Monday 11 June 2012

Ice Lemon Tea

Gemuruh dapat dirasakan ketika ini. Sungguh seperti hendak terkeluar saja kaki tetapi apakan daya hanya boleh berlagak seperti biasa. Hari ni bermulanya pertandingan melukis kebangsaan. Pertandingan yang ditunggu-tunggu oleh orang seperti aku. Eh..lupa pulak. Nama aku Ain, seorang pelukis yang bertaraf sekolah menengah. Tidak berkeyakinan dalam melukis tetapi tetap melakukannya dan selalu memenangi pertandingan melukis.
            Pertandingan lagi lima minit akan bermula. Sempat lagi aku singgah di kedai yang berdekatan untuk membeli ice lemon tea. Minuman kegemaran yang tak akan dilupakan. Alatan melukis semua sudah tersedia hanya menunggu pertandingan untuk dimulakan. Perasaan gemuruh hilang begitu saja selepas enak menikmati ice lemon tea.
^^^^^
            “Kau dah sedia?” soal Iman.
            “Dah. Aku pasti mesti aku akan menang punya.”
            “Janganlah nak perasaan sangat Zackry oi. Kau baru kali pertama masuk pertandingan tapi kalau kau boleh kalahkan Ain dalam pertandingan ni memang kau hebat.”
            “Ain? Siapa tu?”
            “Ain tu dah banyak kali menang dalam pertandingan melukis. Dia memang hebat melukis.”
            “Mesti dah dewasa. Tu yang pandai tu.”
            “Banyak la kau. Dia muda setahun dari kita.” Zackry terkejut mendengar.
            “Biar betul. Kalau kau tak percaya kau tengok budak perempuan yang duduk kat hujung tu. Dia la tu.”
            Zackry hanya melihat dengan sebelah mata. Dia amat yakin yang dia akan dapat mengalahkan Ain dalam pertandingan kebangsaan walaupun ini kali pertama dia memasuki pertandingan peringkat kebangsaan. Wajah Ain yang dilihatnya seperti tidak berkeyakinan menyebabkan dia amat yakin dia dapat mengalahkan seorang gadis yang bernama Ain.
            “Kepada semua peserta, anda boleh mulakan sekarang.” Pengunguman dibuat oleh pengacara majlis menggunakan pembesar suara.
^^^^^
            Sejam setengah berlalu aku sudah menyiapkan lukisan ku. Hanya tinggal untuk ‘touch up’ sikit-sikit jer. Kalau tak silap aku, budak yang kat hujung tu asyik tengok aku aje tapi tak tahu la pulak kalau aku terperasan.
            “Masa sudah tamat.” Pengunguman sudah dibuat. Aku meletakkan segala peralatan di tepi. Aku merehatkan tangan yang hampir kebas. Hanya menunggu siapa pemenang kali ini.
Aku menghabiskan sisa ice lemon tea ku yang tadi. Lega rasanya tekak.
            “Kau Ain eh?” seseorang menegurku.
            Aku mengangguk. Kenapa? Ada masalah ke kalau aku Ain. Ingin saja aku bertanya sebegitu tetapi tidak tega pulak hati ini.
            “Kenapa?” aku menyoal.
            Dia menggeleng dan berlalu pergi. Ada jugak manusia sebegitu tapi yang peliknya mana dia tau nama aku Ain. Mungkin dia sudah banyak kali masuk pertandingan dengan aku kut cuma aku aje yang tak perasan. Maklumlah aku ni bukan orang yang peramah. Tetapi kalau nak diikutkan aku tak pernah nampak muka dia pun. Ah, lantaklah apa aku kisah.
            Pengunguman sedang diumumkan bermula dengan saguhati. Tibalah masa yang aku nantikan. Pemenang tempat ketiga, kedua dan tentunya pertama. Aku tak meletakkan harapan yang tinggi untuk menang asalkan dapat masuk sudah. Saguhati pun sudah cukup bagi aku.
            “Tempat kedua adalah Muhammad Zackry bin Muhammad Zaim.” Naiklah budak tadi yang bertanya nama aku. Zackry rupanya nama dia. Tak pernah pulak aku nampak muka dia sebelum ni tapi hebat jugak dapat tempat kedua.
