Nama penuh aku Iman Dania.
Kawan-kawan aku cuma panggil aku Nia je. Pendek dan ringkas. Tak payah
susah-susah.
Ketukkan pintu bertalu-talu menyebabkan aku
tersedar dari lamunan panjang yang baru nak mula. Dengan malas sekali pintu
dikuak.
“Nak apa?” soalku malas kepada abang.
“Nak
pinjam komik.” Tanpa dipelawa Irham masuk ke dalam bilik.
“Cepat
la keluar. Orang nak tidur.”
“Tidur
apanya. Matahari dah tegak atas kepala pun nak tidur lagi.”
“Tadi
orang tak tidur lepas subuh tu yang orang nak tidur sekarang. Lagipun tak baik
tidur lepas subuh rezeki tak masuk.” Pendek nasihat yang tak serupa nasihat aku
hadiahkan kepada Abang Am. Hobi dia kacau orang aje. Tak ada benda lain dah.
“Sebelum
abang terlupa. Petang nanti mama ajak Nia temankan dia shopping.”
Shopping? Bukan ke mama dah tau yang anak
perempuan dia yang sorang ni tak suka teman orang shopping apatah lagi teman
mama shopping. Nak pilih baju sehelai pun ambil masa berjam-jam. Itu baru
sehelai baju tak campur dengan kasut, handbag, seluar dan berbagai-bagai jenis
aksesori lagi. Kalau bagi masa dua puluh empat jam untuk shopping pun belum
tentu cukup.
“Mama cakap walau apa pun alasan Nia kena ikut
jugak.” Aku mengangguk perlahan. Macam tau-tau je aku nak bagi alasan. Shopping
pun shopping la. Nanti aku tapau la apa-apa untuk diri sendiri sebagai upah
untuk temankan mama. Mama mesti dan harus bersetuju untuk belikan aku something kalau
tidak aku tak nak teman mama shopping.
Setelah Abang Am dihalau keluar dari tanah
jajahan merangkap bilik aku duduk bersila di atas katil sambil fikiran
dibiarkan melayang. Kebosanan sudah menyelinap ke dalam diri. Otak
berfikir-fikir untuk melakukakan aktiviti yang tidak membosankan.
Idea sudah masyuk. Aku membuka
laci yang berhampiran dengan katil lalu dikeluarkan sebuah buku yang berwarna
biru muda yang juga merupakan aku punya diary. Dalam diary aku terkandung semua
rahsia yang aku miliki dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Tak pernah
sebutir huruf pun tertinggal dalam diary tu. Semuanya aku masukkan termasuklah
benda-benda yang tidak berapa penting.
Gel pen berjenama Stabilo mula menari-nari di
atas helaian putih di dalam diary.
Dear diary,
Aku bosan sangat hari ni. Lagipun kejap lagi
aku kena temankan my mum shopping. Satu hobi yang paling diminati perempuan
tetapi bukan aku. Aku jenis yang tak suka membazir sebab tu la aku disayangi
banyak orang. Hehehe. Perasan sebentar.
Tangan
berhenti menulis. Otak masih lagi mencari-cari idea yang sesuai untuk
dimasukkan ke dalam diary biru yang amat berharga bagiku. Mungkin bagi manusia
lain ianya sebuah buku biru biasa tetapi bagi aku ia adalah hati aku. Hati yang
banyak menyimpan segala macam benda.
Jam
berwarna merah yang tergantung di dinding ku lihat. Alamak dah pukul satu tapi
aku masih lagi belum mandi. Apa nak jadi dengan aku ni. Nama je umur dua puluh
satu tahun tiga bulan tapi perangai macam dengan budak-budak umur dua tahun
tiga bulan. Sempat lagi aku membelek-belek stiky note yang
terlekat di cermin ajaib aku. Semua tu bukan ayat-ayat cinta mahupun vocab bahasa
Korea tapi peringatan penting yang harusku tulis. Kalau tak buat macam tu
alamatnya akan lupa. Sebab itulah aku mengambil langkah berjaga-jaga supaya
tidak terlupa.
Kain
tuala yang tersidai di penyangkut ku sambar. Kena cepat. Kalau lambat membebel
pulak mak datin yang kat bawah tu. Ish tak baik kutuk mak sendiri. Setelah siap
aku memilih untuk memakai skinny jeans dan t-shirt berlengan panjang bewarna
biru muda. Dipandankan dengan shawl stripes bewarna biru
terang. Amat menawan walaupun tidak calitkan secalit mekap pun. Perasan jugak
aku ni.
