Terhincut-hincut
aku berjalan. Sakitnya hanya Allah yang tahu. Terpijak paku payung ditambah
dengan darah yang meleleh memang boleh buatkan aku pengsan. Tapi digagahkan
jugak diri berjalan mencari first-aid-kit di dalam laci di dapur.
Peliklah hari ni. Segenap rumah sunyi sepi. Ke mana semua orang. Keluar tak
bagitahu aku pulak tu. Kut ya pun tinggalkanlah nota atau apa-apa mesej ke.
Selepas
siap menampal plaster di kaki, laju saja aku ke dalam bilik. Nombor ibu didail.
Aku perlu mencari tahu kemana semua orang pergi. Tinggalkan aku sorang-sorang
pulak tu. Memang tak patut langsunglah.
“Assalamualaikum.” Salam
didahulukan.
“Waalaikumsalam. Ya?”
“Ibu pergi mana?”
“Ibu ada di rumah Shah ni. Kenapa?”
“Kenapa ibu tak bagitau Ayeen. Kut
ya pun tinggallah nota tak pun kejut je Ayeen tadi. Ibu buat apa kat sana?”
“Hari ni kan hari ulang tahun Shah
yang ke dua puluh lima. Ibu bukan tak nak ajak kamu tapi ibu tau kamu memang
tak nak datang punya.”
“Yang ibu sibuk-sibuk pergi rumah
Abang Shah tu buat apa. Time birthday ibu pun dia tak datang.”
“Memanglah dia tak datang tapi dia ada call ibu. Dia cakap dia ada
hal sikit.”
Masa birthday aku lagilah dia tak datang. Apa
yang dia benci sangat kat aku pun tak tau. Ingat dia hensem sangat. Ayat-ayat
kutukan hanya diteruskan di dalam hati. Kalau ibu dengar memang cari pasal
kutuk anak angkat ibu tu.
Sungguh
aku tak faham dengan ibu. Si Shah tu masih ada mak bapak bukannya anak yatim
piatu. Tak perlulah nak mengangkat segala hanya kerana ibu baik dengan ibu
Abang Shah. Tengok ibu layan Abang Shah pun dah cukup membuatkan aku terfikir,
dia anak angkat ke atau aku yang anak angkat.
“Kenapa kamu diam?” Ibu menyoal
setelah lama aku mendiamkan diri.
“Tak ada apa-apalah ibu. Okaylah,
ibu sambunglah kerja ibu tu. Ayeen nak keluar kejap.”
“Kamu nak ke mana?”
“Nak pergi kedai buku.”
“Lepas kamu habis shopping
datang ambil ibu.”
“Tadi ibu pergi dengan siapa? Pak
Samad mana?”
“Tadi Shah datang ambil ibu. Pak
Samad cuti, kebetulan pulak ayah kamu outstation. Tu yang dia tawarkan
diri nak ambil ibu tadi.”
“Okaylah bu, assalamualaikum.” Terus
aku mematikan panggilan.
____________________
Selepas
selesai membeli tiga buah novel, aku terus ke rumah yang berada di kawasan
bukit. Rumah siapa lagi kalau buka rumah keluarga Shah tu. Almaklumlah diakan
anak orang kaya, mana main rumah dekat kawasan perumahan biasa.
Kereta
aku pakirkan betul-betul di hadapan pagar rumahnya. Sudah banyak kali juga aku
bertandang ke rumahnya. Itupun atas ajakan Aunty Liza aka mak kepada Shah.
Kalau tidak jangan harap aku nak pergi dengan suka dan rela.
“Ayeen, masuklah dulu.” Pelawa Aunty
Liza.
“Tak apalah aunty. Ayeen datang nak
ambil ibu je.”
“Masuk lah dulu. Ibu kamu tengah
berborak dengan kawan-kawan dia kat dalam.”
Nak
tak nak aku kena ikutkan jugak. Ibu kalau dah bersembang memang penat menuggu.
Tapi elok jugak aku masuk, boleh aku isi perut yang berkeroncong ni.
Aku
hanya mengambil tempat di taman. Cantik. Ada kolam ikan dan juga bunga orkid. Malas
hendak masuk ke dalam.
“Ayeen.” Namaku dipanggil seseorang.
Macam kenal suara tu. Aku buat tak tau je.
“Ayeen.” Panggilan kali kedua namun
aku masih memekakkan telinga.
“Nur Ayeen Qaisara binti Dato’ Ahmad
Qayyum.” Aku memusingkan badanku seratus lapan puluh darjah.
“Kau nak apa panggil aku siap dengan
nama penuh sekali?”
