Sunday 10 November 2013

Them

Assalamualaikum and hiyaa..


Do you know him??
He is Song Joong Ki. The cute actor. Right?
I know him when I start watching Innocent Man. I love the way he act in A Warewolf Boy. So cute and the movie is really sad b'cause it makes me burst into tears. But its end with a happy ending. Not really happy but happy.


This is Myung Soo. I like him since I'd fall in love with Infinite's song. For me L is a very cute person. From the way he talk, and the way he looks and the way he smile. Ohh.. melting.

It's not that I like them I love them. I just like the way they act and the way they sing. They are very talented. I didn't mean to make them my idol. Of course not but I like to watch Korean movies and sometimes Korean song. Of course I like Can You Smile from Infinite. Not because Infinite have L but their songs are great to hear. But L is also the reason why I like Infinite.

I did use their name in my english essay. So what? My teacher doesn't ask me why? she only ask why was it the plot of the essay was always like that. It's like a different story but same. I'll try my best to make another good essay with another story.

It's A Story

Assalamualaikum and hiyaa...

I just wanna tell all of you that yesterday I went for a reunion with my friend and I hate it. It's soo skema laa.. Haha. Okay. In the morning I went with my buddies to City Plaza and it's the best b'cause it's the first time I played bowling. Before this I did went but I only watched my friends played so today I'm so exited. Although I didn't won but I've the memories.

After that, I went to Tutti Frutti to catch up with my other friend but that was really annoying. It's called a reunion but not at all. To me laa. I don't know other's opinion. Okay. Forget about it. Then I went back to my buddies and we have stories and we went to popular and then we do nothing..