Aku
turun setelah namaku dilaung Abang Am. Setapak saja kakiku mencecah
lantai, Melina sudah bercekak pinggang di hadapan pintu rumah. Melina, sebut
saja namanya dan macam nak termuntah. Dasar plastik. Dari dulu dia memikat
Abang Am tapi tak pernahnya dapat. Mama pun satu perempuan macam ni nak dibuat
anak angkat. Angkat la anak yatim ke, anak fakir miskin ke ni tak angkat anak
Dato’ yang mempunyai syarikat perkapalan yang mashur buat apa.
“Mama,
kenapa tak cakap awal-awal yang Melina nak ikut sekali?” laungku kepada mama
yang sudah berada di dalam kereta.
“Kenapa
tak suka I ikut ke?” soal Melina dengna suara yang tergedik-gedik. Aku yang
melihat gelagatnya seperti hendak tergelak pun ada.
“Eh,
mana ada. Aku suka sangat. Tapi aku lebih suka menghabiskan masa kat dalam
bilik.”
“Biarlah
dia ikut sekali apa salahnya. Meriah sikit suasana.” Mama yang keluar dari
kereta menyampuk.
“Hmm..
Meriah.” Meriah dengan perangai dia yang tergedik-gedik tu. Meriah dengan
publisti murahan yang bakal dia totonkan nanti. Ayat yang selebihnya hanya
disambung dalam hati.
“Kalau
mama nak lagi meriah apa kata mama angkut Mak Tom sekali. Dan jangan lupa
angkut sekali semua jiran. Bukan ke lebih ceria dan meriah.” Sambungku lagi
dengan nada memerli.
“Can
you please shut up your mouth and get into the car.” Amaran pertama dari
mama buatku.
Dengan
muka yang monyok dan perasaan yang sebal aku melangkah masuk ke dalam perut
Toyota Estima. Aku mengambil tempat duduk di belakang sekali. Biar yang tengah
kosong. Tak ada gunanya pun aku duduk di situ kalau anak kesayanggannya berada
di depan mata. Mama selalu saja melayan Melina melebihi anak kandung sendiri.
Geram aku dibuatnya.
Kereta
dipark di ruang basement. Aku hanya mengekori mereka berdua dari belakang.
Menyampah betul aku dengan si Melina ni. Slamber dia aje merampas title anak
manja. Berbakul-bakul sumpah seranah aku hadiahkan tapi dalam hati saja.
“Mama.”
“Ye
sayang.” Sahut mamaku lembut.
“Nia
nak pergi popular kejap. Nak tengok novel.”
“Okay.
Nanti kalau ada apa-apa just give me a call.” Aku hanya mengangguk.
Kalau dah ralit shopping a thousand call pun entah tak sedar.
Sedang
aku asyik membelek handfon di tangan aku terlanggar seseorang.
“Sorry.”
Hanya itu yang mampu keluar dari bibir. Habis berselerak barang lelaki itu.
Dengan rasa bersalah aku menolongnya mengutip buku dan fail yang bertaburan
atas lantai.
“Sorry
sangat. Saya tak nampak tadi.” Senyuman yang terhias di bibirnya melegakan
hatiku. Itu menandakan yang dia tidak marah.
“It’s
okay. Lagipun bukannya teruk. Terlanggar sikit je. Anyway I’m Irsyad Zikry
but just call me Irsyad and you?”
“Saya
Iman Dania tapi panggil Nia cukup.”
“Iman
Dania. Nice name. Tapi kalau saya panggil Iman boleh?”
“Boleh
tu boleh la. Tapi tak biasa sebab semua orang panggil Nia je.”
“Then,
biasakan.”
“Biasakan what?”
“Baru
saya perasan yang awak ni pelajar semester akhir kat kolej.”
Setelah
ku amati wajahnya dengan betul-betul dan teliti baru aku perasan yang......
Peristiwa seminggu yang lalu kini terimbau
kembali.
“Hai
cik adik. Boleh duduk.” Seorang mamat yang terkenal satu kolej datang
mengganguku.
“Duduk
ar. Tempat awam.”
“Thanks.”
Dia mengambil tempat berhadapan denganku.
