Aku merenung ke arah jalan raya yang lengang. Jam casio
bewarna pink di tangan ku kerling. Sudah setengah jam menunggu tetapi Puan Anna
masih tidak kunjung tiba. Mungkin dia ada hal barang kali. Aku tidak boleh
mengeluh kerana menunggu. Sudah cukup baik Puan Anna menawarkan diri untuk
membantu ketika sedang susah begini. Ditawarkan pula untuk duduk percuma di
rumahnya. Patutnya aku bersyukur.
Sejak
mengenali Puan Anna sejak beberapa bulan lepas, aku sering berhubung dengannya.
Aku tidak mengenali sesiapa di bumi Australia ini jadi apabila ada rakyat
Malaysia yang baik seperti itu, aku sangat bersyukur. Setelah mendengar isi
hatiku beberapa hari lepas tentang masalah
dengan teman-teman serumah ku, Puan Anna tidak berfikir panjang, terus saja dia
mengajakku tumpang di rumahnya sehingga aku tamat belajar. Katanya dia rindu
pada arwah anak perempuannya. Sekarang dia hanya ada seorang anak lelaki.
Itupun tidak selalu pulang kerumah kerana sibuk menguruskan hal-hal berkaitan
syarikat mereka di bumi Australia ini. Dia lebih selesa tinggal sendiri
katanya. Bagai pucuk dicita ulam mendatang, aku memang tengah mencari rumah
untuk disewa kerana aku sudah tidak tahan lagi dengan teman serumahku. Tambahan
lagi, peristiwa hitam yang hampir meragut maruahku sebagai seorang perempuan
selalu saja terbayang-bayang selagi jasad aku di rumah itu. Aku bertekad untuk
pindah.
“Excuse
me, are you waiting for someone?” seorang lelaki berkulit cerah, matanya
agak sepet dan berambut hitam menegurku.
Comel
lah mamat ni. Asian ni.
“Yes
I am.”
Dia
tersenyum manis ke arah ku. Alahai. Kacaknya. “Oh I see. Malaysian?” soalnya
bersama senyuman yang masih lagi tidak lekang dari bibir.
“How
do you know?” soalku pelik.
“You
wear baju kurung.”
Aku
menunduk memandang pakaian ku. Haahlah. Hari ni aku pakai baju kurung kapas
kegemaranku yang dijahitkan khas untuk aku oleh ibu di kampung.
“You
seem to know a lot about my country.”
“Not
much. I have to go now. Nice meeting you.” Dia menghadiahkan sebuah
senyuman yang sangat manis. Boleh kena diabetis kalau lama-lama macam ni. Terlupa
aku untuk bertanyakan nama.
Kereta
yang aku amat kenali berhenti betul-betul di hadapanku. Puan Anna keluar
bersama senyuman. “Dah lama tunggu?”
Aku
menggeleng. Bukan nak menipu tapi untuk menjaga hati. Aku memboloskan diri ke
dalam perut kereta setelah memasukkan bagasi dan barang-barang ke dalam boot
kereta. Sebuah kotak sederhana besar yang mempunyai buku aku letakkan di tempat
duduk belakang. Nasib baik barang yang aku bawa tidak banyak jadi aku tidak
mengambil masa yang lama untuk mengemas barang.
Perjalanan
yang mengambil masa selama setengah jam tidak sunyi begitu sahaja. Ada sahaja
cerita yang dikongsikan oleh Puan Anna. Ada juga aku mencelah dengan jenaka
yang tidak berapa nak lawak tapi boleh lah untuk dibuat bahan ketawa. Tidak
kering gusi jadinya kami di dalam kereta. Bersama dengan Puan Anna dapatlah
jugak aku kurangkan kerinduan terhadap ibu di kampung. Aku bukannya anak orang
berada untuk selalu pulang. Tiket penerbangan sangat mahal dan aku tak mampu.
“Okay
Aika. Kita dah sampai rumah aunty.”