Saturday 14 September 2013

AyeeShah

Terhincut-hincut aku berjalan. Sakitnya hanya Allah yang tahu. Terpijak paku payung ditambah dengan darah yang meleleh memang boleh buatkan aku pengsan. Tapi digagahkan jugak diri berjalan mencari first-aid-kit di dalam laci di dapur. Peliklah hari ni. Segenap rumah sunyi sepi. Ke mana semua orang. Keluar tak bagitahu aku pulak tu. Kut ya pun tinggalkanlah nota atau apa-apa mesej ke.
Selepas siap menampal plaster di kaki, laju saja aku ke dalam bilik. Nombor ibu didail. Aku perlu mencari tahu kemana semua orang pergi. Tinggalkan aku sorang-sorang pulak tu. Memang tak patut langsunglah.
            “Assalamualaikum.” Salam didahulukan.
            “Waalaikumsalam. Ya?”
            “Ibu pergi mana?”
            “Ibu ada di rumah Shah ni. Kenapa?”
            “Kenapa ibu tak bagitau Ayeen. Kut ya pun tinggallah nota tak pun kejut je Ayeen tadi. Ibu buat apa kat sana?”
            “Hari ni kan hari ulang tahun Shah yang ke dua puluh lima. Ibu bukan tak nak ajak kamu tapi ibu tau kamu memang tak nak datang punya.”
            “Yang ibu sibuk-sibuk pergi rumah Abang Shah tu buat apa. Time birthday ibu pun dia tak datang.”
“Memanglah dia tak datang tapi dia ada call ibu. Dia cakap dia ada hal sikit.”
 Masa birthday aku lagilah dia tak datang. Apa yang dia benci sangat kat aku pun tak tau. Ingat dia hensem sangat. Ayat-ayat kutukan hanya diteruskan di dalam hati. Kalau ibu dengar memang cari pasal kutuk anak angkat ibu tu.
Sungguh aku tak faham dengan ibu. Si Shah tu masih ada mak bapak bukannya anak yatim piatu. Tak perlulah nak mengangkat segala hanya kerana ibu baik dengan ibu Abang Shah. Tengok ibu layan Abang Shah pun dah cukup membuatkan aku terfikir, dia anak angkat ke atau aku yang anak angkat.
            “Kenapa kamu diam?” Ibu menyoal setelah lama aku mendiamkan diri.
            “Tak ada apa-apalah ibu. Okaylah, ibu sambunglah kerja ibu tu. Ayeen nak keluar kejap.”
            “Kamu nak ke mana?”
            “Nak pergi kedai buku.”
            “Lepas kamu habis shopping datang ambil ibu.”
            “Tadi ibu pergi dengan siapa? Pak Samad mana?”
            “Tadi Shah datang ambil ibu. Pak Samad cuti, kebetulan pulak ayah kamu outstation. Tu yang dia tawarkan diri nak ambil ibu tadi.”
            “Okaylah bu, assalamualaikum.” Terus aku mematikan panggilan.
____________________
Selepas selesai membeli tiga buah novel, aku terus ke rumah yang berada di kawasan bukit. Rumah siapa lagi kalau buka rumah keluarga Shah tu. Almaklumlah diakan anak orang kaya, mana main rumah dekat kawasan perumahan biasa.
Kereta aku pakirkan betul-betul di hadapan pagar rumahnya. Sudah banyak kali juga aku bertandang ke rumahnya. Itupun atas ajakan Aunty Liza aka mak kepada Shah. Kalau tidak jangan harap aku nak pergi dengan suka dan rela.
            “Ayeen, masuklah dulu.” Pelawa Aunty Liza.
            “Tak apalah aunty. Ayeen datang nak ambil ibu je.”
            “Masuk lah dulu. Ibu kamu tengah berborak dengan kawan-kawan dia kat dalam.”
Nak tak nak aku kena ikutkan jugak. Ibu kalau dah bersembang memang penat menuggu. Tapi elok jugak aku masuk, boleh aku isi perut yang berkeroncong ni.
Aku hanya mengambil tempat di taman. Cantik. Ada kolam ikan dan juga bunga orkid. Malas hendak masuk ke dalam.
            “Ayeen.” Namaku dipanggil seseorang. Macam kenal suara tu. Aku buat tak tau je.
            “Ayeen.” Panggilan kali kedua namun aku masih memekakkan telinga.
            “Nur Ayeen Qaisara binti Dato’ Ahmad Qayyum.” Aku memusingkan badanku seratus lapan puluh darjah.
            “Kau nak apa panggil aku siap dengan nama penuh sekali?”
            “Tak tau nak hormat orang yang lebih dewasa ke. Sesedap hati je beraku-kau.”
            “Hello, kita cuma beza setahun. Okaylah Abang Shah.” Sengaja aku menekankan perkataan abang.
            “Buat apa kat sini?” soalnya kasar.
            “Suka hati akulah nak buat apa pun.”
            “But this is my home.”
            “Am I care?” Darahku mendidih sudah ke tahap maksima tapi aku sabarkan jugak diri. Nanti diri sendiri yang malu. Dia ingat dia anak tan sri dia boleh buat sesuka hati. Aku pun bolehlah.
            “Ayeen?” Aunty Liza memanggil lembut namaku. Tak macam anak dia, macam bapak singa.
            “Yes aunty .”
“ Buat apa kat luar tu. Shah, kenapa tak ajak Ayeen masuk.”
            “Tak payah ajak masuk pun tak apa dia ni.”
            Tajam menikam aku melihat Abang Shah. Memang cari pasal betullah dia ni. Sabar Ayeen sabar.
            “Jom masuk Ayeen.”
            Aku hanya mengekori langkah Aunty Liza.