“Cantik
awak hari ni” Playboy terhandal sudah masuk jarum. Aku hanya
mengendahkan. Dia ingat aku macam perempuan lain. Aku sendiri mengaku yang
seorang yang sempurna. Muka kacak poket tebal. Tapi itu tak menjamin
kebahagian.
“Nak
nombor telefon boleh?”
“Boleh,
boleh blah.” Dengan pantas aku bangun dari kerusi. Malas hendak melayan manusia
yang sebegini.
Lamunanku
terhenti apabila Irsyad terbatuk perlahan. Batuk yang dibuat-buat. Dalam hati
mengutuk diri sendiri. Macam mana aku tak boleh kenal dengan mangkuk ni. Tanpa
pamitan aku terus beredar dari situ dan masuk ke dalam Popular. Sempat lagi aku
menghadiahkan jelingan tajam ke arahnya.
Alunan
lagu Toucholic nyanyian Jang Geun Suk dari speaker Sony Ericsson Xperia Mini Pro
mengganggu konsentrasiku memilih novel. Nombor mama tertera di skrin.
“Ye
mama ada apa? Dah nak balik ke?” soalku
“Tak
kan nak balik dah. Bukan ke kita baru datang.” Baru mama cakap. Dah sejam aku
keluar masuk keluar masuk Popular itu mama cakap baru.
“Mama
cuma nak cakap Nia pergi lah mana Nia suka tapi dalam shopping complex ni
sahaja. Mama dengan Melina lama lagi sebab kami nak pergi tengok wayang.
Okaylah bye.” Talian dimatikan sebelum aku sempat berkata apa-apa. Sampai hati
mama tak ajak aku.
Mama selalu lebihkan Melina. Mama dah tak
dapat nak bezakan antara anak kandung dengan anak angkat. Antara perempuan
plastik dan perempuan sejati. Mama selalu saja abaikan aku apabila ada Melina.
Sikit-sikit Melina. Itu Melina ini Melina. Anak mana yang tak sedih kalau
diperlakukan sebegini.
Aku keluar dari Popular dengan perasaan sedih
bercampur geram. Mana aku nak pergi. Setelah dicampur ditolak didarab dan
dibahagi mungkin lagi empat jam aku boleh balik. Letih kalau macam ni. Aku
hanya mengikut kemana saja kakiku ingin pergi akhirnya sampai di hadapan Secret
Recipe.
Aku duduk di salah satu kerusi di bahagian
hujung restoran. Senang hendak melayan perasaan. Aku hanya memesan blueberry
cheese cake dan ice lemon tea untuk menyegarkan tekak dah sudah kering. Tangan
menyeluk poket untuk mengambil handfon. Laju aku mendail nombor abang Am. Tapi
hampa yang menjawab hanyalah operator Maxis. Aku cuba untuk kali yang kedua
tetap sama. Handfon aku letak tepi. Aku tidak segera menjamah pesananku yang
baru dihantar oleh pelayan restoran. Fikiranku melayang jauh. Agaknya dah
sampai Australia kut.
Kerusi yang berhadapan dengan ku seperti
ditarik orang. Seorang lelaki berkulit putih, mata agak sepet persis jejaka
korea dan rambut cacak bewarna hitam. Aku hanya mengendahkan kedangan lelaki
itu.
“Boleh duduk?” soalnya kepadaku. Macam kenal
je suara dia. Aku mengangkat muka untuk melihat siapa sebenarnya lelaki itu.
Dia lagi.
“Awak nak apa sebenarnya?” soalannya tidak
dijawab malah aku pulah memberirinya soalan.
“Saja.”
Jelingan maut aku hadiahkan khas buatnya.
“Awak ikut saya ya?”
“Mana ada. Saya nampak awak duduk sini saya
pun duduk la sini jugak?”
“Macam la tak ada tempa lain.”
“Saya bukannya nak cari gaduh dengan awak.
Saya cuma nak berkawan dengan awak je. Tak susah pun.”
Betul jugak cakap dia. Memang tak susah. Cuba
aku bagi peluang kat dia. Kawan je tak lebih pun. Lagipun aku ada banyak lagi
masalah nak difikirkan.
“Okaylah. Awak boleh kawan dengan saya.”
Akhirnya aku mengalah.
“Thank you.” Baru aku perasan yang dia
mempunyai lesung pipit. Patut la ramai perempuan minat kat dia. Tapi bukan aku.
