Alunan lagu You Belong With Me menghentikan lamunanku yang sudah berada di
prnghujung. Waktu orang terbang di awangan ni la orang nak kacau. Berhenti
seketika. Telefon ku menjerit sekali lagi minta diangkat. Dengan perasaan malas
menyelubungi diri lambat-lambat aku menjawab.
“Hello.”
“Apa macam sekolah baru kau. Best tak? Kau ada banyak kawan ke kat sana?
Kau kena buli tak?” bertubi-tubi soalan diajukan mengalahkan machine
gun. Salam pun tak diberi.
“Soalan mana aku perlu jawab?” soalan yang diajukan aku biarkan tergantung
tanpa jawapan. Soalan baru aku kemukakan.
“Ermm..sorry, sorry. Kau jawab semua soalan tapi satu-satu.”
“Kau tanya aku pasal sekolah baru ke?” soalku.
“I guess i am.”
“Aku masuk sekolah tu besok bukannya hari ni cik kak oi.” Sepatah-sepatah
perkatan meluncur keluar dari bibirku.
“Oh ye ke.” Aku yang nak masuk sekolah baru dia yang exited. Ish..ish.
Miesya, kawan aku yang paling kepoh dan paling terlebih exited kat sekolah aku
dulu. Teringat pulak kat sekolah lama. Banyak kenangan pahit, masin semua
tersimpan kat sekolah tu. Dengan geng aku memang rindu giler. Geng paling nakal
dalam sekolah tu. Semua ahli-ahlinya of course la kena
sekepala.
“Halo. Kau masih ada lagi ke ataupun dah wassalam.”
“Ada.” Termengelamun la pulak. Itulah aku kalau tak berangan tak sah.
“Alang-alang aku dah calling molling ni, kau tengah buat apa?” soalan
diajukan padaku.
“Aku tengah baring-baring atas katil tunggu nak tidur je tiba-tiba kau
pulak mencemar duli malam ni kacau aku.”
“Macam tak suka je aku call kau.” Merajuknya sudah datang ma.
“Eh mana ada. Aku suka sangat kau call aku. Kalau boleh aku nak bercakap
dengan kau aje dua puluh empat tambah dua puluh empat jam.” Kataku dengan nada
memerli.
“Tak pe lah kalau orang tu tak suka kita call dia.”
Merajuk pulak mak cik ni. Macam budak-budak.
“Ikut suka hati kau la nak merajuk ke apa ke. Aku nak tidur.” Lain tahun la
aku pujuk dia. Nanti okay la tu. Bukannya aku tak kenal dengan dia. Tengok umur
angka dah banyak tapi perangai macam dengan kanak-kanak ribena. Talian
dimatikan. Aku sudah nak beradu. Selamat malam dunia.
*****
Dengan bismillah aku melangkah masuk ke dalam tanah jajahan Sekolah
Menengah Kebangsaan Permai. Memang sesuai sungguh keadaan sekolah dengan nama.
Memang permai. Kaki aku lajukan menuju ke pejabat sekolah. Hmm. Bukannya aku
tau pun pejabat kat mana. Kalau aku main jalan je takut tersesat pulak. Aku
berhenti sebentar di sebelah kolam ikan. Seseorang yang aku tidak kenal
berselisih denganku. Apa lagi ringan la mulut untukku bertanya.
“Nak tanya boleh?” aisyeh sekmanya. Lembut lagi bersopan pulak tu.
“Tanya la.”
“Pejabat sekolah kat mana?” dari atas hingga ke bawah dia merenungku. Ape
kes ni tenung-tenung orang.
“Awak budak baru ye?” soal mamat tu. Memang la budak baru kalau tidak
takkan nak tanya pejabat sekolah kut.
“Ya.” Aku menjawab.
“Jom ikut saya. Kebetulan saya memang nak pergi pejabat. Nak hantar surat
ni.” Dengan perlahan-lahan aku mengatur langkah mengikutnya dari belakang.
Tak sampai pun satu minit berjalan kami pun sampai di tempat yang dituju.
Besar jugak pejabat sekolah ni.
“Ye dik nak apa?” soal kerani yang berada di dalam pejabat tersebut. Sejak
bila la aku jadi adik dia.
“Dia budak baru kat sini kak.” Mamat tadi tolong jawabkan untuk aku.
“Owh. Nama?” kerani itu beratanya lagi.
“Aisya Humaira’.” Kali ini barulah aku membuka mulut.
“Yang parents kamu datang buat pendaftaran hari tu ye.” Aku mengangguk.
“Kalau macam tu kamu sekelas dengan Haikal.”
“Haikal, siapa Haikal?” aku menggaru kepala yang tidak gatal.
“Sayalah.” Mamat tadi bersuara. Ada lagi rupanya mamat ni kat sini. Ingat
ke dah blah dah.
“Kamu boleh ikut Haikal ke kelas kamu.” Kata kerani tadi yang tidak
diketahui namanya. Seiring dan sejalan aku mengikut Haikal ke kelas. Sesampai
di kelas aku ditempatkan di sebelah dia. Alih-alih muka dia.
Setelah seminggu aku bersekolah di S.M.K Permai yang suasananya sungguh
permai memang menyeronokkan. Aku dapat banyak kawan. Banyak ke? Tak banyak
sangat. Boleh kira dengan jari je. Haikal, aku dengan dia kawan rapat. Rehat
pun sekali. Bukan kami dua je ada lagi teman-teman comelku yang lain.