____________________
            “Ayeen, sini kejap. Ibu ada hal nak cakap.” Lain macam je ibu ni. Macam hal serius je.
            “Ada apa ibu?”
            “Kalau nak diikutkan dengan umur Ayeen ni memang dah patut kawin.”
            “Tapi I’m only twenty four.” Segera aku memotong percakapan ibu.
            “Dua puluh empat tahun. Bukan angka yang muda lagi. Memang dah patut kahwin.”
            “Belum ada calon lagi la ibu.”
            “Ibu dan ada calon untuk kamu.” Aku tergamam.
            Tak nak. Aku tak nak kena kahwin paksa.
            “Siapa ibu?”
            “Shahrul Hykal.” Melopong aku dengar. Katakan ini semua mimpi. Tak mungkin aku kahwin dengan orang yang membenci aku.
            “Tak nak la ibu.”
            “Tak kira. Kamu kena ikut apa yang ibu suruh. Muktamad.”
Aku terus naik ke bilik. Dunia kini aku rasakan sungguh gelap. Mana mungkin aku kahwin dengan orang yang membenci aku. Tak guna jika hanya aku yang punya perasaan suka dan bukan dia. Tubuh aku baringkan di atas katil bersaiz queen dan aku pejamkan mata. Baik aku tidur.
____________________
            “Kalau mama minta Shah buat sesuatu, kamu buat tak?”
            “Kalau perbuatan tu tak menyalahi syariat agama, InsyaAllah.” Lembut sahaja tutur bicara Shahrul.
            “Benda ni memang elok di sisi agama.”
            “Apa ma?”
            “Mama nak minta kamu kahwin dengan Ayeen.” Perlahan-lahan Puan Liza memberitahu. Bukan senang nak meminta sesuatu yang mungkin berat bagi Shahrul.
Shahrul terdiam seketika. Mungkin memikirkan permintaan mamanya itu.
            “Okay.” Giliran mamanya pula yang terdiam. Senang pulak dia setuju.
___________________
Ketukan pintu dari luar membuat aku terjaga dari tidur yang tidak berapa nyenyak. Siapa pulak dah yang main ketuk-ketuk pintu malam-malam macam ni. Fikiranku mula memikirkan perkara yang bukan-bukan. Teringat pula aku pada cerita hantu yang baru ditonton dua hari lepas. Nauzubillah. Janganlah.
Dengan lafaz bismillah dan diikuti dengan ayat kursi, perlahan-lahan aku membuka pintu. Kelibat lembaga yang bermuka putih itu memeranjatkan aku. Pandai pulak hantu pakai bedak sejuk ye.
            “Nyah kau setan.” Alamak, silap. Nak baca ayat kursi tapi keluar ayat lain.
            “Banyak punya setan.”
            “Pandai kau menjawab ye setan. Mana kau sekolah ha?”
            Tanpa aku sedari tangan hantu itu sudah menarik telingaku. Merah sudah.
            “Apa setan-setan. Ibu sendiri pun tak kenal. Apa nak jadi ni.” Aku menarik sengihan lebar. Padan muka. Tulah jangan terpengaruh sangat dengan cerita hantu.
            “Sorry ibu. Mana Ayeen tau tu ibu. Kalau orang lain tengok pun orang ingat hantu. Iyalah, tak pernah-pernah ibu ketuk bilik Ayeen malam-malam. Ada apa ya ummi?”
            “Baru sekejap tadi Aunty Liza call.” Ala...balik-balik pasal ni. Bosan la. Entah-entah Abang Shah tak setuju. Haha. Aku sudah tersenyum sendiri.
            “Ni kenapa senyum-senyum ni. Tak sabar nak kahwin.”
            “Mana ada ibu. Teruskan..teruskan.”
            “Shah dah..........” belum sempat ibu menghabiskan ayatnya aku memotong.
            “Tak apa bu. Ayeen tau. Abang Shah tak setuju kan. See, kan Ayeen dah cakap. Dia takkan setuju punya.”
            “Siapa kata dia tak setuju.”
            “Apa ibu?” aku menggaru kepalaku yang tidak gatal. Apa tak betul ke aku cakap tadi?
            “Shah dah setuju. Diulang sekali lagi, Shah dah setuju.” Perkataan setuju bermain-main di fikiranku. Aku belum pekak lagi kan.
            “What?” bergema seluruh rumah dengan jeritanku.
____________________
            “Aku terima nikahnya Nur Ayeen Qaisara binti Ahmad Qayyum dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai.”
Dengan sekali lafaz aku sudah halal menjadi milik Shahrul Hykal. Mutiara jernih mengalir dari tubir mataku. Bukan air mata gembira tapi air mata terseksa. Mana taknya, kena kahwin paksa. Buatnya lepas kahwin dia seksa aku tak ke cari pasal namanya tu.
Selesai akad kini upaca pembatalan air sembahyang berlangsung. Cincin bertatahkan permata berwarna ungu disarungkan ke jari manisku. Cantik. Aku menyalami tangan suamiku dan dibalas dengan kucupan di dahi.
            “Terima kasih kerana terima abang.” Aku terkedu. Benar-benar aku tersentuh dengan bisikannya.
____________________
Aku merenung wajahku di hadapan cermin. Selesai akad nikah aku hanya mendiamkan diri. Majlis resepsi akan diadakan pada minggu hadapan secara gilang gemilangnya di hotel lima bintang. Itu ibu dengan mama punya idea. Kata mereka apa pula kata orang nanti kalau anak dua orang usahawan tersohor hanya buat majlis kecil-kecilan.Tak perlu la nak tunjuk kat orang semua benda tu. Kalau ikut aku akad nikah je cukup. Lepas tu buatlah kenduri sikit.
Tapi aku kena setuju jugak sebab dah dipaksa pun. Lagipun suami ‘tercinta’ dah pun bersetuju. Baru aku perasan, sejak dia sah menjadi suami aku, langsung aku tak bertergur sapa dengan dia. Biarlah, nanti aku pandai-pandai la.
Pintu bilik dibuka perlahan dari luar. Siapa lagi kalau bukan Shahrul Hykal. Sesuka hati dia je masuk bilik aku tapi bukan ke ni dah jadi bilik dia jugak. Alamak, apa aku nak buat ni. Aku buat derk dengan kedatangan dia di dalam bilik. Sepatah pun aku tak keluarkan suara apatah lagi dia. Dalam hati tertanya-tanya, macam mana dia boleh setuju nak kahwin dengan aku. Pelik.
Tanpa sepatah kata, dia terus membaringkan badannya di datas katilku. Kalau dia tidur aku aku nak tidur mana? Boleh saja kalau aku menyempit atas katil tu jugak. Bukannya tak muat tapi silap-silap dibuatnya dia tendang aku jatuh katil macam mana. Aku hanya merenungnya tanpa reaksi. Tak boleh, aku mesti mempertahankan hak aku.
            “Kalau kau tidur situ, aku nak tidur mana?” aku memberanikan diri menyoal.
            “Tidur jelah mana-mana kau nak.” Wow, pandai menjawab sungguh laki aku ni ya.
            “Mana boleh, tu katil aku. Kau tidurlah atas sofa tu.”
Dia merenungku tajam. Tidak senang dengan renungannya, aku buat-buat menyikat rambutku. Perlahan-lahan dia mendekatiku. Kini, dia betul-betul berada di belakangku. Kalau nak diikutkan tak sampai dua puluh sentimeter. Perlahan-lahan tangannya menyentuh bahuku. Aku terus bangun dari kerusi dan keluar daripada bilik tanpa sepatah kata pun. Apa yang dia cuba lakukan tadi. Bingung aku dengan segala tindakan dia. Adakah dia menaruh perasaan kepadaku atau dia hanya memainkan perasaanku saja. Apapun yang terjadi perasaan aku padanya yang dari dulu terpendam masih belum kuhapuskan.
Setelah lama bagai patung cendana di luar bilik, aku membuat keputusan untuk masuk ke dalam. Apa pula nanti orang akan fikir kalau ternampak aku. Perlahan-lahan aku memulas tombol pintu bilikku. Dah tidur rupanya suami aku.
Aku mengambil bantal yang terdapat di atas katil dengan perlahan-lahan dan merebahkan badanku di atas sofa. Tak apalah kalau aku tidur beralaskan sofa sekalipun jika ini yang harusku lakukan sebagai seorang isteri.  Aku mengeluarkan diari bewarna biru dari laci yang berdekatan dan mula mencoretkan segala isi hati.
Bila difikirkan balik tiada sekelumit benci pun aku terhadap dirinya. Mungkin aku yang sengaja mencipta perasaan itu untuk menghilangkan cintaku terhadap Abang Shah. Sudah sepuluh tahun aku hidup dengan perasaan ini. Mana mungkin dengan senangnya perasaan ini akan terkubur. Entah bila aku terlelap dengan pen di tangan.
____________________
Perlahan-lahan aku membuka mata. Nyenyak betul tidur aku semalam. Sesuatu membuat mata ku segar. Aku sekarang berada di atas katil. Bukan ke aku tidur atas sofa. Mindaku masih belum boleh mencernakan apa-apa jawapan. Biarlah. Mungkin aku mengigau. Yang penting diariku masih di tangan.
Selesai membersihkan diri dan solat subuh, aku menuju ke dapur. Boleh juga aku mengisi perutku yang lapar. Mana taknya, sepanjang malam aku tak menjamah apa-apa.
            “Awalnya bangun. Tidur awal ke semalam?” Ayzam menegur. Dia merupakan satu-satunya adikku. Memandu tengah-tengah malam dari Johor sebab nak tengok aku akad nikah pada esoknya. Terharu sekejap. Itulah orang suruh dia uruskan syarikat yang kat sini tak nak. Nak jugak uruskan syarikat Qayyum Holding yang kat Johor tu. Kononnya nak bawak hati yang lara lepas kena reject dengan buah hati.
            “Tak lah awal sangat. Kenapa?” soalku kembali. Aku masih tak faham. Perlukah soalan itu diajukan kepadaku. Tolonglah.
            “Shah mana?” giliran ibu pula menyoal.
            “Abang Shah ada.” Tergagap-gagap aku menjawab. Takkan nak jawab tak tahu pulak. Nanti apa ibu kata.
            “Tu Abang Shah dah datang.” Aku menunjuk ke arah suamiku. Pergi mana dia tadi.
            “Shah pergi mana?”
            “Shah pergi jogging tadi. Dah ajak Ayeen sekali tapi dia tak nak ikut. Letih katanya.” Tak guna betul. Kejut aku bangun tidur pun tak inikan pulak ajak aku jogging. Dahlah hampir terlepas subuh aku tadi. Tak apa, tunggu kau.
            “Haah ibu. Malaslah nak ikut Abang Shah jogging. Penat. Nasi goreng ni Mak Pah letak ayam tak?” soalku kepada Mak Pah. Idea bernas dah mengisi kepala.
            “Mak Pah letak. Kan Ayeen suka nasi goreng ayam. Kenapa?”
            “Abang Shah cakap dia alergik ayam. Segala makanan yang ada ayam dia tak boleh makan. Dia boleh makan roti je.”
Berkerut seribu wajahnya. Mungkin tak puas hati dengan autaku. Ambik kau. Jangan sesekali bermain dengan aku kalau tak pandai.
            “Ibu tak tau pun Shah alergik ayam. Selama ni ibu tengok kamu makan okay je.”
Bukan setakat okay je. Memang dah kegemaran dia nasi goreng ayam pun.
            “Dulu memang okay ibu. Sekarang je dia lain sikit.” Aku menyampuk. Sedekitpun aku tidak membenarkan Abang Shah berkata-kata.
            “Betul ke Shah?” Abang Shah hanya tersenyum. Senyum nak cover namanya tu.
            “Kak Pah, buatkan nasi goreng biasa untuk Shah ya.” Caring sungguh ibu dengan dengan menantu kesayangan dia ni sampai suruh Mak Pah tolong buatkan satu lagi nasi goreng.
            “Tak apalah bu, Shah boleh makan roti je.” Abang Shah menolak. Mungkin tak nak menyusahkan dan mungkin juga tak ada selera nak makan gara-gara pembohongan ku tadi.
            “Takkan Shah nak makan roti je. Kalau tak nak biar ibu sendiri yang masakkan. Cakap je Shah nak makan apa.”
            “It’s okay ibu. Roti pun dah okay.”
            “Sure?”
            Abang Shah mengangguk. Terbit rasa bersalah di hatiku. Macam kejam sangat la pulak. Aku hanya mendiamkan diri melayan perasaan bersalahku.
____________________
Hatiku tertarik untuk melihat koleksi-koleksi tudung yang terdapat di dalam butik itu. Aku membelek satu persatu. Mana tau ada yang berkenan di hati boleh jugak aku membeli. Mata ku terpaku pada dua susuk tubuh yang berada tidak jauh dari tempatku berdiri. Memang tak syak lagi. Abang Shah dan seorang perempuan yang aku tak kenali. Aku tidak dapat melihat dengan jelas wajah wanita itu kerana ia sedikit terlindung dengan baju yang bergantung di situ.
Baru dua hari berkahwin Abang Shah dan pandai curang. Apa akan jadi pada hari-hari yang seterusnya. Aku terus keluar dari butik itu bersama juraian air mata.
____________________
Pada malam itu aku hanya mendiamkan diri. Ingin juga hati ini bertanya tapi ianya akan melulakan hatiku. Aku tekad, aku akan bertanya juga.
Pintu dikuak dari luar. Aku hanya merenung ke luar tingkap. Tidak diberitahu juga aku sudah tahu siapa yang memasuki bilikku. Siapa lagi kalau bukan Abang Shah. Takkan ibu pulak kut. Hish.
            “Awal balik?” dua patah perkataan keluar dari bibirku.
            “Does it matter to you?
            “Yes.” Sedikitpun aku tidak memandang ke arahnya.
            “Siapa perempuan tadi?” aku menyoal lagi.
            “Perempuan?” soalnya kembali. Kura-kura dalam perahu, buat-buat tak tahu.
            “Perempuan tadi tu. Yang kat butik tadi. Girlfriend baru?” sebolehnya aku mengawal nada suaraku. Sungguh aku semakin sebak.
            “Oh. Rina. Kenapa?”
            “Kenapa kau setuju kahwin dengan aku kalau kau tak suka aku dari dulu?” aku memandang tepat dalam anak matanya. Aku perlukan penjelasan.
            Diam. Tiada jawapan.
            “Kalau kau tak suka kau boleh je membantah. Tak perlu kau nak seksa perasaan aku macam ni. Aku ni manusia. Aku tak tau kenapa kau benci aku tapi tolonglah jangan buat aku macam ni. Kalau kau nak gantung aku tak bertali aku rela kau lepaskan aku.” Empangan air mataku pecah tak dapat aku tahan lagi. Biarlah malam ini menjadi pengakhir kepada permualaan.
Terus dia memelukku. Apakah semua ini?
            “Tolonglah jangan buat aku macam ni.” Aku meronta ingin dilepaskan dari pelukkan.
            “Please sayang. Abang minta maaf kalau selama ni abang dah sakitkan hati Ayeen. Abang tak bermaksud nak buat semua tu. Abang cuba untuk membenci Ayeen sebab abang sayangkan Ayeen. Abang dah cuba macam-macam cara untuk lupakan Ayeen tapi tak berhasil. Sampailah bila mama nak jodohkan kita abang setuju tanpa paksaan. Abang tau selama ni ego yang kawal abang. I’m sorry sayang. I can’t give your heart back.”
            “How do you know I want my heart back?
            “You wrote that in your diary didn’t you.”
            “Abang baca diari Ayeen?”
            “Terbaca. Waktu tu abang nampak Ayeen tidur atas sofa. Kesian sangat, abang angkatlah Ayeen tidur atas katil. Waktu tu lah abang terbaca diari Ayeen.” Aku menutup muka. Malu. Kiranya dia dah tahu lah aku sukakan dia. OMG.
            “By the way, siapa perempuan tadi?”
            “Adik ipar sendiri pun tak kenal ke. Tu Syahrina lah.”
Malu lagi sekali. Tak patut sungguh la aku. Lama aku tak jumpa dengan Rina. Bila agaknya dia pulang dari Ireland. Tak bagitau aku pun.
Aku sangat bersyukur aku diberi peluang untuk dicintai dan kini segalanya telah terungkap. Kini ianya adalah permulaan kepada pengakhiran. Permulaan kepada cinta aku dan dia. Pengakhiran untuk kebencian yang tak diperlukan.