“Tak tau nak hormat orang yang lebih
dewasa ke. Sesedap hati je beraku-kau.”
“Hello, kita cuma beza
setahun. Okaylah Abang Shah.” Sengaja aku menekankan perkataan abang.
“Buat apa kat sini?” soalnya kasar.
“Suka hati akulah nak buat apa pun.”
“But this is my home.”
“Am I care?” Darahku mendidih
sudah ke tahap maksima tapi aku sabarkan jugak diri. Nanti diri sendiri yang
malu. Dia ingat dia anak tan sri dia boleh buat sesuka hati. Aku pun bolehlah.
“Ayeen?” Aunty Liza memanggil lembut
namaku. Tak macam anak dia, macam bapak singa.
“Yes aunty .”
“ Buat apa kat luar tu. Shah, kenapa tak ajak Ayeen masuk.”
“Tak payah ajak masuk pun tak apa
dia ni.”
Tajam menikam aku melihat Abang
Shah. Memang cari pasal betullah dia ni. Sabar Ayeen sabar.
“Jom masuk Ayeen.”
Aku hanya mengekori langkah Aunty
Liza.
____________________
“Ayeen, sini kejap. Ibu ada hal nak
cakap.” Lain macam je ibu ni. Macam hal serius je.
“Ada apa ibu?”
“Kalau nak diikutkan dengan umur
Ayeen ni memang dah patut kawin.”
“Tapi I’m only twenty four.”
Segera aku memotong percakapan ibu.
“Dua puluh empat tahun. Bukan angka
yang muda lagi. Memang dah patut kahwin.”
“Belum ada calon lagi la ibu.”
“Ibu dan ada calon untuk kamu.” Aku
tergamam.
Tak nak. Aku tak nak kena kahwin
paksa.
“Siapa ibu?”
“Shahrul Hykal.” Melopong aku
dengar. Katakan ini semua mimpi. Tak mungkin aku kahwin dengan orang yang
membenci aku.
“Tak nak la ibu.”
“Tak kira. Kamu kena ikut apa yang
ibu suruh. Muktamad.”
Aku
terus naik ke bilik. Dunia kini aku rasakan sungguh gelap. Mana mungkin aku
kahwin dengan orang yang membenci aku. Tak guna jika hanya aku yang punya
perasaan suka dan bukan dia. Tubuh aku baringkan di atas katil bersaiz queen
dan aku pejamkan mata. Baik aku tidur.
____________________
“Kalau mama minta Shah buat sesuatu,
kamu buat tak?”
“Kalau perbuatan tu tak menyalahi
syariat agama, InsyaAllah.” Lembut sahaja tutur bicara Shahrul.
“Benda ni memang elok di sisi agama.”
“Apa ma?”
“Mama nak minta kamu kahwin dengan
Ayeen.” Perlahan-lahan Puan Liza memberitahu. Bukan senang nak meminta sesuatu
yang mungkin berat bagi Shahrul.
Shahrul
terdiam seketika. Mungkin memikirkan permintaan mamanya itu.
“Okay.” Giliran mamanya pula yang
terdiam. Senang pulak dia setuju.
___________________
Ketukan
pintu dari luar membuat aku terjaga dari tidur yang tidak berapa nyenyak. Siapa
pulak dah yang main ketuk-ketuk pintu malam-malam macam ni. Fikiranku mula
memikirkan perkara yang bukan-bukan. Teringat pula aku pada cerita hantu yang
baru ditonton dua hari lepas. Nauzubillah. Janganlah.
Dengan
lafaz bismillah dan diikuti dengan ayat kursi, perlahan-lahan aku membuka
pintu. Kelibat lembaga yang bermuka putih itu memeranjatkan aku. Pandai pulak
hantu pakai bedak sejuk ye.
“Nyah kau setan.” Alamak, silap. Nak
baca ayat kursi tapi keluar ayat lain.
“Banyak punya setan.”
“Pandai kau menjawab ye setan. Mana
kau sekolah ha?”
Tanpa aku sedari tangan hantu itu
sudah menarik telingaku. Merah sudah.
“Apa setan-setan. Ibu sendiri pun
tak kenal. Apa nak jadi ni.” Aku menarik sengihan lebar. Padan muka. Tulah
jangan terpengaruh sangat dengan cerita hantu.
“Sorry ibu. Mana Ayeen tau tu ibu. Kalau
orang lain tengok pun orang ingat hantu. Iyalah, tak pernah-pernah ibu ketuk
bilik Ayeen malam-malam. Ada apa ya ummi?”
“Baru sekejap tadi Aunty Liza call.”
