Benci tapi dalam masa
yang sama memendam perasaan suka. Boleh ke macam tu? Aimanina mendongak
memandang langit biru yang terbentang luas. Indahnya ciptaan Tuhan. Burung
bebas berterbangan tanpa ada sebarang masalah yang melanda. Terbang di langit
biru. Alangkah indah kalau manusia juga begitu. Eh, tapi zaman sekarangkan
manusia juga boleh terbang. Tak guna la orang mencipta kapal terbang kalau
bukan untuk manusia terbang. Alunan lagu Can You Smile membawanya ke alam
nyata. Samsung Galaxy S3 menjerit-jerit minta diangkat.
“Assalamualaikum.”
Salam dihulurkan.
“Walaikummussalam.
Nina ada dekat mana?”
“Nina
ada dekat taman yang Nina selalu datang tu. Abang cari Nina ke?”
“Puas
abang cari. Nina buat apa pergi sana?”
“Release
tention.”
“Dah
la. Tak payah nak tention sangat. Abangkan ada. Balik cepat. Mama ajak keluar.”
“Abang
pergilah dengan mama. Bosan la.”
“Nanti
kat sana siapa yang nak teman abang. Mama kalau dah shopping dengan anak tiri
kesayangan dia tu mana nak ingat dah kat abang ni.” Sengaja dia menekankan
perkataan anak tiri biar jelas.
“Okaylah.
Nina balik sekarang.” Aimanina buat muka bosan. Kunci keretanya dicapai.
Pada pandangan dirinya
mama selalu melebihkan Bell a.k.a Isabell merangkap saudara tirinya. Bila perkara
ini diajukan kepada mama mesti akan ada jawapan yang sama. Isabellkan anak
yatim piatu.
Setahun selepas papa
meninggal dunia, mama berkahwin dengan ayah, seorang usahawan yang mempunyai
seorang anak. Selepas tu pulak, ayah meninggal. Tinggalah Isabell tu seorang. Serabut
otak bila difikirkan kembali.
Aimanina tersentap
apabila mendengar hon. Boleh pulak dia mengelamun tengah-tengah jalan. Apa nak
jadi ni. Nasib baik tak jadi apa.
“Awal
balik.” Pedas dan padat perlian daripada mama sesudah Nina menutup pintu
keretanya.
“Nina
ada hal tadi.”
“Dah
la tu. Jom nanti lambat pulak.”
“Betul
cakap abang tu mama. Jomlah. Bell dah tak sabar ni.” Isabell pulak datang
menyampuk. Tak habis-habis dengan perangai menyibuk dia tu.
“Okaylah
Bell sayang.” Serta-merta wajah Aimanina berubah. Semenjak Isabell menjejakkan
kaki dirumah mereka mama tak pernah memanggil sebegitu kepadanya. Mungkin mama
masih marah dengan kejadian tu, detik hati Aimanina.
Aiman yang perasan akan
perubahan wajah Aimanina segera menghampirinya. Sebuah senyuman manis
dihadiahkan kepada adiknya. Dia tahu betapa perit kehidupan adiknya selepas
kejadian yang tidak diingini itu berlaku. Baginya kematian ayah tirinya bukan
disebabkan Aimanina. Adiknya hanya berada di tempat yang salam di masa yang salah.
Kalau Isabell tidak memulakan pergaduhan itu sudah tentu ayahnya tidak mendapat
serangan jantung. Lagipun, gambar-gambar Aimanina yang ditunjuk oleh Isabell
bukannya betul. Semuanya edit belaka. Sejak kejadian tu mama mula melebihkan
Isabell dari Aimanina. Walaupun mama menafikannya tapi terserlah ketidakadilan
mama.
“Aiman,
tunggu apa lagi.” Aiman tersentak. Segera bayangan kejadian itu berlalu dari
mindanya. Alphard putih segera meluncur dijalan raya.
###
“You,
jangan merajuk please. Tak larat I nak pujuk.” Arul masih ligat memujuk
kekasihnya.
“Biarlah.
Macam I tak tahu you selalu keluar dengan perempuan lain belakang I.”
Arul
membuat muka kesian. Kata-kata kekasihnya itu semuanya betul. Siapa yang tak
kenal Arul, playboy terhebat Malaya. Kekasihnya yang sorang ni pun entah yang
ke berapa.
“Mana
ada. I setia kat you sorang je.”
“Penipu.
Starting from today kita putus.”
“Okay
then.” Arul berlalu pergi meniggalkan bekas kekasihnya itu. Puas hatinya dapat
mempermainkan hati wanita seperti itu.
Dia sendiri tahu semua
perempuan yang ingin mendampinginya kerana poketnya yang tebal bukannya kerana
cinta. Kalau tidak mana mungkin bekas tunangnya sanggup lari dimalam pernikahan
mereka semata-mata untuk duit.
Arul berjalan sambil
membelek handfonnya. Mesej punya pasal sehingga dia terlanggar seseorang.
Seorang perempuan bertudung.
“Awak tak apa-apa?”
soal Arul cemas. Dia menghulurkan tangan untuk membantu tapi ditolak oleh
Aimanina.
“I’m okay. Awak jalan
pakai apa eh?”
“Jalan pakai kaki la.”
“Oh. Jangan lupa kalau
jalan pakai kaki mesti kena ada bantuan mata. Faham?” Ringkas saja perlian
Aimanina. Comel jugak mamat ni. Hati Aimanina berdetik. Wajah ada ala-ala
Korean. Muka macam Myung Soo. Eh, kejap. This is Arul. Oh my!!
“Sorry, saya tak
sengaja. Awak pun jalan guna bantuan mata eh. Kalau tak cukup saya boleh teman
awak belikan cermin mata.” Arul memulangkan paku buah keras.
Aimanina tak puas hati.
Tak habis-habis dengan perangai poyonya. Menyampah pulak dia.
“It’s okay. Thanks but
no thanks.” Aimanina terus meninggalkan tempat kejadian. Kalau lama-lama dia
berada di situ entah apa pula yang akan terjadi.
“Nina.” Badannya
dipusing seratus lapan puluh darjah.
“Abang pergi mana? Suka
tinggal Nina sorang-sorang.”
“Tengok apa abang
beli.” Aiman menunjukkan DVD Korea yang baru dibelinya tadi.
Oh my!! A Wareworlf
Boy. Di situ jugak Aimanina melompat.
“Sayang abang.”
“Oh...bila beli DVD
Korea baru tau nak sayang eh.”
“Mana ada. Nina memang
sayang abang dulu, kini dan selamanya. Cuma bila abang dah beli DVD ni lagi
Nina sayang.” Senyuman gembira masih tak lengkang dari bibirnya. Terlupa
sebentar segala masalah yang melanda diri.
A Warewolf Boy. Here I
come...
No comments:
Post a Comment