                                                                   -TAMAT-       

Wednesday 17 July 2013

Selamat Berpuasa

ASSALAMUALAIKUM...

Selamat berpuasa kepada umat Islam di seluruh dunia. Sekarang dah 8 Ramadhan baru nak ucap. Not too late am I? So..hows your Ramadhan? Tarawikh dah tinggal belum? Mesti belum kan. Kalau yang tinggal tu bukan sebab saja tu. Letih or something else.

Ramadhan ni bulan special tau. Tak ada bulan-bulan lain macam bulan Ramadhan ni. Time ni la kita nak kumpul pahala buat ibadah banyak-banyak. Perbanyakkan zikir, tadarus Al-Quran dan solat sunat. Kalau dalam bulan biasa kita dapat satu pahala dalam bulan Ramadhan kita dapat sepuluh pahala. So jangan mensia-siakan setiap detik dalam bulan Ramadhan ni tau. Banyak berkatnya.

  Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, maka dibukalah pintu-pintu surga, ditutuplah pintu neraka dan setan-setan dibelenggu. (Shahih Muslim No.1793)

Daripada Abu Hurairah (r.a) katanya Rasulullah s.a.w bersabda:" Puasa yang lebih utama selepas Ramadhan ialah puasa dalam bulan Allah yang dimuliakan iaitu bulan Ramadhan. Manakala solat yang afdhal (lebih baik) selepas solat fardhu ialah solat sunat pada waktu malam (terutama pada malam bulan Ramadhan) " Hadis riwayat: Muslim

Wednesday 5 June 2013

Cinta Itu Indah

Mengenali seseorang itu mudah. Mencintai seseorang juga mudah tetapi hendak melupakan itu susah. Sungguh aku masih tidak mengerti konsep cinta yang sebenar. Ianya akan bertambah sakit apabila cinta itu hanya bertepuk sebelah tangan. Kalau dah tau sakit kenapa biarkan perasaan itu menular dalam diri. Apakan daya aku tak mempunyai tongkat sakti seperti Harry Potter untuk menghalang perkara sebegitu.
Aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Hari semakin petang. Risau juga jika ibu dengan ayah mencari. Alunan lagu Can You Smile menghentikan langkahku. Tertera nama Abang Syafeeq di skrin handfon.
            “Assalamualaikum.” Aku memberi salam dulu.
            Ini memang tak sah kalau tak tanya aku ada di mana. Kadang-kadang terasa seperti budak kecil dekat tadika aje padahal aku ni dah 23 tahun.
            “Waalaikummussalam. Nia ada kat mana?”
            “Nia ada dekat taman ni. Abang jangan risaulah. Nia nak balik dah pun.”
            “Cepat sikit. Shah dah balik sini.”
            “Abang Shah? Megat Farish Shah?” aku menyoal.
            “Ya adikku sayang.” Alamak. Macam mana ni. Rasa macam tak nak balik pun ada tapi kalau tak balik nanti lain pulak jadinya
            “Okay. Nia on the way.” Lambat-lambat aku menuturkannya.
Setelah sekian lama tak berjumpa, macam manalah dia sekarang ni. Tangan kana aku letakkan di dada. Semakin dekat aku dengan rumah, semakin berdebar aku jadinya. Aduhai jantung, janganlah laju macam kuda berlari.
Aku sudah berdiri terpacak di muka pintu. Masih teragak-agak hendak masuk. Entah bila aku mula bersikap begini. Sejak aku dah jatuh hati sama Abang Shah lah. Itulah, dulu menyampah kan sekarang dah sayang. Nur Nia jatuh hati dengan Megat Farish Shah. Sungguh luar dari jangkaan.
            “Apa yang Nia tercegat kat depan pintu tu?” suara dari belakang membuatkan aku tersentak. Suara macam kenal. Aku toleh belakang. Memang kenal pun, Abang Syafeeq rupanya.         
            “Abang pergi mana?”
            “Abang ke kedai tadi. Masuklah apa lagi.” terasa seperti bukan rumah sendiri pulak apabila dipelawa masuk. Itulah siapa suruh tercegat depan pintu macam orang salah rumah.
            “Hai Nia.” Mimpi apa Abang Shah menegurku.        
            “Hai Abang Shah.” Aku membalas hainya. Susahnya nak sebut perkataan abang tu. Perbezaan umurku dengan Abang Shah hanyalah setahun tapi kalau ikutkan tarikh lahir betul-betul hanyalah sepuluh bulan sepuluh hari. Kalau ikutkan aku nak saja aku beraku-kau tapi macam tak hormat pula.
Aku terus ke dapur menolong apa yang patut. Seperti tiada apa yang perlu ditolong aku hanya duduk di atas kerusi yang sedia ada di dapur. Ibu bukan main sibuk lagi siapkan makanan kegemaran anak angkatnya itu. Orang baru balik dari luar negara mestilah kena rai. Aku hanya diam. Melihat kepada tingkah laku ibu memang sedang gembira.
            “Ayah mana ibu?” aku memecahkan kesunyian.
            “Ayah keluar jumpa kawan. Kejap lagi baliklah.”
Aku keluar dari dapur. Tiada arah tuju sebenarnya. Hendak join Abang Syafeeq dan Abang Shah berbual, segan. Nak masuk bilik, bosan. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk berada di luar rumah ditemani ikan-ikan di dalam kolam.
Fikiran ku mula merewang. Mungkin betul apa yang diperkatakan orang. Jangan benci nanti jadi sayang. Aku mengeluh sendiri. Entah bila aku terlelap di situ.
###
            “Aku rasa adik aku sukakan kau lah.” Syafeeq mengutarakan pendapatnya.
            “Muhammad Syafeeq, kau jangan nak mengarut boleh tak.” Shah cepat-cepat menafikan walaupun hakikatnya dia akan menjadi orang yang paling gembira jika kenyataan Syafeeq benar.
            “Nia tu adik aku. Aku taulah. Korang ni sama-sama suka Cuma ego kau tu tinggi sangat mengalahkan tuan. Cuba kau luahkan aje perasaan kau tu tak pun kau cakap kat ibu. Confirm green light.
            “Memang aku sukakan dia tapi....” belum sempat Shah menghabiskan ayatnya pantas Syafeeq memotong.
            “Kau tak sanggup lepaskan Anita?”
            Aku tak ada apa-apa hubungan dengan Anita tu.”
            “Ye ke?” Syafeeq mahukan kepastian.
            “Iyalah.” Syafeeq anggukkan je.
            “Hati aku untuk adik kau sorang je.” Perlahan Syah menuturkan tapi masih lagi boleh didengar Syafeeq.
###
            “Abang dah kenapa?” aku menegur Abang Syafeeq yang dari tadi merenungku.
            “Nia sukakan Shah?” soalan dibalas soalan maut. Pergerakkan aku terhenti. Aku tau yang aku tidak boleh berbohong tentang perasaan ni lagi.
            “Pandai la abang buat cerita.” Aku masih berdalih.
            “Kalau dah suka tu cakap je. Korang ni suka sama suka tapi masing-masing ego.” Kata-kata Abang Syafeeq membuat aku kelu seribu bahasa. Benarkah seperti apa yang diperkatakan oleh abang. Suka sama suka. Dalam diam aku mengukir senyum segaris.
            “Kahwin je lah.” Abang menyambung.
            “Ish abang ni. Orang nak kerja dululah.” Aku manyangkal kata-kata Abang Syafeeq. Sungguh aku tak pernah fikirkan soal itu.
            “Nia dapat kerja kat mana?” soal abang lagi.
            “Kuala Lumpur je.” Laju dan bersemangat aku menjawab.
            “Ibu kasi pergi ke?”
            “Mula-mula tak tapi bila dah Nia pujuk ibu cakap okay cuma kena pandai jaga diri.” Aku membuat muka manja dengan suara mengada-ngada.
            “Abang ada satu plan.” Senyuman Abang Syafeeq penuh makna. Macam senyum jahat pun ada.
###
            “Ibu, Syafeeq nak tanya sikit boleh?” Syafeeq memulakan biacaranya. Harap-harap menjadi.
            “Apa dia?”
            “Ibu kasi Nia ke duduk jauh dari ibu?”
            Ibu mengeluh sebelum menjawab.
            “Dah itu impian dia. Ibu okay je asalkan dia jadi seorang anak yang berjaya.”
            “Kat luar tu bahaya ibu. Takkan ibu nak biarkan anak ibu sorang-sorang kat KL tu. Macam-macam boleh jadi. Ibu tak takut ke jadi macam tu?” Syafeeq mula cucuk jarum.
            “Habis tu apa yang ibu nak buat. Takkan nak halang cita-cita Nia tu.”
            “Syafeeq ada idea macam mana nak mengelak benda seperti tu terjadi.”
            “Macam mana?”
            “Apa kata ibu kahwinkan saja Nia tu. Dengan cara tu insyaAllah perkara-perkara yang tak diingini boleh dielakkan.”
            “Biar betul kamu ni.”
            “Betullah ibu.”
