kenapa?” soalku kembali. Aku masih tak faham. Perlukah soalan itu diajukan kepadaku. Tolonglah.
            “Shah mana?” giliran ibu pula menyoal.
            “Abang Shah ada.” Tergagap-gagap aku menjawab. Takkan nak jawab tak tahu pulak. Nanti apa ibu kata.
            “Tu Abang Shah dah datang.” Aku menunjuk ke arah suamiku. Pergi mana dia tadi.
            “Shah pergi mana?”
            “Shah pergi jogging tadi. Dah ajak Ayeen sekali tapi dia tak nak ikut. Letih katanya.” Tak guna betul. Kejut aku bangun tidur pun tak inikan pulak ajak aku jogging. Dahlah hampir terlepas subuh aku tadi. Tak apa, tunggu kau.
            “Haah ibu. Malaslah nak ikut Abang Shah jogging. Penat. Nasi goreng ni Mak Pah letak ayam tak?” soalku kepada Mak Pah. Idea bernas dah mengisi kepala.
            “Mak Pah letak. Kan Ayeen suka nasi goreng ayam. Kenapa?”
            “Abang Shah cakap dia alergik ayam. Segala makanan yang ada ayam dia tak boleh makan. Dia boleh makan roti je.”
Berkerut seribu wajahnya. Mungkin tak puas hati dengan autaku. Ambik kau. Jangan sesekali bermain dengan aku kalau tak pandai.
            “Ibu tak tau pun Shah alergik ayam. Selama ni ibu tengok kamu makan okay je.”
Bukan setakat okay je. Memang dah kegemaran dia nasi goreng ayam pun.
            “Dulu memang okay ibu. Sekarang je dia lain sikit.” Aku menyampuk. Sedekitpun aku tidak membenarkan Abang Shah berkata-kata.
            “Betul ke Shah?” Abang Shah hanya tersenyum. Senyum nak cover namanya tu.
            “Kak Pah, buatkan nasi goreng biasa untuk Shah ya.” Caring sungguh ibu dengan dengan menantu kesayangan dia ni sampai suruh Mak Pah tolong buatkan satu lagi nasi goreng.
            “Tak apalah bu, Shah boleh makan roti je.” Abang Shah menolak. Mungkin tak nak menyusahkan dan mungkin juga tak ada selera nak makan gara-gara pembohongan ku tadi.
            “Takkan Shah nak makan roti je. Kalau tak nak biar ibu sendiri yang masakkan. Cakap je Shah nak makan apa.”
            “It’s okay ibu. Roti pun dah okay.”
            “Sure?”
            Abang Shah mengangguk. Terbit rasa bersalah di hatiku. Macam kejam sangat la pulak. Aku hanya mendiamkan diri melayan perasaan bersalahku.
____________________
Hatiku tertarik untuk melihat koleksi-koleksi tudung yang terdapat di dalam butik itu. Aku membelek satu persatu. Mana tau ada yang berkenan di hati boleh jugak aku membeli. Mata ku terpaku pada dua susuk tubuh yang berada tidak jauh dari tempatku berdiri. Memang tak syak lagi. Abang Shah dan seorang perempuan yang aku tak kenali. Aku tidak dapat melihat dengan jelas wajah wanita itu kerana ia sedikit terlindung dengan baju yang bergantung di situ.
Baru dua hari berkahwin Abang Shah dan pandai curang. Apa akan jadi pada hari-hari yang seterusnya. Aku terus keluar dari butik itu bersama juraian air mata.
____________________
Pada malam itu aku hanya mendiamkan diri. Ingin juga hati ini bertanya tapi ianya akan melulakan hatiku. Aku tekad, aku akan bertanya juga.
Pintu dikuak dari luar. Aku hanya merenung ke luar tingkap. Tidak diberitahu juga aku sudah tahu siapa yang memasuki bilikku. Siapa lagi kalau bukan Abang Shah. Takkan ibu pulak kut. Hish.
            “Awal balik?” dua patah perkataan keluar dari bibirku.
            “Does it matter to you?
            “Yes.” Sedikitpun aku tidak memandang ke arahnya.
            “Siapa perempuan tadi?” aku menyoal lagi.
            “Perempuan?” soalnya kembali. Kura-kura dalam perahu, buat-buat tak tahu.
            “Perempuan tadi tu. Yang kat butik tadi. Girlfriend baru?” sebolehnya aku mengawal nada suaraku. Sungguh aku semakin sebak.
            “Oh. Rina. Kenapa?”
            “Kenapa kau setuju kahwin dengan aku kalau kau tak suka aku dari dulu?” aku memandang tepat dalam anak matanya. Aku perlukan penjelasan.
            Diam. Tiada jawapan.
            “Kalau kau tak suka kau boleh je membantah. Tak perlu kau nak seksa perasaan aku macam ni. Aku ni manusia. Aku tak tau kenapa kau benci aku tapi tolonglah jangan buat aku macam ni. Kalau kau nak gantung aku tak bertali aku rela kau lepaskan aku.” Empangan air mataku pecah tak dapat aku tahan lagi. Biarlah malam ini menjadi pengakhir kepada permualaan.
Terus dia memelukku. Apakah semua ini?
            “Tolonglah jangan buat aku macam ni.” Aku meronta ingin dilepaskan dari pelukkan.
            “Please sayang. Abang minta maaf kalau selama ni abang dah sakitkan hati Ayeen. Abang tak bermaksud nak buat semua tu. Abang cuba untuk membenci Ayeen sebab abang sayangkan Ayeen. Abang dah cuba macam-macam cara untuk lupakan Ayeen tapi tak berhasil. Sampailah bila mama nak jodohkan kita abang setuju tanpa paksaan. Abang tau selama ni ego yang kawal abang. I’m sorry sayang. I can’t give your heart back.”
            “How do you know I want my heart back?
            “You wrote that in your diary didn’t you.”
            “Abang baca diari Ayeen?”
            “Terbaca. Waktu tu abang nampak Ayeen tidur atas sofa. Kesian sangat, abang angkatlah Ayeen tidur atas katil. Waktu tu lah abang terbaca diari Ayeen.” Aku menutup muka. Malu. Kiranya dia dah tahu lah aku sukakan dia. OMG.
            “By the way, siapa perempuan tadi?”
            “Adik ipar sendiri pun tak kenal ke. Tu Syahrina lah.”
Malu lagi sekali. Tak patut sungguh la aku. Lama aku tak jumpa dengan Rina. Bila agaknya dia pulang dari Ireland. Tak bagitau aku pun.
Aku sangat bersyukur aku diberi peluang untuk dicintai dan kini segalanya telah terungkap. Kini ianya adalah permulaan kepada pengakhiran. Permulaan kepada cinta aku dan dia. Pengakhiran untuk kebencian yang tak diperlukan.


                                                                   -TAMAT-