Ala...balik-balik pasal ni. Bosan la. Entah-entah Abang Shah tak setuju. Haha.
Aku sudah tersenyum sendiri.
“Ni kenapa senyum-senyum ni. Tak
sabar nak kahwin.”
“Mana ada ibu. Teruskan..teruskan.”
“Shah dah..........” belum sempat
ibu menghabiskan ayatnya aku memotong.
“Tak apa bu. Ayeen tau. Abang Shah
tak setuju kan. See, kan Ayeen dah cakap. Dia takkan setuju punya.”
“Siapa kata dia tak setuju.”
“Apa ibu?” aku menggaru kepalaku
yang tidak gatal. Apa tak betul ke aku cakap tadi?
“Shah dah setuju. Diulang sekali
lagi, Shah dah setuju.” Perkataan setuju bermain-main di fikiranku. Aku belum
pekak lagi kan.
“What?” bergema seluruh rumah
dengan jeritanku.
____________________
“Aku terima nikahnya Nur Ayeen
Qaisara binti Ahmad Qayyum dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai.”
Dengan
sekali lafaz aku sudah halal menjadi milik Shahrul Hykal. Mutiara jernih
mengalir dari tubir mataku. Bukan air mata gembira tapi air mata terseksa. Mana
taknya, kena kahwin paksa. Buatnya lepas kahwin dia seksa aku tak ke cari pasal
namanya tu.
Selesai
akad kini upaca pembatalan air sembahyang berlangsung. Cincin bertatahkan
permata berwarna ungu disarungkan ke jari manisku. Cantik. Aku menyalami tangan
suamiku dan dibalas dengan kucupan di dahi.
“Terima kasih kerana terima abang.”
Aku terkedu. Benar-benar aku tersentuh dengan bisikannya.
____________________
Aku
merenung wajahku di hadapan cermin. Selesai akad nikah aku hanya mendiamkan
diri. Majlis resepsi akan diadakan pada minggu hadapan secara gilang
gemilangnya di hotel lima bintang. Itu ibu dengan mama punya idea. Kata mereka
apa pula kata orang nanti kalau anak dua orang usahawan tersohor hanya buat
majlis kecil-kecilan.Tak perlu la nak tunjuk kat orang semua benda tu. Kalau
ikut aku akad nikah je cukup. Lepas tu buatlah kenduri sikit.
Tapi
aku kena setuju jugak sebab dah dipaksa pun. Lagipun suami ‘tercinta’ dah pun
bersetuju. Baru aku perasan, sejak dia sah menjadi suami aku, langsung aku tak
bertergur sapa dengan dia. Biarlah, nanti aku pandai-pandai la.
Pintu
bilik dibuka perlahan dari luar. Siapa lagi kalau bukan Shahrul Hykal. Sesuka
hati dia je masuk bilik aku tapi bukan ke ni dah jadi bilik dia jugak. Alamak,
apa aku nak buat ni. Aku buat derk dengan kedatangan dia di dalam bilik.
Sepatah pun aku tak keluarkan suara apatah lagi dia. Dalam hati tertanya-tanya,
macam mana dia boleh setuju nak kahwin dengan aku. Pelik.
Tanpa
sepatah kata, dia terus membaringkan badannya di datas katilku. Kalau dia tidur
aku aku nak tidur mana? Boleh saja kalau aku menyempit atas katil tu jugak.
Bukannya tak muat tapi silap-silap dibuatnya dia tendang aku jatuh katil macam
mana. Aku hanya merenungnya tanpa reaksi. Tak boleh, aku mesti mempertahankan
hak aku.
“Kalau kau tidur situ, aku nak tidur
mana?” aku memberanikan diri menyoal.
“Tidur jelah mana-mana kau nak.”
Wow, pandai menjawab sungguh laki aku ni ya.
“Mana boleh, tu katil aku. Kau
tidurlah atas sofa tu.”
Dia
merenungku tajam. Tidak senang dengan renungannya, aku buat-buat menyikat
rambutku. Perlahan-lahan dia mendekatiku. Kini, dia betul-betul berada di
belakangku. Kalau nak diikutkan tak sampai dua puluh sentimeter. Perlahan-lahan
tangannya menyentuh bahuku. Aku terus bangun dari kerusi dan keluar daripada
bilik tanpa sepatah kata pun. Apa yang dia cuba lakukan tadi. Bingung aku
dengan segala tindakan dia. Adakah dia menaruh perasaan kepadaku atau dia hanya
memainkan perasaanku saja. Apapun yang terjadi perasaan aku padanya yang dari
dulu terpendam masih belum kuhapuskan.
