Wednesday 17 July 2013

Selamat Berpuasa

ASSALAMUALAIKUM...

Selamat berpuasa kepada umat Islam di seluruh dunia. Sekarang dah 8 Ramadhan baru nak ucap. Not too late am I? So..hows your Ramadhan? Tarawikh dah tinggal belum? Mesti belum kan. Kalau yang tinggal tu bukan sebab saja tu. Letih or something else.

Ramadhan ni bulan special tau. Tak ada bulan-bulan lain macam bulan Ramadhan ni. Time ni la kita nak kumpul pahala buat ibadah banyak-banyak. Perbanyakkan zikir, tadarus Al-Quran dan solat sunat. Kalau dalam bulan biasa kita dapat satu pahala dalam bulan Ramadhan kita dapat sepuluh pahala. So jangan mensia-siakan setiap detik dalam bulan Ramadhan ni tau. Banyak berkatnya.

  Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, maka dibukalah pintu-pintu surga, ditutuplah pintu neraka dan setan-setan dibelenggu. (Shahih Muslim No.1793)

Daripada Abu Hurairah (r.a) katanya Rasulullah s.a.w bersabda:" Puasa yang lebih utama selepas Ramadhan ialah puasa dalam bulan Allah yang dimuliakan iaitu bulan Ramadhan. Manakala solat yang afdhal (lebih baik) selepas solat fardhu ialah solat sunat pada waktu malam (terutama pada malam bulan Ramadhan) " Hadis riwayat: Muslim