            “Johan pertandingan melukis peringkat kebangsaan ialah Nur’ain binti Aizat.” Dengan muka tanpa riak aku naik ke atas pentas mengambil hadiah.
^^^^^
            “Kan aku dah cakap jangan yakin sangat kau boleh kalahkan Ain tu.” Iman memulakan bicara setelah melihat wajah masam Zackry.
            “Dapat nombor dua pun jadilah.”
            “Aik, sejak bila kau ni?”
            “Sejak bila apa?”
            “Sejak bila kau pandai mengalah pulak. Kalau tidak tak pernah puas hati walaupun dapat nombor dua. Kau tak rasa ke kau kalah dengan perempuan pulak tu.”
            “Bersyukurlah dapat nombor dua pun.”
            “Betul ke ni entah-entah kau dah sangkut dengan Ain tu.” Iman menyerkap jarang.
            “Banyak la kau. Tak ada maknanya.”
            “Ye la tu.”
^^^^^
            Aku membuka sebuah bungkusan besar yang ditulis namaku di atasnya. Sebuah bungkusan yang ‘terdampar’ di hadapan rumahku dan juga pelik. Nama perimnya ialah Secret Admire. Pelik bukan.
            Isi bungkusan itu adalah sebuah lukisan. Lukisan yang amat memeranjatkan. Lukisan yang menggambarkan seorang perempuan bertudung dan sedang melukis. Latar belakangnya seperti suasana pertandingan hari tu. Jika diperhatikan betul-betul ia persis seperti pertandingan itu. Tidak lain dan tidak bukan perempuan itu adalah aku.
            Siapalah penghantarnya. Nak jugak aku tau. Mesti di antara manusia-manusia yang berada di pertandingan tu jugak. Kalau tak silap aku, aku rasa macam ada orang yang selalu perhatikan aku waktu aku tengah melukis tapi aku tak tahu siapa. Jadi inilah hasilnya ya.
            “Benda apa tu?” Iman menegur dari belakang.
            “Lukisan.”
            Iman memandang dengan riak terkejut.
            “Macam mana lukisan ni boleh ada kat Ain?”
            “Ada orang hantar.” Kehairanan jelas terpancar di wajah Iman.
            “Betul?”
            “Betullah. Kenapa?”
            “Ni lukisan kawan Iman. Ala..yang menang nombor dua hari tu.”
            “Zackry eh?”
            “Mana Ain tau?”
            “Ain dengar nama dia waktu umum pemenang hari tu. Lagipun hari tu tiba-tiba aja dia datang tanya nama Ain.”
            “Owh. Okay.” Iman mengeluarkan handfon dari poket seluar jeansnya. Laju dia mendail nombor Zackry.
            “Helo Zack. Aku nak jumpa kau sekarang di tempat biasa. No excuse.” Terus dia menekan punat merah. Aku yang berada di hadapannya hanya menjadi pemerhati tidak bergaji. Apalah yang dia nak buat.
^^^^^
            “Sorry aku lambat.”
            “Senangnya kau cakap sorry. Kau tahu tak dah nak dekat dua gelas ice lemon tea dah aku minum.”
            “Sorrylah. Tak sengaja. Eh, did you just say ice lemon tea?”
            Zackry angguk. “Kenapa?”
            “Bukan ke kau tak suka ice lemon tea?”
            “Mana ada.”
            “Ada. Baru hari tu aja kau cakap kat aku masam. Kau kan tak suka masam.”
            “Aku tak pernah cakap pun.”
            Kedua-duanya berdiam untuk sementara.
            “Kau suka Ain kan?”
            “Wey. Sorry to say la kan buat apa aku nak suka kat budak tu. Cuba kau fikir.” Zackry cuba menafikan sedangkan bukti hanya berada di hadapan mata.
            “Seorang budak perempuan tengah melukis dalam pertandingan. Bukan lukisan kau ke?”
            “Memang lukisan aku.”
            “Habis macam mana boleh ‘terdampar’ kat depan pintu rumah Ain?” bagai batu dihempap di atas kepala Zackry. Macam manalah si Iman ni boleh tau.
            “Ap.....apa kau merepek ni. Lukisan tu selamat tergantung dalam bilik aku lah.”