“Kau tak gementar ke?” Liya menyoal.
“Gementar for what?” muka blur aku buat. Ingat comel ke.
“Lagi dua minggu kan SPM. Tak kan kau lupa kut.” Haikal menyampuk. Memang
aku dah nyanyuk kut. Peperiksaan besar macam tu pun aku boleh lupa.
“Ya Allah. Macam mana aku boleh lupa.” Aku menepuk dahi. Semua
kawan-kawanku hanya menggeleng kepala.
“Petang ni jom buat study group nak?” Aizat pula menyampuk. Aku mengangguk
laju. Mula lah virus gementar plus gemuruh menyelubungi diri. Siapa yang tak
takut kalau nak exam.
“Sya, ikut aku kejap.” Liya menarik tangan ku. Aku dibawa berjauhan dengan
kawanku yang lain. Ada gossip terhangat sampai nak meletup ke yang tarik-tarik
kau sampai ke sini.
“Ada apa?” soalku geram.
“Kau perasan tak?”
“Perasan apa kebendanya?” pelik-pelik betullah minah ni.
“Aku tengok Haikal pandang kau lain macam je.” Katanya dengan
bersungguh-sungguh.
“Mana ada. Aku rasa dia pandang aku sama macam je.” Kadang-kadang aku pun
perasan jugak yang dia pandang aku tak berkelip. Comel sangat ke aku ni.
“Aku rasa dia sukakan kau lah.” Mula la hypothesys yang tak berguna dia tu.
“Mengarut lah.”
“Lantak kau la. Kau tunggu la nanti.”
*****
“Kau sukakan Aisya ye?” Aizat mula memasang jerangkap samarnya.
“Mana ada.” Haikal menafikan sambil tersenyum.
“Habis tu kenapa kau senyum.”
“Ok. Aku mengaku aku suka kat dia. Kau jangan cakap kat sesiapa kalau tidak
makan penumbuk la kau.” Haikal menunjukkan aksi menumbuk. Berani ke nak tumbuk
orang. Pijak semut pun tak mati inikan pulak nak tumbuk orang.
Setelah dua minggu berlalu perasaan gemuruh plus gementar masih bermain
dalam diri malah makin teruk dari sebelumnya. Mereka semua dah bersedia untuk
bertempur dengan kertas soalan. Semua peralatan dah disediakan seperti pensil,
pen dan pemadam. Tidak dilupakan juga doa yang tidak lekang dari bibir
masing-masing.
“Good luck.” Ucap Haikal padaku. Pandangannya membuatkan jantungku
berdebar. Perasaan apakah ini?
“Kau pun buat elok-elok.” Kataku kembali. Lama dia menatap wajahku.
Selepas pulang dari bertempur aku dan seangkatan tentera merangkap
teman-teman ku lepak-lepak la kejap kat tempat biasa. Tak seperti biasa Haikal
yang banyak bercakap jadi diam sediam diamnya. Apa kena dengan kawan aku yang
sorang ni. Sakit ke atau gemuruh tadi tak hilang lagi. Simpan aje la gemuruh tu
untuk esok. Jam di pergelangan tangan aku belek. Ya Allah dah pukul empat. Mak
aku suruh balik pukul tiga setengah. Mati aku macam ni.
“Guys, aku nak balik dulu lah. Bye.” Beg yang bertenggek di sebelah aku
capai dan tegus galas.
“Aku teman kau balik ye.” Haikal mula bersuara. Ada lagi rupanya suara
mamat ni ingat ke dah bisu.
“Tak pe la. Susahkan kau je.” Lembut aku menolak.
“It’s ok. Satu jalan jugak kan.” Dia tersenyum ke arahku. Cair den
dibuatnya.
Kiri, kanan, kiri dan kanan aku melangkah seiring dengannya. Alangkah
indahnya aku kalau dengan dia. Senyum sorang-sorang. Haikal di sebelah hanya
diam dengan senyuman nipis. Kenapa? Hati aku rasa tak sedap aje. Kiri dan kanan
ku pandang nak melintas. Tiba tiba...
“Sya, kereta.” Jerit Haikal sambil meluru ke arah ku. Alamak. Dia menolakku
ke tepi jalan. Haikal terpelanting. Ya Allah Haikal. Darah menaglir memenuhi
jalan. Tubuhnya aku hampiri lalu ku dakap.
“Aisya, aku sayang kau.” Tersangkut-sangkut nafasnya. Titisan mata merebes
keluar. Dugaan apakah ini.
“Aku pun sayangkan kau.” Tanpa sedar aku mengucapkannya.
“Kau jaga diri kau baik-baik bila aku dah tak de.”
“Haikal, jangan tinggalkan aku. Tolong jangan tinggalkan aku.” Hanya itu
yang mampu aku tuturkan. Tapi sayang di dalam dakapanku kini hanyalah jasad
tanpa roh.
Haikal, walaupun kau dah tak ada di sisi aku kau tetap sentiasa di hati
aku. Aku tak akan lupakan kau kerana you are my first love.
p/s : cerpen ni yang entah bila aku buat. Masa tingkatan satu tak pun dua seingat aku. Tak seberapa. Tak panjang, Idea zaman bebudak..hehe
No comments:
Post a Comment