Aku
melihat sekeliling. Cantik.
“Rumah
ni ada aunty dan juga pembantu rumah je. Anak aunty tu jarang balik
sini. Selalu sibuk memanjang. Ada Aika kat sini dapatlah jugak ceriakan
suasana. Terubat rindu aunty kat arwah anak perempuan aunty.”
Aunty Anna menyambung dengan mata yang berkaca.
Ibu mana
yang tak sedih apabila kehilangan anaknya. Satu-satunya anak perempuan pulak
tu. “Sabarlah aunty. InshaAllah dia sedang tunggu aunty kat syurga.”
Setakat
apa yang aku tahu, anak perempuan dan suaminya kemalangan setahun yang lepas di
Malaysia. Kemalangan yang bergitu tragis sehingga meragut nyawa kedua-duanya.
Oleh sebab tidak mampu menahan pilu, Puan Anna mengambil keputusan untuk
berhijrah ke bumi kangaroo ini sambil-sambil mengembangkan lagi perniagaan
mereka.
“Jomlah
kita masuk.” Pelawa Puan Anna bersama senyuman manis. Aku tahu disebalik
senyuman manis itu, terselit seribu kesedihan. Aku akan pastikan hari-hari Puan
Anna akan ceria selepas ini.
Aku
mengeluarkan bagasi dan kotak yang berisi buku dari perut kereta lalu
membontoti langkah Puan Anna dari belakang. Walaupun sudah dipesan untuk buat
macam rumah sendiri, aku tetap juga merasa kekok. Lama-lama nanti okay lah ni.
Baru lagi kan.
“Who
are you?” soal seorang lelaki yang berada di dalam rumah. Berkulit cerah,
mata agak sepet, rambut kedepan dan muka ada iras-iras Puan Anna. Ini mesti
anak lelakinya.
“Eh,
mama tak tahu pun Gabriel balik hari ni.” Aunty Anna muncul dari luar.
“Gabriel
balik nak ambik barang tadi. Alang-alang lepak dulu. Ingat nak dinner
sini malam ni.”
Puan Anna mengangguk. “Ini Zulaikha. Budak perempuan yang
mama cerita hari tu. Gabriel ingat lagi tak?”
Gabriel memegang dagunya. Gaya macam berfikir. “Ingat. Yang
selamatkan mama tu kan. Hi, I’m Gabriel. Nice to meet you Zulaikha.”
“Panggil Aika je. Nice to meet you too.”
Aku tak tahu pulak yang Gabriel ni tahu pasal insiden aku
selamatkan mamanya dari diragut dulu. Tak sia-sia aku belajar taekwondo. Tapi
mestilah Puan Anna akan cerita. Ini anak dia lah. Kalau aku kat tempat Puan
Anna pun aku akan cerita kat anak aku. Apalah aku ni.
“Ini namanya Mak Som. Peneman aunty dalam rumah
ni.” Puan Anna memperkenalkan lagi seorang ahli rumah ini. Seorang perempuan
yang berumur dalam lingkunga lima puluhan. Mungkin ini pembantu rumah yang
aunty ceritakan tu.
“Ini ke Aika. Cantik orangnya. Ayu dan sopan.”
Aku hanya membalas dengan senyuman. Tersipu-sipu aku
dibuatnya apabila dipuji sebegitu rupa. Jaranglah aku dipuji macam tu. Sebelum
ni aku lebih selesa untuk memakai jeans dan teshirt sahaja. Disebabkan hari ni
aku rindu bumi Malaysia, aku pakailah baju kurung.
“Come. Let me show your room.”
Aku mengekori langkah Puan Anna satu persatu. Besar jugak
rumah ni. Hiasan dalaman yang bertemakan modern contemporary menghiasi segenap
ruang rumah. Sangat cantik. Aku melangkah masuk ke dalam bilik yang
ditunjukkan. Jatuh rahang aku.