Tak ada masa aku nak fikirkan pasal benda ni semua.
“Saya nak tanya tapi jangan marah tau.”
Sambungnya lagi. “Kenapa muka awak masam je?”
“Sebab saya makan asam kut?” aku cuba untuk
loyar buruk. Dia hanya tersenyum.
“Loyar buruk pulak dia. Betul betullah.”
“Tak ada apa-apalah.”
“Mana boleh tak ada apa-apa.”
“Awak tak payah taulah. Lagipun tak ada kaitan
dengan awak pun.”
“Cuba awak cerita. Manalah tau boleh
mengurangkan beban awak tu.” Akhirnya aku menceritakan kesemuanya dari A sampai
Z. Dari mula sampai habis.
“Kesian kat awak kan.”
“Memang pun.” Tanpa ku sedar baik pulak aku
dengan dia. Dari benci yang meluap-luap boleh pulak aku ceritakan masalah aku
kat dia. Ajaib betul.
Alunan lagu Toucholic membuat aku memandang
kosong skrin telefon. Siapa lagi kalau bukan mama yang call.
“Ye mama ada apa?” perlahan aku menjawab.
“Nia ada kat mana sayang?” soal mamaku lembut.
“Ada kat Secret Recipe dengan kawan.”
“Tunggu ye. Mama pergi kat situ.” Talian terus
dimatikan. Mama selalu macam tu. Selalu je matikan talian sebelum aku cakap
apa-apa. Ohh.. tidak mama mesti datang dengan Melina gedik tu.
“Kenapa awak?” Irsyad menyoal. Busy body la
pulak mamat ni.
“Tak ada apa lah.” Jawabku lemah.
Di pintu masuk dah nampak mama dan seorang
perempuan tergedik-gedik masuk ke dalam restoran. Siapa lagi kalau bukan
Melina. Aku melambai ke arah mereka. Irsya pelik dengan kelakuan ku.
“Mama ni Irsyad. Irsyad, ni mama saya.”
“Hi aunty.” Melina yang berada di
sebelah mama memonyokkan muka. Marah agaknya kerana aku tidak mengenalkannya
kepada Irsyad.
“Iman, aunty saya balik dulu ye.” Aku hanya
tesenyum ke arahnya. Baru aku perasan mata Melina tidak lepas memandang Irsyad.
Entah kenapa aku berasa pelih dengan pandangan Melina kepada Irsyad. Tak kan
cemburu kut. Aku segera menghambat perasaan itu. Tak mungkin dan tak akan.
******
“Kau
ni kenapa macam ada masalah je.” Rita rakan sekolej denganku menegur.
“Tak
ada apa.” Jawabku lemah.
Sejak
Melina berjumpa dengan Irsyad hari tu dia asyik bertanya tentang Irsyad dengan
ku. Dia tak tau ke yang aku benci untuk berbual dengan dia. Atau aku cemburu.
Arhh..tak ada maknanya. Melina kerap kali menanyakan tentang Irsyad. Nak nombor
telefon la apa lah. Ingat aku hadap sangat nak bagitau dia. Dulu nak abang aku
sekarang ni Irsyad pulak. Dasar playgirl.
“Assalamualaikum.” Lamunanku
terhenti apabila terdengar salam seseorang.
“Walaikumsalam.”
Aku menjawab perlahan. Punyalah dasyat aku mengelamun sampai Rita hilang ke
mana Irsyad pulak yang mengambil tempat.
“Termenung
jauh nampak.”
“Tak
adalah. Tak apa ke awak duduk kat sini?”
“Maksud
awak?” soal Irsyad pelik.
“Maksud
saya girlfriends awak tak marah ke awak duduk sini dengan
saya?” sengaja aku kuatkan sedikit perkatan girlfriends.
“Saya
mana ada girlfriend.” Nampak sangat la tipu.
“Habis
hantu mana yang awak duk bawak hari-hari tu?”
“Yang
tu bukan girlfriend saya. Diaorang tu cuma kawan je. Lagipun diaorang je yang
mengaku saya ni boyfriend diaorang saya tak pernah pun menganggap diaorang tu
kekasih saya.” Aku buat muka slamba.
“Saya
ni tengah menunggu seseorang.” Katanya lagi.
“Siapa?”
busy body jugak aku ni.
“Adalah
sorang perempuan ni yang berjaya mencuri hati saya. Pada pandangan saya dia tu
perempuan yang sempurna. Tak macam perempuan lain. Dia baik, comel dan macam-macam
lagi.”
“Kenapa
awak tak terus terang je dengan dia. Awakkan muka tembok.” Ada ke muka orang
diperbuat dari tembok? Huh.. apa-apa je la.
“Awak
nak saya terus terang dengan dia ke?”
“Ikut
awak la. Kenapa awak takut nak berterus-terang ke?”
“Lebih
kurang la. Saya takut kalau dia tak terima saya.”
“La...buat
apa awak nak takut. Kalau dia tolak awak, awak pujuk dia. Buat dia sukakan
awak. Awak cakap la kat dia yang awak akan tunggu dia sampai bila-bila.” Pandai
pulak aku nasihatkan orang.
“Awak
betul-betul sukakan dia ke?” tanpa sedar soalan itu keluar dari bibirku.
“Kali
ni saya betul-betul sukakan dia. Saya tak main-main. Dialah cinta pertama saya.
Saya tak nak kehilangan dia.” Memang bersungguh-sungguh Irsyad ni. Pada
pandangan aku memang dia tak main-main. Kenapa perasaan aku rasa macam sakit
aje. Tak kan aku suka kat dia kut. Kalau pun aku sukakan dia tak ada gunanya
sebab dia sukakan orang lain.
“So
siapa perempuan yang bertuah tu?” aku cuba memaniskan muka.
“Awak.”
“Apa?”
“Awak.”
“Ya
ada apa dengan saya.”
“Awak
la perempuan tu.” Aku tergamam. Bibirku kelu. Aku tak silap dengar ke atau dia
hanya main-main.
“Awak
main-main kan?”
“Tak.
Saya memang sukakan awak sejak saya nampak awak. Awak cute. Awak tak sama macam
perempuan lain yang saya kenal.”
Aku
tidak tahu hendak berbuat apa lagi. Dalam hati hanya tuhan yang tahu betapa
gembiranya aku.
“Kalau
awak tolak saya pun saya tetap akan menunggu awak dan saya akan tetap buat awak
sukakan saya.”
Awak
tak payah buat macam tu sebab saya memang sukakan awak, hatiku berkata-kata.
Alangkah indah kalau aku boleh bagitau dia segala-galanya. Tapi seperti sesuatu
tersekat di kerongkong membuatkan aku tidak berdaya untuk berkata-kata.
“Awak
bagi saya masa boleh?” hanya itu yang dapat aku katakan.
“Boleh.
Tapi jangan lama sangat.” Aku hanya tersenyum ke arahnya.
******
Sejurus
pulang dari kolej aku terus menceritakan tentang peristiwa yang berlaku.
Peristiwa yang tak akan aku lupakan untuk seumur hidup aku. Hampir semua benda
aku kongsikan dengan Abang Am. Hanya dengan dia aku boleh berkongsi kasih
sayang. Nak bermanja dengan papa, sibuk. Dengan mama, busy dengan kawan-kawan
and tak lupa juga busy dengan Melina kesayangannya tu. Hanya dengan Abang Am
tempat aku bermanja.
Dalam
kepala masih ligat mencari jawapan untuk terima Irsyad atau tidak. Kalau aku
terima awal sangat nampak yang aku ni gelojoh. Tak tau nak buat macam mana. Dah
buntu. Handfon yang berada di atas meja ku capai lalu didail nombor Irsyad.
Suara
operator Maxis menerjah gegendang telinga menghampakan aku. Kemana pulak Irsyad
ni. Kenapa dia tak jawab panggilan aku. Bermacam-macam benda yang difikirkan
oleh ku sekarang. Aku mengambil keputusan untuk keluar.
Aku
berada di tepi jalan raya. Tidak tahu kemana hendak dituju. Hendak mencari
Irsyad tak tau pulak di mana dia berada. Sebuah kereta bewarna hitam dipandu
laju berhampiran denganku. Semakin dekat. Kereta itu seperti hendak
melanggarku. Aku statik berdiri. Kaku. Kereta itu semakin hampir dengan ku.
Mungkin ini adalah hari terakhirku.
Seperti
seseorang menolakku ketepi. Seorang lelaki yang amat aku kenal. Dia menolakku
menjauhi kereta hitam itu tetapi dia yang dilanggar. Darah merah berlumuran
pernuh di atas jalan. Setitik demi setikit mutiara jernih membasahi pipi. Aku
mendekati lelaki itu. Kereta tadi hilang entah ke mana. Aku terduduk di
sebelahnya.
“Awak,
saya minta maaf.”
“Bukan
salah awak pun.” Tersekat-sekat Irsyad bersuara.
Siren
ambulan jelas kedengaran. Entah siapa yang menelefon. Aku hanya kaku di situ.
Tidak dapat berbuat apa-apa. Yang aku tau hanya melihat orang yang aku sayang
teseksa.Tiba-tiba pandangan ku gelap.
******
Mata ku buka perlahan-lahan. Sedar-sedar saja
aku dah terbaring atas katil hospital. Abang Am yang temankan aku. Mama pergi
entah ke mana. Entah tau entah dia aku ada kat sini. Irsyad. Mana Irsyad.
“Abang,
mana Irsyad.”
Abang
Am hanya mendiamkan diri.
“Irsyad
mana?” soalku sekali lagi dengan nada yang agak tinggi.
“Irsyad
ada. Dia okay sekarang.” Kata-kata abang membuat aku berasa lega.
“Nia
nak jumpa dia.” Aku turun dari katil. Sejurus itu Abang Am menarik tangan ku.
“Doktor
tak bagi jumpa dia lagi. Kejap lagi boleh la.” Aku aku. Aku kembali baring di
atas katil.
“Mama
tau?” soalku perlahan tapi masih boleh didengari Abang Am.
“Tau.
Tadi mama datang tapi dah balik.” Sayu hati seorang anak mendengar.
******
“Irsyad,
awak cepat sembuh ye.” Air mata yang bergenag mula mengalir.
“Awak
jangan tinggalkan saya tau. Saya pun sukakan awak. Saya sayangkan awak.” Makin
deras air mata mengalir. Irsyad senyum. Hmm.. bukan ke dia tak sedarkan diri
macam mana boleh senyum?
“Awak
sedar ke tidak?” soalku. Tiada respon yang diberikan.
“Kalau
dia tak sedar kenapa dia senyum. Atau aku yang gila tiba-tiba nampak dia
senyum.” Kataku kepada diri sendiri.
“Saya
dah lama sedar.” Matanya dibuka. Mulutnya bersuara. Kureng betul. “Sebelum awak
datang lagi saya dah sedar.” Sambungnya.
“Kiranya
awak dengar la apa yang saya cakap tadi?” muka ku sudah mula kemerahan.
“Of
course la sayang.” Tak tau kat mana aku nak sorok muka yang dah merah
ni.
“Muka
awak merah la.” Ligat dia mengusikku.
“Mana
ada. Mem...memang mac..macam ni la.” Tergagap-gagap aku menafikan.
Tangannya
mengambil sesuatu dari bawah bantal. Kotak berbentuk hati berwarna merah. Aku
dapat mengagak apa yang berada di dalam.
“Will
you marry me?” semakin merah muka ku.
“Yes
I do.” Tanpa sedar aku menjawabnya.” Perlahan-lahan bibir mengukir
senyuman. Walaupun kena propose kat hospital aku tetap rasa
bahagia.
Setahun berlalu.
“Abang,
Abang Am cakap awak tau siapa yang cuba nak langgar saya dulu. Boleh saya tau
siapa?”
“Betul
sayang nak tau?”
Aku
mengangguk laju.
“Melina.”
Terkejut beruk aku apabila mendengar nama tu.
“Kenapa
pulak dia nak buat macam tu?” soalku kehairanan.
“Sebab
dia cemburu dengan sayang. Sayang ada abang. Kalau sayang nak tau dulu dia
minat kat abang tapi abang tak layan dia. Abang cuma cinta sayang sorang je.”
Tak sangka betul Melina sanggup buat macam tu.
“Mama
dah tau?”
“Dah.”
Sebab tu mama boleh berubah. Mama sekarang sudah menjadi seorang mama yang amat
penyayang.
“Abang.”
Panggilku.
“Ye
sayang.”
“I
love you.” Selama setahun kami mendirikan rumah tangga aku belum lagi pernah
mengucapkan kata keramat itu.
“I
love you too.” Balas suamiku aka Irsyad Zikri.
Semoga
masjid yang kami bina akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
p/s : ni satu lagi cerpen yg entah kurun ke berapa. Slongkar folder lama tengok-tengok jumpa... :D
No comments:
Post a Comment