Setelah
lama bagai patung cendana di luar bilik, aku membuat keputusan untuk masuk ke
dalam. Apa pula nanti orang akan fikir kalau ternampak aku. Perlahan-lahan aku
memulas tombol pintu bilikku. Dah tidur rupanya suami aku.
Aku
mengambil bantal yang terdapat di atas katil dengan perlahan-lahan dan
merebahkan badanku di atas sofa. Tak apalah kalau aku tidur beralaskan sofa
sekalipun jika ini yang harusku lakukan sebagai seorang isteri. Aku mengeluarkan diari bewarna biru dari laci
yang berdekatan dan mula mencoretkan segala isi hati.
Bila
difikirkan balik tiada sekelumit benci pun aku terhadap dirinya. Mungkin aku
yang sengaja mencipta perasaan itu untuk menghilangkan cintaku terhadap Abang
Shah. Sudah sepuluh tahun aku hidup dengan perasaan ini. Mana mungkin dengan
senangnya perasaan ini akan terkubur. Entah bila aku terlelap dengan pen di
tangan.
____________________
Perlahan-lahan
aku membuka mata. Nyenyak betul tidur aku semalam. Sesuatu membuat mata ku
segar. Aku sekarang berada di atas katil. Bukan ke aku tidur atas sofa. Mindaku
masih belum boleh mencernakan apa-apa jawapan. Biarlah. Mungkin aku mengigau.
Yang penting diariku masih di tangan.
Selesai
membersihkan diri dan solat subuh, aku menuju ke dapur. Boleh juga aku mengisi
perutku yang lapar. Mana taknya, sepanjang malam aku tak menjamah apa-apa.
“Awalnya bangun. Tidur awal ke
semalam?” Ayzam menegur. Dia merupakan satu-satunya adikku. Memandu
tengah-tengah malam dari Johor sebab nak tengok aku akad nikah pada esoknya.
Terharu sekejap. Itulah orang suruh dia uruskan syarikat yang kat sini tak nak.
Nak jugak uruskan syarikat Qayyum Holding yang kat Johor tu. Kononnya nak bawak
hati yang lara lepas kena reject dengan buah hati.
“Tak lah awal sangat. Kenapa?”
soalku kembali. Aku masih tak faham. Perlukah soalan itu diajukan kepadaku.
Tolonglah.
“Shah mana?” giliran ibu pula
menyoal.
“Abang Shah ada.” Tergagap-gagap aku
menjawab. Takkan nak jawab tak tahu pulak. Nanti apa ibu kata.
“Tu Abang Shah dah datang.” Aku
menunjuk ke arah suamiku. Pergi mana dia tadi.
“Shah pergi mana?”
“Shah pergi jogging tadi. Dah ajak
Ayeen sekali tapi dia tak nak ikut. Letih katanya.” Tak guna betul. Kejut aku
bangun tidur pun tak inikan pulak ajak aku jogging. Dahlah hampir terlepas
subuh aku tadi. Tak apa, tunggu kau.
“Haah ibu. Malaslah nak ikut Abang
Shah jogging. Penat. Nasi goreng ni Mak Pah letak ayam tak?” soalku kepada Mak
Pah. Idea bernas dah mengisi kepala.
“Mak Pah letak. Kan Ayeen suka nasi
goreng ayam. Kenapa?”
“Abang Shah cakap dia alergik ayam. Segala
makanan yang ada ayam dia tak boleh makan. Dia boleh makan roti je.”
Berkerut
seribu wajahnya. Mungkin tak puas hati dengan autaku. Ambik kau. Jangan
sesekali bermain dengan aku kalau tak pandai.
“Ibu tak tau pun Shah alergik ayam.
Selama ni ibu tengok kamu makan okay je.”
Bukan
setakat okay je. Memang dah kegemaran dia nasi goreng ayam pun.
“Dulu memang okay ibu. Sekarang je
dia lain sikit.” Aku menyampuk. Sedekitpun aku tidak membenarkan Abang Shah
berkata-kata.
“Betul ke Shah?” Abang Shah hanya
tersenyum. Senyum nak cover namanya tu.
“Kak Pah, buatkan nasi goreng biasa
untuk Shah ya.” Caring sungguh ibu dengan dengan menantu kesayangan dia
ni sampai suruh Mak Pah tolong buatkan satu lagi nasi goreng.
“Tak apalah bu, Shah boleh makan
roti je.” Abang Shah menolak. Mungkin tak nak menyusahkan dan mungkin juga tak
ada selera nak makan gara-gara pembohongan ku tadi.