“Is this my room?” hanya itu yang aku mampu
menyoalkan.
“Why? You don’t like it?” riak risau menghiasi
wajah Puan Anna.
“Bukan macam tu. Bilik ni cantik sangat. Saya dah la
menumpang je dalam rumah ni.”
“Bilik ni dulu arwah anak aunty yang punya. Aunty
dah kehilangan anak aunty, tapi bila aunty jumpa kamu macam ada
satu sinar baru buat aunty.” Aku menggosok perlahan belakang Puan Anna.
“Aunty janganlah sedih. Kan Aika ada. Walaupun
Aika tak dapat dan takkan boleh ganti tempat anak aunty, at least Aika
boleh buat aunty senyum setiap hari. Jangan sedih-sedih tau.”
Puan Anna menyeka air mata yang hampir jatuh. Dia terus
memelukku dengan penuh kasih sayang. Rindunya aku dengan ibu yang jauh di mata.
“Aika belajar lagi?” soal Gabriel.
Aku yang
hanya menunduk ketika makan terus mendongak. Memandang tepat ke arah lelaki
yang bertanya. Mana tidaknya, Puan Anna tiba-tiba dapat panggilan penting dari
kawan baiknya yang memaksa dia untuk keluar sebentar. Tinggalkan aku, Gabriel
dan Mak Som. Mak Som pula masih kenyang katanya. Jadinya, hanya aku dan Gabriel
di meja makan. Malu beb.
“Haah.”
Jawabku sepatah. Dia hanya tersenyum. Macam aku pernah lihat senyuman ni.
Manis.
“Kat
Malaysia duduk mana?” soalnya lagi. Aku boleh mengagak yang dia ingi memulakan
perbualan.
“Kedah.”
Masih lagi aku menjawab sepatah. Nak buat macam mana. Aku segan. Kalau boleh
rasa macam nak sorok bawah meja je.
“Never
been there before. Teringin nak pergi.” Katanya bersama sebuah senyuman.
Alahai. Boleh overdose glucose kalau macam ni.
Baru aku
teringat yang senyuman Gabriel serupa macam senyuman lelaki petang tadi. Hanya
senyuman yang sama. Orang yang berlainan.
“Awak
dah tinggal sini berapa lama?” giliranku untk menyoal. Rasa kekok masih
bersisa.
“Dah
lama. Dalam enam tahun macam tu. Awalnya arwah papa saya nak besarkan
perniagaanya ke sini jadi dihantarnya saya untuk sambung belajar kat sini.
Selepas habis belajar saya buat keputusan untuk ambik alih hal-hal syarikat
yang ada di sini. Setahun lepas tu papa dan adik saya meninggal jadi mama buat
keputusan untuk berhijrah ke sini.”
“Kiranya
awak dah lama tak balik malaysia lah?”
“Tak ada
lah lama mana. Setahun sekali mesti saya balik. Lagipun syarikat di malaysia
masih ada. Cuma diuruskan oleh sepupu saya. Keluarga saya masih ramai di sana.
Kadang-kadang puasa ataupun raya kami pasti pulang.”
“Oh
macam tu.” Aku mengangguk faham. “Awak seronok ke duduk sini?” banyak pulak
mulut aku kali ni. Tadi bukan main segan.
“Biasa
je. Mana-mana pun okay bagi saya.” Aku angguk lagi.
Macam-macam
topic yang menjadi perbualan. Dari latar belakang sehinggalah berita dunia.
Semua ada. Tak cukup semasa makan, perbualan dilangsungkan selepas makan di
ruang tamu. Hanya dalam tempoh yang singkat aku semakin rapat dengannya. Gaya
dan cara dia membuatkan aku selesa dan tidak kekok. Kacak pulak jika
diperhatikan lama-lama. Senyum yang bertandang di hati aku biarkan saja.
P/s : after a long brake. barulah aika post balik blog ni. Sekarang banyak guna wattpad lagi actually.