            “Nak kahwinkan dengan siapa Syafeeq oi. Bukannya ada calon.”
Syafeeq mengukir senyum.
            “Anak angkat ibukan ada. Lagipun kalau Nia pergi KL ada jugak orang jaga. Shahkan kerja kat sana.”
            “Nak ke diaorang tu?”
            “Mesti nak punyalah. Ibu try cakap dengan diaorang.”
            “Okaylah.”
Lapang dada Syafeeq mendengar persetujuan ibunya. Ego sangatkan, kan dah nak kena kahwin. Hati Syafeeq berbisik.
###
Hatiku mekar. Permintaan ibu tempoh hari membuatkan diriku sangat-sangat ceria. Walaupun kelihatan seperti dipaksa tapi hatiku rela. Peristiwa lalu masih segar di ingatanku.
            “Ibu nak minta Nia buat satu benda untuk ibu. Mungkin permintaan ni berat untuk Nia tapi ibu yakin dapat membahagiakan Nia.
Hatiku tak senang mendengarnya. Kalau nak ikutkan keadaan aku sekarang ni macam keadaan dalam novel melayu la pulak. Keadaan dimana family suruh kahwin. Takkan kut.
            “Benda apa ibu?”
            “Kalau Nia nak ke KL ibu benarkan. Tapi Nia kena kahwin sebelum ke sana.” Aku hampir-hampir pengsan mendengarnya. Biar benar. Tak sangka apa yang difikirkannya terjadi. Tapi dengan siapa?
            “Ibu bergurau kan?”
            “Tidak. Nia mesti kahwin dengan Shah.” Terlopong aku mendengar. Dalam banyak-banyak manusia kenapa dengan Abang Shah. Aku mengaku memang aku sukakan Abang Shah tapi tidaklah sampai kahwin bagai.
            “Ibu, Nia nak pergi kerja kat KL je bukannya oversea. Tak perlulah nak kahwin bagai.” Aku menyuarakan ketidakpuasan hatiku.
Ayah yang berada di sebelah hanya diam. Mungkin bersetuju dengan cadangan ibu. Shah juga begitu, tidak membantah Cuma abang saja yang tersengih-sengih macam kerang busuk. Mesti semua ni kerja Abang Syafeeq.
            “Nia masih muda lagi ibu. Lagipun Abang Shah tak nak kahwin lagi kan Abang Shah kan?” aku cuba mencari alasan.
            “Abang Shah okay je.” Jawapan Abang Shah membuat aku tergamam. Apakah semua ini. Aku mimpi ke apa.
Aku kembali ke alam nyata apabila terdengar suara yang amat aku kenali. Tubuh aku pusing 90 darjah ke kanan.
Aku berundur dua tapak ke belakang. Adakah ini semua mimpi. Aku menampar-nampar pipiku. Manalah tau memang betul aku bermimpi tapi usahaku hanya sia-sia. Buat merah pipi je. Tak pasal-pasal orang ingat terlebih pakai blusher. Sungguh tidak aku menyangka Abang Shah sedang berpegangan tangan dengan seorang gadis. Sekali tengok macam minah saleh celup. Dengan rambut karat tambah pulak dengan skirt paras peha.
Aku memberanikan diri ke arah Abang Shah. Wajah cuaknya kupandang menyampah. Kenapa disaat aku akur dengan rancangan perkahwinan ini, Abang Shah sanggup mempermainkan aku.
            “Nia, abang boleh terangkan.”
            “Nak terangkan apa lagi. Dah kantoi depan mata pun. Kalau abang dah ada pilihan hati abang cakap. Jangan buat Nia macam ni. Nia tak kisah sikit pun.” Aku terus berlalu meninggalkan Abang Shah dan kekasihnya. Sakit hatiku tuhan saja yang tau.
Aku segera mengeluarkan telefon bimbit dari beg tangan. Nombor ibu didail.
            “Ibu, Nia tak nak kahwin.” Tanpa salam aku terus menyatakan hasratku bersalama lelehan air mata.
            “Kenapa pulak ni Nia. Tinggal seminggu je lagi Nia nak kahwin”
            “Abang Shah dah ada perempuan lain.”
            “Kut ye Nia tak nak kahwin pun jangan la buat alasan macam-macam. Ibu tak kira, Nia kena teruskan perkahwinan ni.” Terus talian dimatikan. Aku mengeluh perlahan. Aku akur dengan segala yang berlaku.
###
            “Aku terima nikahnya Nur Nia binti Idham dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai.”
Air mataku berjuraian mengalir. Sepatutnya aku gembira tapi entahlah. Susah nak terangkan. Aku hanya menuggu nasibku selepas ini. Bakal tergantung tak bertalikah aku? Tak mungkin sebab Abang Shah tak sekejam itu. Kalau dua tidak sukakan aku masakan dia terima permintaan ibu tanpa bantahan walaupun sikit.
Mesti ada penjelasan di sebalik apa yang belaku tempoh hari. Kadang-kadang tak semua yang kita nampak itu betul. Kenapalah aku beru terfikir. Lembab sungguh la otak ni.
            “Apa yang Nia menungkan tu. Cepat salam suami kamu tu.” Aku tersedar dari lamunanku. Aku terus menyalaminya lastas dibalas dengan kucupan di dahiku. Benar-benar aku tersentuh.
            Setelah majlis akad nikah diteruskan pulak dengan resepsi. Kalau ikutkan hati aku memang tak nak resepsi semua ni tapi kesian pulak dengan ibu. Beria-ia suruh aku kahwin. Usai majlis resepsi aku hanya memerapkan diri di dalam bilik. Haus la pula tekak ni. Dengan malas aku melangkah ke dapur. Hanya ada Abang Syafeeq dan Abang Shah. Nak tak nak kena jugaklah aku gagahkan ke dapur.
            “Nia, abang ada hal nak cakap dengan Nia?”
            “Apa dia Abang Syafeeq.”
            “Yang pasal Shah tenpoh hari tu. Ala, yang Nia nampak dia dengan minah saleh celup tu. Nia dah salah faham sebenarnya. Apa yang Nia lihat tak seperti apa yang berlaku.” Kan betul seperti yang aku jangka tapi belum masanya untuk aku tersenyum.
            “Orang tu dah tak ada mulut nak explain sendiri ke?” hari first kahwin dah buat dosa. Nia oh Nia.
            “Perempuan tu sebenarnya kawan abang time study kat universiti dulu. Dia yang terhegeh-hegeh nak kat abang, abang tak nakkan dia pun. Yang pasal hari tu abang terserempak dengan dia then tiba-tiba dia paut lengan abang. Bukan niat abang nak curang dengan Nia. Abang sayang Nia.” Ayat Abang Shah yang terakhir seakan-akan berbisik. Mungkin tidak mahu didengari Abang Syafeeq.
            “Ehem. Pergi masuk bilik, jangan nak manja-manja kat sini.”
Aku berjalan menuju ke bilik sambil memegang gelas kosong. Lupa pulak nak isi air tambahan pula diekori Abang Shah. Habis lesap dahaga aku. Pintu bilik ku tutup rapat.
            “Nia, abang mintak maaf kat Nia.”    
            “Abang tak salah pun. Yang salah Nia sebab buat tuduhan melulu.”
            “Betul ni?” Abang Shah mencari kepastian.
            “Betul. Yang pasal tadi, Nia pun sayang abang.”

Senyuman kegembiran jelas terpancar pada raut Abang Shah. Bukan saja pada Abang Shah tapi juga pada aku. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Tak sia-sia kena paksa kahwin. Manusia hanya merancang tetapi Allah yang menentukan. Kini aku benar-benar faham tentang konsep cinta yang sebenarnya. Cinta Allah itu kekal abadi dan cinta itu sebenarnya indah.