“Takkan Shah nak makan roti je.
Kalau tak nak biar ibu sendiri yang masakkan. Cakap je Shah nak makan apa.”
“It’s okay ibu. Roti pun dah
okay.”
“Sure?”
Abang Shah mengangguk. Terbit rasa
bersalah di hatiku. Macam kejam sangat la pulak. Aku hanya mendiamkan diri
melayan perasaan bersalahku.
____________________
Hatiku
tertarik untuk melihat koleksi-koleksi tudung yang terdapat di dalam butik itu.
Aku membelek satu persatu. Mana tau ada yang berkenan di hati boleh jugak aku
membeli. Mata ku terpaku pada dua susuk tubuh yang berada tidak jauh dari
tempatku berdiri. Memang tak syak lagi. Abang Shah dan seorang perempuan yang
aku tak kenali. Aku tidak dapat melihat dengan jelas wajah wanita itu kerana ia
sedikit terlindung dengan baju yang bergantung di situ.
Baru
dua hari berkahwin Abang Shah dan pandai curang. Apa akan jadi pada hari-hari
yang seterusnya. Aku terus keluar dari butik itu bersama juraian air mata.
____________________
Pada
malam itu aku hanya mendiamkan diri. Ingin juga hati ini bertanya tapi ianya
akan melulakan hatiku. Aku tekad, aku akan bertanya juga.
Pintu
dikuak dari luar. Aku hanya merenung ke luar tingkap. Tidak diberitahu juga aku
sudah tahu siapa yang memasuki bilikku. Siapa lagi kalau bukan Abang Shah. Takkan
ibu pulak kut. Hish.
“Awal balik?” dua patah perkataan
keluar dari bibirku.
“Does it matter to you?”
“Yes.” Sedikitpun aku tidak
memandang ke arahnya.
“Siapa perempuan tadi?” aku menyoal
lagi.
“Perempuan?” soalnya kembali.
Kura-kura dalam perahu, buat-buat tak tahu.
“Perempuan tadi tu. Yang kat butik
tadi. Girlfriend baru?” sebolehnya aku mengawal nada suaraku. Sungguh
aku semakin sebak.
“Oh. Rina. Kenapa?”
“Kenapa kau setuju kahwin dengan aku
kalau kau tak suka aku dari dulu?” aku memandang tepat dalam anak matanya. Aku
perlukan penjelasan.
Diam. Tiada jawapan.
“Kalau kau tak suka kau boleh je
membantah. Tak perlu kau nak seksa perasaan aku macam ni. Aku ni manusia. Aku
tak tau kenapa kau benci aku tapi tolonglah jangan buat aku macam ni. Kalau kau
nak gantung aku tak bertali aku rela kau lepaskan aku.” Empangan air mataku
pecah tak dapat aku tahan lagi. Biarlah malam ini menjadi pengakhir kepada
permualaan.
Terus
dia memelukku. Apakah semua ini?
“Tolonglah jangan buat aku macam
ni.” Aku meronta ingin dilepaskan dari pelukkan.
“Please sayang. Abang minta
maaf kalau selama ni abang dah sakitkan hati Ayeen. Abang tak bermaksud nak
buat semua tu. Abang cuba untuk membenci Ayeen sebab abang sayangkan Ayeen.
Abang dah cuba macam-macam cara untuk lupakan Ayeen tapi tak berhasil.
Sampailah bila mama nak jodohkan kita abang setuju tanpa paksaan. Abang tau
selama ni ego yang kawal abang. I’m sorry sayang. I can’t give your
heart back.”
“How do you know I want my heart
back?”
“You wrote that in your diary
didn’t you.”
“Abang baca diari Ayeen?”
“Terbaca. Waktu tu abang nampak
Ayeen tidur atas sofa. Kesian sangat, abang angkatlah Ayeen tidur atas katil.
Waktu tu lah abang terbaca diari Ayeen.” Aku menutup muka. Malu. Kiranya dia
dah tahu lah aku sukakan dia. OMG.
“By the way, siapa perempuan
tadi?”
“Adik ipar sendiri pun tak kenal ke.
Tu Syahrina lah.”
Malu
lagi sekali. Tak patut sungguh la aku. Lama aku tak jumpa dengan Rina. Bila
agaknya dia pulang dari Ireland. Tak bagitau aku pun.
Aku
sangat bersyukur aku diberi peluang untuk dicintai dan kini segalanya telah
terungkap. Kini ianya adalah permulaan kepada pengakhiran. Permulaan kepada
cinta aku dan dia. Pengakhiran untuk kebencian yang tak diperlukan.
-TAMAT-