            Iman mengangkat kening sebelah. Macam Ziana Zain pun ada gayanya tapi perbezaannya jantina ler.
            “Jom ikut aku.” Iman menarik tangan Zackry untuk mengikutnya ke sesuatu tempat.
            “Pergi mana?”
            “Ikut je lah.” Mereka menaiki teksi untuk ke studio lukisan yang hanya berhampiran.
            “Ain.” Iman memanggil nama ku.
            Badan aku pusingkan ke arah pintu studio. Iman dan juga Zackry tercegat di muka pintu.
            “Masuklah.” Aku meneruskan kerjaku. Apa lagi kalau bukan melukis benda yang tak dapat dikenal pasti atau juga dikenali sebagai conteng di atas kanvas.
            “Kau bagitahu la dia apa yang patut dia tahu pasal isi hati kau tu.” Iman bertutur tanpa perasaan.
            “Apa yang kau cak......” belum sempat Zackry bercakap penuh Iman memotong.
            “Aku tahu semuanya. Just do it. Aku tunggu kat luar.” Iman bergerak menuju ke muka pintu untuk keluar. Wajahnya masih tak beriak seperti menyimpan sesuatu.
            Aku terpingan-pingan sebentar dengan insiden pendek antara Iman dan Zackry. Kini hanya aku dan Zackry yang berada di dalam studio. Aku berhenti dari melukis dan meletakkan segala alatan di tepi. Tangan yang kotor dengan pelbagai warna aku cuci dengan bersih. Setelah selesai segalanya aku kembali duduk di tempat ku itu. Zackry berdiri statik. Lama berdiam akhirnya dia bersuara.
            “Ain, saya sukakan awak.”
            Aku tidak bersuara. Hanya kesunyian mengisi ruang.
            “Awak dengar tak. Saya sukakan awak.”
            “Maaf tapi saya sukakan orang lain.”
            Hatiku tiba-tiba menjadi tidak sedap. Aku keluar mencari Iman. Tiada di luar studio. Kemana dia. Seseorang di seberang jalan melambai-lambai ke arahku. Lambaian itu membuatkan aku sebak. Seperti dia akan meninggalkan aku. Aku pantas berlari untuk pergi kepadanya. Kepada seseorang yang aku sukai. Sedang aku berlari kaki ku tersepak pada batu besar yang berada di situ.
            Iman yang melihat aku terjatuh di seberang jalan dengan pantas dia menyeberangi jalan tanpa melihat kiri dan kanan. Kereta yang sedang laju memecut tidak sempat untuk memberhentikan kenderannya dan melanggar Iman. Darah memercik penuh di atas jalan. Tanpa menghiraukan kaki yang sakit aku bangun dan memangku Iman.
            “A..Ain.” Tersekat-sekat dia menyebut namaku. “Iman sayang Ain tapi Iman tak boleh di sisi Ain selamanya. Ain pilihlah Zacry sebagai pengganti Iman. Boleh kan?” kata-katanya membuat aku terkedu. Air mata laju mengalir tanpa henti.
            “Ain sayang Iman. Jangan tinggalkan Ain.”
            “Iman pun sayang Ain.” Itulah kata-kata terakhir sebelum roh keluar dari jasadnya. Kata-kata yang memilukan hatiku. Kata-kata terakhirnya.
^^^^^
            Sudah dua tahun Iman pergi meninggalkan aku. Kenangan aku bersamanya tidak sekali-kali akan ku lupakan tapi aku yang hidup mesti meneruskan hidup. Dialah sepupu yang paling aku sayang. Iman hanya masa lampau aku yang tak boleh aku lupa dan Zackry masa depan yang sangat aku cinta. Suruhan Iman aku ikut yang pada mulanya dengan paksa rela dan kemudiannya terbit cinta. InsyaAllah dalam masa dua bulan lagi aku akan meruskan perkahwinan aku bersama Zackry.
            Pandangan aku halakan ke arah langit biru. Indahnya ciptaan Tuhan. Allah tidak meciptakan sesuatu kecuali dengan sebab. Aku amat bersyukur dengan kurniaan yang dikurniakan oleh-Nya kepada aku.

nota kaki : cerpen first yg Nia berjaya siapkan.

2 comments: